Friday, September 4, 2009

Tazkirah Ramadhan Oleh Ustaz Mansor Dan dari Bukit Mertajam.

Diceritakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam ganjil iaitu 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan. Barangsiapa yang melakukan ibadat pada malam-malam tersebut bersamaan dengan melakukan ibadat selama 1000 bulan atau lebih kurang 83 tahun.

Mengikut Sheikh Abu Hasan, beliau tidak pernah ketinggalan malam Lailatul Qadar semenjak baligh dengan berpandukan kaedah permulaan Ramadhan. Sekiranya 1 ramadhan jatuh pada hari :
1. Isnin - Lailatul Qadar akan berlaku pada malam 21 Ramadhan
2. Selasa - Lailatul Qadar akan berlaku pada malam 27 Ramadhan
3. Khamis - Lailatul Qadar akan berlaku pada malam 25 Ramadhan
4. Sabtu - Lailatul Qadar akan berlaku pada malam 23 Ramadhan
5. Ahad - Lailatul Qadar akan berlaku pada malam 29 Ramadhan

Walaubagaimanapun adalah menjadi hak mutlak Allah s.w.t. untuk mengurniakan Lailatul Qadar untuk hambanya. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment