Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang muntah tanpa sengaja maka tidak wajib keatasnya qadha dan barangsiapa sengaja muntah maka hendaklah ia qadha." (Riwayat Imam Tarmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa meninggalkan puasa satu hari daripada bulan Ramadhan pada hari yang tidak dibenarkan tinggal oleh Allah untuknya, nescaya ia tidak dapat menggantikannya dengan puasa sepanjang tahun andainya ia berpuasa." (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang makan dan minum kerana terlupa sedangkan ia berpuasa maka hendaklah ia sempurnakan puasanya itu, kerana sesungguhnya ia diberi makan dan minum oleh Allah." (Imam Muslim & Buhkari)
No comments:
Post a Comment