Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Dilarang melakukan dua macam puasa dan dua macam jual beli. Iaitu puasa pada hari raya Fitrah dan Korban. Jual beli mulamasah (meraba-raba) dan munabazah (melempar)" (Sahih Bukhari)
Dari Abu Said r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fisabilillh yakni semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah, melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya yakni dirinya kerana puasanya tadi, sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka." (Muttafaq 'Alaih)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa berdiri bersembahyang dalam bulan Ramadhan kerana didorong keimanan dan keinginan memperolehi keredhaan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Muttafaq 'alaih)
No comments:
Post a Comment