Wednesday, November 18, 2009

Sempena bulan Haji (Firman-firman Allah swt dalam Al Quran mengenai Ibadat haji.


Erti bulan Dzulhijjah
Dzul : ertinya yang empunya, Hijjah : beerti haji
Dalam bulan ini umat manusia sejak nabi Adam melakukan ibadat haji.

"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah, maka sekiranya kamu dikepung (terhalang dari menyempurnakannyasedang kamu sudah berihram, bolehlah bertahallul seta sembelihlah dam yang mudah didapati." (Surah Al-Baqarah Ayat 196)

" Masa untuk mengerjakan ibadat haji itu ialah beberapa bulan termaklum. Oleh iyu siapa yang mewajibkan dirinya mengerjakan ibadat haji itu maka tidak boleh mencampuri isterinya, membuat maksiat dan bertengkar." (Surah Al. Baqarah : Ayat 197)

"Sesungguhnya Safa' dan Marwah ialah sebahagian dari syiar (lambang) agama Allah. Swsiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, tiadalah menjadi kesalahan ia bersai'" (Surah Al-Baqarah :Ayat 158)

"Dan tiap-tiap umat Kami syariatkan ibadat menyembelih korban supaya mereka bersyukur akan pengurniannya kepada mereka, binatang-binatang ternak yang disembelih itu." (Surah Al-Hajj: Ayat 34)

"Allah menjadikan Kaabah rumah yang mulia itu sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadah dan soal-soal kehidupan)." (Surah Al-Maidah : Ayat 97)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram." (Surah Al-Maaidah : Ayat 95)

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjaan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah tuhanmu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datangnya dari berbagai ceruk yang jauh." (Surah Al-Hajj : Ayat 27)

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sesekali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu." (Surah A-Hajj : Ayat 37)

Tuesday, November 17, 2009

Menghampiri Bulan Haji (Hadis-hadis Rasulullah mengenai Ibadat Haji.


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
" Zahid bin Arqam datang, laku ditanya oleh Abdullah bin Abbas tentang daging buruan yang dihadiahkan orang kepada Rasulullah s.a.w. ketika beliau sedang ihram."Jawab Zaid :"Pemberian itu ditolak oleh Baginda dengan ucapan:"Kami tidak boleh memakannya ketika sedang ihram." (Sahih Muslim)

Ibnu Umar r.a. berkata Rasullullah s.a.w. bersabda:
" Islam didirikan atas lima perkara, iaitu ucapan dua kalimah syahadat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa dibulan Ramadhan." (Mutafaq 'alaih")

Dari Salim r.a. dari bapanya dari Nabi s.a.w. sabdanya :
" Ada lima macam binatang merbahaya, tidak berdosa membunuhnya walau di Tahah Haram sekalipun ketika ihram iaitu tikus, kala jengking, gagak, helang dan anjing gila.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. solat subuh di Dzi Thuwa dan tiba di Mekah pada tanggal 4 Dzul-hijjah, lalu beliau menyuruh para sahabatnya supaya menukar niat mereka dengan umrah kecil kecuali bagi orang yang membawa haiwan korban." (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. melakukan Tawaf Qudum untuk Haji dan Umrah, beliau berlari-lari kecil tiga putaran dan berjalan empat putaran. Kemudian baginda solat dua rakaat (di makam Ibrahim) dan sesudah itu sa'i antara Safa dan Marwah." (Sahih Muslim)

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
" Tatkala Rasulullah s.a.w. tiba di Mekah, mula-mula baginda datangi Hajarul Aswad lalu beliau cium. Kemudian beliau berjalan ke kanan lalu berlari-lari kecil tiga kali putaran dan berjalan kaki empat putaran." (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Buhainah r.a. katanya :
"Nabi s.a.w. pernah berbekam ditengah-tengah kepalanya dalam perjalanan ke Mekah padahal baginda sedang ihram." (Sahih Muslim)

Dari Al Bara' bin Azib r.a. katanya Rasullullah s.a.w. bersabda :
" Mula-mula kita lakukan hari ini ialah solat. Sesudah itu menyembelih korban. Sesiapa melakukan seperti ini sesungguhnya ia melakukan sunnahku dengan tepat. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, ia merupakan daging biasa diberikan kepada keluarganya, bukan ibadah korban." (Sahih Muslim)

Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya :
" Rasulullah s.a.w. bermalam di Zulhulaifah, dimana beliau memulai ihram dan beliau solat di masjidnya." (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Orang banyak diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya melakuka tawaf terakhir di Baitullah sebelum pulang, kecuali yang diberikan keringanan (perempuan yang haid)." (Sahih Muslim)

Dari Nurbaisyah Al Hudzali r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda "
" Hari-hari Tasyrik (11,12 & 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan dan minum." (Sahih Muslim)

Dari Abdullah Bin Umar r.a. katanya :
" Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menyentuh Baitullah melainkan paca dua sudut iaitu Hajarul Aswad dan sudut Yamani." (Sahih Muslim)

Dari Anas Bin Malik r.a, katanya :
"Nabi s.a.w. pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri, dan saya juga berkorban dengan dua ekor biri-biri." (Sahih Muslim)

Dari Uqbah bin Amir Al-Juhaini r.a. katanya :
" Nabi s.a.w. membahagikan binatang korban kepada para sahabatnya. Uqbah sendiri hanya mendapat seekor kambing muda. Ia berkata Ya Rasulullah! Saya mendapat kambing yang muda." Jawab Rasulullah, "Berkorbanlah dengan kambing itu." (Sahih Bukhari)

Monday, November 9, 2009

Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS)


Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) adalah suatu hari khas yang disambut pada 8 November setiap tahun, bagi memperingati peranan dan sumbangan Jururancang Bandar dalam pembangunan mampan dan mewujudkan persekitaran kehidupan berkualiti. Sambutan ini telah bermula sejak 56 tahun lalu, untuk mengingati betapa pentingnya
Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa di dalam membina persekitaran dan kualiti hidup yang sempurna dan selesa. Kini HPBS disambut di hampir 30 buah negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Sejak 1988, sambutan hari ini telah menjadi acara tahunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia. Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009 akan disambut pada 9 November 2009.

Pembangunan Mampan - Rakyat Didahulukan sebagai tema sambutannya untuk tahun 2009.

Tuesday, October 27, 2009

Pelbagai Petua : Vol.# 2

1. Elakkan Urat Kaki timbul.
- kerap berlaku pada wanita selepas bersalin
- caranya mengatasinya : melakukan satu senaman ringkas denagn mengangkat kaki ke atas setionggi mungkin sambil duduk berlunjur dan badan bersandar pada dinding, tempoh masa 10 -15 minit setiap hari.

2. Jauhkan semut dari gula
- lilitkan kain atau benang besar yang berminyak yang dipintal pada balang gula anda.

3. Legakan sengal
- cuci hingga bersih satu jengkal halia, parutkan dan tempelkan pada bahagian badan yang sengal dan ngilu, kemudian balutkannya. sedikit kepanasan akan dapat dirasakan namun ia tidak merbahaya.

4. Mudahkan cara membersih kerang
- gunakan pelepah pisang untuk menanggalkan lumpur pada kerang.

5. Menghalau lipas
- caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun pandan, letakkan pada tempat yang selalu diganggu lipas seperti alamri baju atau tempat yang menjadi sarang lipas. Tukarkan dengan daun yang baru apabila daun sedia ada sudah kering.

6. Merawat perut buncit
- ambil sedikit bedak sejuk, campukan dengan sedikit kapur sirih dan air perahan limau. gaulkan semua bahan tadi dan lumurkan pada perut. Apabila hampir kering ikatkan dengan kain. Molek diamalkan sebelum tidur malam.

Selamat mencuba......

Saturday, October 24, 2009

Replika, Monumen dan Patung Besar Disekitar Anda.

Keris, Lokasi : Plus RR Tapah arah selatan

1 Malaysia, Lokasi : Ipoh Perak

Teko, Lokasi : Kolam Air Panas Trong Perak

Pelbagai labu. Lokasi Jelapang Ipoh Perak

Buah Strawberry. Lokasi : Cameron Highlands Pahang.

Jagung, Lokasi : Kg.Gaung Marang Kuala Terengganu.

Payung Cendawan, Lokasi : Bougenvilla Resort Telok Kemang Seremban NS.

Patung RSF Walker, Lokasi : Muzium Perak Taiping Pk.

Buah Durian, Lokasi : Batu Kurau Perak.

Monumen Batu, Lokasi : Butterfly Farm Penang.

Labu, Lokasi : Lafarge Cement Factory Chemor Perak.

Labu Sayung, Lokasi : Persimpangan ke Sayung Kuala Kangsar Perak.

Buah-buahan Tempatan, Lokasi : Bukit Gantang Homestay Bukit Gantang Perak.

Thursday, October 22, 2009

Majlis Pertunangan Anak Pak Din (Nurhafizan).

19hb. Oktober, aku sekeluarga ke Ipoh, menghadiri majlis pertunangan sepupu orang rumah aku di Kg. Manjoi. Apabila sempurna majlis pertunangan ini bermakna bertambahlah koleksi majlis perkahwinan bagi tahun depan yang melibatkan adik beradik dan saudara terdekat. Terdahulu anak saudara bertunang, sebelum itu adik kandung aku sendiri telah mengikat tali pertunangannya. Perkhabaran terbaru seorang anak saudara sepupu di PJ akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan Mac tahun depan. Tidak ketinggalan adik iparku sendiri Rizal, akan menamatkan zaman bujangnya pada Januari depan.

Wah... bertambah sibuklah next year nampaknya, pasti letih, poket pun pasti macam air, mengalir tak berhenti.

Tapi tak apalah mendirikan masjid bukankah pekerjaan yang baik. Sumbangan boleh diberikan samada melalui tenaga atau wang ringgit, Yang pasti semuanya mesti berjalan lancar tanpa ada gangguan, Insyaallah....

Juru cakap pihak perempuan.

Juru cakap pihak lelaki.

Gubahan rumah tanpa tangga, tapi sebenar majlis ini adalah untuk mendirikan rumahtangga.

Sebahagian dari rombongan pihak lelaki.

Sarungan cincin pertunangan sedang dilakukan.

Kek pertunangan dari pihak lelaki.

Buah-buahan segar tidak ketinggalan untuk menyertai gubahan-gubahan lain.

Buah tangan balasan dari pihak perempuan.

Keanggunan terbaik Nurhafizan dihari pertunangannya...

Turut serta meraikan, kawan-kawan dan rakan-rakan....

Imah juga tak ketinggalan, aku dapat rasakan selepas ini akan ada rombongan akan berkunjung ke rumah Mak Nyah pula, Imah jangan marah.... ramalan je...

Antara hasil daripada majlis sebegini......

Selain dari jurucakap, juru kamera dan juru solek juga antara orang sibuk pada hari ini.

Kreativiti....

Kreativiti....

Kreativiti....

Kreativiti....


Selamat bertunang Nurhafizan dan Zulbakti. Semoga apa yang dirancang akan menjadi realiti tanpa ada liabiliti....

Monday, October 19, 2009

Kegunaan Asam Jawa.

Asam Jawa, asalnya tidak diketahui, adakah ianya ada kaitan dengan Tanah Besar Jawa pun tidak pasti, walaupun begitu Asam jawa ini sangat berguna kepada manusia.

Asam jawa mengandungi nalai kalori239 kal setiap 100gm2.8 protein, lemak 0.6gm, kalsium 74mg, fosfor 113mg, zat besi 0.6mg, vitamin A, B1 dan C. Kulit bijinya pula mengandungi pholabatannin dan bijinya mempunyai albuminoid.

Proses penanaman cukup mudah iaitu dengan mencampakkan bijinya yang telah diperah airnya, dalam masa 2, 3 hari ia akan tumbuh, selepas itu pokok akan membesar dan berbuah tanpa perlu penjagaan yang rapi. Pokoknya boleh bertahan hingga 100 tahun.

Pemilik nama saintifik Tamarindus Indica L ini dipercayai boleh menjadi penawar kepada beberapa jenis penyakit seperti sakit kerongkong, batuk, lemah badan, sembelit, keracunan alkohol, pitam dan kanser payu dara.

Manakala penyakit gatal-gatal,bisul, sakit kuning, sukar tidur malam boleh disembuhkan dengan menggunakan daunnya, selain itu ia juga boleh bertindak sebagai antiseptik.

Dalam seni kecantikkan, ia berfungsi sebagai scrub untuk menghaluskan kulit. Cubalah mengamalkannya selalu pasti kulit anda menjadi gebu dan halus seperti kulit bayi. Bagaimana? mudah saja, campurkan sekepal asam jawa (sebesar bola pingpong) yang telah dibuang bijinya dengan sesudu besar tepung ubi, tambahkan sedikit air , kacau rata sehingga menghasilkan larutan pekat. Sapukan pada muka yang telah dibasuh. Biarkan hingga 15 minit dan tanggalkan setelah ia kering. Cuci muka dengan air sejuk, amalkan seminggu sekali, insya allah kulit muka anda akan tegang, bersih, lembut, halus dan gebu.

Bancuh asam jawa dengan gula merah dan diminum setiap hari pagi dan petang untuk menyembuhkan batuk, selsema dan lemah-lemah badan.

Selain dari itu asam jawa juga berfungsi melancarkan peredaran darah dan menyingkirkan kotoran yang mengganggu peredaran oksigen, membuang karbon dioksida dalam darah seterusnya efektif mengubati bisul dan jerawat.
Bancuhkan asam jawa dengan sedikit air dan sapukan disekeliling tempat yang sakit, jerawat akan kecut dan tanpa meninggalkan kesan hitam dan bisul akan segera pecah tanpa dipicit serta mengurangkan rasa sakit, ini adalah kesan daripada penggunaan bancuhan asam jawa tadi.

Bagi wanita yang menghadapi keputihan dan kesakitan semasa haid bolehlah megamalkan pengambilan air asam jawa.

Daun dan kulit pokok asam jawa juga sangat berguna sebagai ubat. Air rebusannya dapat menyembuhkan gatal-gatal kulit, alahan dan kesukaran membuang air besar. Daun yang muda yang mengandungi tartrat dicampurkan dengan kunyit, direbus kemudian diminum. Hasilnya ia akan menyegarkan badan serta mampu merangsang selaput lendir pada dinding tenggorok, perut dan usus.

Kegunaan asam jawa sangat banyak dan antara yang paling popular sebagai perubatan tradisional kampong adalah untuk menurunkan suhu badan ketika demam. Itupun bergantung kepada kita sendiri samada mahu menggunakannya atau tidak kerana untuk mendapat asam jawa tidaklah sukar. Namun begitu ada setengah petua perlu menggunakan buah asam jawa yang ditanam sendiri dan tempoh matangnya yang munasabah.

Sunday, October 18, 2009

Hari Jabatan Penjara : Penjara Pudu Dalam Kenangan.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X

Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Tembok Penjara Pudu siap dibina 1892

Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler"�, pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.
Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.

Bangunan asal dapur Penjara Pudu yang menyerupai "pauper hospital"

Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.

Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.

Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.

Penempatan utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891

Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman disini


Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.
Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.

Bilik penempatan yang menjadi saksi pada tahun 1985 banduan terpaksa tidur bergilir-gilir kerana kesesakan.

Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.
Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri

Ruangan dalam penjara yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan banduan

Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat

Mural sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 yang menghiasi tembok Penjara Pudu merupakan yang terpanjang di dunia

Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.

Kepesatan pembangunan disekeliling penjara bersejarah ini memaksa ianya ditutup buat selamanya

Penjara Pudu telah diterajui oleh beberapa pengarah bermula dari pembukaannya sehinggalah ditutup pada tahun 1996 yang lalu. Antara pengarah yang pernah menerajui Penjara Pudu adalah:
1 R. J. Glazier 1957
2 H. G. Shorters 1958
3 Fitzpatrick 1960
4 Hussein bin Mohd Said 15.10.1968 - 18.10.1976
5 Hamzah bin Mohd Wahi 19.10.1976 - 30.11.1976
6 Omar bin Mohamad Amin 01.12.1976 - 28.02.1981
7 Hj. Abdul Rahman bin Hj. M. Ali 01.03.1981 - 15.04.1988
8 Mohd Nadzri bin Md. Kushairy 16.04.1988 - 31.12.1988
9 Abd Aziz bin Hj Idris 01.01.1989 - 30.12.1991
10 Donald Wee May Keun 01.11.1991 - 15.06.1993
11 Hj Omar bin Hj Mohamed Dan 16.06.1993 - 30.09.1995
12 Mohd Jaafar b. Hj. Yaakob 1.10.1995 - 31.10.1996

Artikel dipetik dari web Jabatan Penjara Malaysia.

Friday, October 9, 2009

Panorama Taiping

Hotel Flemington, Lakeside hotel.

Dipasarkan di Taiping Sentral

Sebahagian suasana di Taiping Sentral

Outside zoom Flemington Hotel

Latest hotel In Rain Town Taiping.