Dari Zaid bin Sabit r.a. katanya :
"Kita bersahur bersama Rasulullah s.a.w. kemudian kita berdiri untuk menunaikan solat subuh. Kepadanya ditanyakan berapa jarak waktu antara keduanya itu?" (yakni antara selesainya sahur dengan berdirinya untuk solat subuh). Baginda menjawab : "Sekiranya cukup membaca lima puluh ayat." (Muttafaq 'alaih)
Dari Abu Hurairah r.a. Rasullullah s.a.w. bersabda :
" Allah Azzawajalla berfirman dalam hadis Qudsi:"Yang paling saya cintai diantara hamba-hambaku ialah yang lebih menyegerakan berbuka." (Imam Tarmizi)
No comments:
Post a Comment