Dari Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w. katanya :
" Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mendapati fajar (kesiangan) di bulan Ramadhan, padahal beliau dalam keadaan junub kerana jimak. Lalu beliau mandi dan terus berpuasa." (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Siapa yang meninggal sedangkan ia mempunyai hutang berpuasa, maka hendaklah dibayar oleh walinya (warisnya)." (Sahih Muslim)
Dari Anas r.a. katanya :
" Rasulullah s.a.w. berbuka sebelum melakukan solat dengan beberapa buah kurma basah, tetapi jika tidak ada kurma basah, maka baginda berbuka dengan kurma biasa, tetapi jika tiada kurma biasa maka baginda berbuka dengan beberapa teguk air." (Riwayat Imam Abu Daud & Tarmizi)
No comments:
Post a Comment