Wednesday, December 31, 2008

Kata orang Banjar tentang kahwin.

Kata orang banjar :
Berkahwin satu itu wajar,
Berkahwin dua itu belajar,
Berkahwin tiga itu mengajar,
Berkahwin empat itu baru betul banjar,
Berkahwin lima itu kurang ajar....!!

Monday, December 29, 2008

Winners and Losers














The winner a part of answer
The losers is always a part of problem
The winner always has a problem
The losers always has an excuse
The winner says "let me do it for you"
The losers says that not my job
The winner sees an answer in every problem
The losers sees a sendtrap near every green
The winner says it may be difficult but its possible"
The losers says " It may be posible but its difficult".

Sunday, December 28, 2008


Kesesakkan berlaku di Pekan Kamunting kerana jambatan sungai berhampiran mengalami keruntuhan tebingnya. Keadaan terkini laluan yang sepatutnya meempunyai 2 lorong telah menjadi satu lorong ekoran kejadian tersebut. Laluan alternatif adalah digalakkan.

Friday, December 26, 2008

Suka-suka Test Skill


Suatu petang di Pantai Teluk Bahang Penang.


Suatu petang di sekitar Silverstone Club House.


Anakku kecilku hanya memerhati dari luar gelagat kakak dan abangnya bermandi.


Waris-warisku dimasa depan sedang bermandi-manda.


Dua beradik yang begitu teruja dengan anak kecilku.


Pendaratan yang KEMAS dan PASTI


Penerjun PDRM di Padang Tekah.


Pesawat yang kelihatan simple tapi boleh berada beribu-ribu kaki diatas sana.



Seekor lalat begitu asyik dengan rezekinya sehingga kehadiranku tidak dipedulikannya.

Awal Muharram 1430H

Tidak lama lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan tahun baru Islam, 1430H. Adalah digalakkan agar kita dapat berdoa ketika peralihan tahun Islam ini supaya kita sentiasa berada didalam keredhaan Allah swt. Dibawah ini disertakan maksud doa sahaja kerana doa asal (dalam bahasa arab) belum ditemui. Insya Allah akan disertakan di lain masa.

Doa Awal Tahun
Cara membaca dan faedah-faedahnya:
Doa ini dibaca 3 kali selepas solat maghrib pada malam 1 muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata. "telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memliharanya daripada fitnah syaitan."

Maksud doa :
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan mu yang maha agung dan kemurahanmu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku memohom perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa menolong kearah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah daripada medekatkan diri kepada Engkau.
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keatas keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.

Doa Akhir tahun
Cara membaca dan faedahnya :
Dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, berkatalah syaitan, "kesusahan bagiku dan sis-sialah pekerjannku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku satu sat jua. Dengan sebab membaca doa ini Allah ampunkan dosanya setahun.

Maksud doa :
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-laranganmu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabmu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau, Ya Allah ya Karim ya zal jalali Wal Ikram.
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keatas keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.

Wednesday, December 24, 2008

Mee Udang Port Weld

Pada hari ahad yang lalu aku terpanggil untuk pekena mee udang di Jalan Kuala Sepetang. Selepas berbincang dengan isteri, pada jam 6.00pm aku bertolak ke sana. Setiba disana ku dapati orang begitu ramai sedang mejamu selera, hampir semua meja dipenuhi orang. Ada juga yang sedang menunggu kat luar, mungkin mereka mengintai meja kosong  atau "tapau'.

Keluar saja dari kereta aku termenung sebentar dengan memerhati ke arah kedai tersebut kerana terfikir di benak ku, berapa lama harus aku menunggu untuk menikmati "order" ku nanti. Setelah ku dapati ada orang yang beredar, tanpa membuang masa terus celapak kat meja kosong tersebut walaupun sisa bekas dan makanan belum di kutip.

Hampir setengah jam menunggu barulah meja tersebut di"clear"kan dan aku meng"order" menu aku sekeluarga. />Terdapat 2 jenis mee udang kat sini. Harga RM6.00 (udang belaan) manakala untuk harga RM10.00 adalah udang laut. Menu yang pertama menjadi pilihan ku sekeluarga. 

Sesudah azan maghrib dilaungkan hanya minuman yang telah kuterima. Aku mengambil kesempatan untuk bersolat di Surau sebelah kedai tersebut. Nasib baik ada surau berdekatan, kalau tidak kantoi....

Selepas solat aku kembali ke meja makan dan aku dapati menu aku sudah tiba. Aku terpaksa memberi peluang kepada orang rumah aku dan anak-anak menikmatinya terlebih dahulu kerana aku menjaga anak kecilku.

Lebih kurang pukul 8.30pm aku beredar.  Setelah di hitung hampir 2 jam aku di situ, ini menunjukkan sambutan yang begitu hebat terhadap kedai makan ini, lebih-lebih lagi musim cuti sekolah. 

Yang paling menarik, aku ditemu kan oleh Allah swt dengan kawan sekolah rendah. Dia langsung tidak mengenali aku, kerana sudah lama tidak bersua muka. Kalau tak silap lebih 20 tahun jangkamasa nya. Lebih-lebih lagi di zaman sekolah dulu aku bukan orang yang hebat dan glamour, malah "low profile" lagi.  "Siapa ya!, tak kenal lah", katanya. Aku sengaja memberi peluang kepadanya untuk mengingati dengan mengajukan beberapa soalan dan "clue" biasa namun dia gagal, kebetulan abangnya juga ada bersama dan abangnya masih mengenali ku. Setelah ku pasti dia sememangnya tidak ingat siapa aku, terus aku cakap, "Shahlan lah...." terus tergelak besar dia dan beredar ke meja makan.

Sunday, December 21, 2008

Penyakit Gout

Gout dianggap sejenis penyakit artritis. Penyebabnya adalah ketidaknormalan tubuh untuk mengendalikan bahan kimia tertentu. Ketidaknormalan ini adalah satu keadaan yang diwarisi. Asid urik adalah salah satu hasil pencernaan makanan didalam tubuh. Bagi kebanyakkan orang asid urik ini mudah dibuang melalui buah pinggang. Tetapi bagi orang yang mudah mendapat penyakit gout, asid uriknya tidak dibuang dengan cepat dan oleh itu bendalir tubuh mengandugi bahan ini dalam kepekatan yang melebihi aras normal. Kelebihan asid urik dapat dikesan dengan menentukan kadar kandungannya didalam plasma darah, dengan itu keadaan disebut hiperuresemia (berlebihan  asid urik dalam darah).

Hiperuresemia agak lazim terjadi. Di AS kira-kira 5 - 10% orang lelaki yang berumur lebih daripada 30 tahun menghidapi penyakit ini, tetapi kira-kira 1 daripada 10 bilangan terjadi pada orang perempuan, ramai orang yang menghidapi hiperuresemia tidak mempunyai gejalanya dan tidak sedar yang mereka menghidapi penyakit itu. Tetapi bagi setengah-setengah orang orang yang yang mengalami keadaaan ini  (kira-kira 3 orang bagi setiap 1000 penduduk) terdapat kerumitan :

1. Artritis akut kerana gout, yang melibatkan sendi.

2. Gout berbatu, dalam keadaaan ini tompok keras hablur aasid urik berkembang di beberapa bahagian tubuh, seringkali berkaiotan dengan sendi.

3. Perkembangan batu buah pinggang yang terdiri daripada hablur asid urik.

4. Penyakit buah pinggang kerana gout, dalam keadaan ini buah pinggang tidak dapat lagi berfungsidengan cekap.

Perhatikan kenyataan tambahan kepada 4 kerumitan ini :

1. Artritis zakut kerana gout terjadi tanpa menunjukkan gejalanya dan sekiranya tidak dirawat, ia akan berterusan selama 1 atau 2 minggu. Ia akan meyebabkan rasa sakit yang amat sangat, sekiranya ia serangan pertama, rasa sakit akan terasa di satu sendi saja, ia tertumpu dibawah ibu jari kaki. Gejalanya adalah bengkak, rasa panas dan amat sakit bila disentuh. Selain dari itu kulit yang menutup sendi menjadi tegang , kilat dan merah. Biasanya serangan terjadi berulang kali, setiap serangan semakin teruk dan kerap. Posisi yang akan terjejas adalah pergelangan kaki, kekura kaki, lutut sendi lengan dan sendi tangan.

2. Gout berbatu adalah keadaan kronik dimana tompokan hablur asid yang disebut tofi kelihatan didalam pelbagai tisu, lokasi lazimnya adalah dicuping telinga. Biasanya ia lebih tertumpu disekitar sendi. Tisu bertindak keatas tofi sama dengan ia bertindak dengan bendasing dengan inflamasi yang berterusan. Sekiranya dibiarkan ia akan merosakkan tulang dan tisu yang lain yang berdekatan.

3. Batu buah pinggang selalu terjadi pada orang mempunyai mempunyai kepekatan asid urik yang tinggi.

4. Penyakit buah pinggang kerana gout. Terdapat 2 hala hubungan antara penyakit buah pinggang yang merosot dengan gout, ia disebabkan ketidakupayaan buah pinggang berfungsi dengan efisien. Selalunya hiperuresmia boleh merosakkan buah pinggang.

Apakah Tindakan?

1. Menurunkan kepekatan asid urik sebelum kerumitan gout berkembang. Elakkan makanan yang mengandungi bahan yang menggalakkan asid urik seperti lemak haiwan dan daging.

2. Berusaha mendapatkan BMI yang ideal.

3. Minum sehingga 3 liter air untuk membantu fungsi buah pinggang yang berkesan.

4. Dapatkan rawatan doktor, ubat yang mempengaruhi metabolisma asid urik seperti colchicine, probenesid, (benemid)  dan alopurinol antara opsyen yang sesuai.   

 

   

Friday, December 19, 2008

Khutbah Jumaat

Hari in adalah yang mulia iaitu hari Jumaat, penghulu bagi segala hari, hari kebesaran bagi orang yang beriman. Alhamdulillah pada hari ini aku diberikan kekuatan dan kesihatan fizikal dan mental, seterusnya aku mendapat peluang untuk mengerjakan Solat Jumaat walaupun dalam waktu bekerja.

Dalam khutbah dari mimbar yang aku ikuti hari ini berkisar tentang pengorbanan kerana kita baru saja merayakan aidil adha, jadi tidak salah kita membincangkan tentang korban atau pengorbanan, kata Khatib yang bertugas.

Serba sedikit yang aku ingat tentang khutbah tersebut adalah mengenai pergobanan Siti Hajar, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang mana kita hari ini mungkin tidak dapat mengikut jejak langkah tokoh-tokoh yang hebat ini. Malah anak muda kita hari ini lebih rela terkorban dengan "berjihad" sebagai Mat Rempit.

Tetapi, yang lebih menarik khutbah hari ini dibawakan oleh khatib yang begitu prihatin dengan kemungkaran dan kemaksiatan. Sesekali beliau akan menghuraikan dengan ideanya sendiri apabila melibatkan perkara yang selalu berlaku disekeliling kita. Disamping itu juga beliau kerap tersentuh dan sebak apabila perkara-perkara seumpama disebutkan. Beliau juga menasihati agar kita sama-sama memelihara kampung atau taman perumahan kita dari gejala maksiat kerana bala Allah tidak mengenal pemaksiat atau tidak.

Sambil menghayati khutbah yang dibacakan aku juga terfikir tentang kelengkapan atau adab kita semasa ke masjid untuk mengerjakan solat. Sesungguhnya adalah tidak molek kita ke rumah Allah dengan berpakaian yang tidak sesuai.  Sudahlah mengenakan T-shirt yang bertulis dibelakangnya lepas tu duduk pula di saf depan. T-shirt yang bertulis dibelakang itu akan menganggu atau mengurangkan tumpuan orang yang disolat dibelakang kita. Mustahil tidak mampu menyediakan pakaian yang sesuai sedangkan kita mampu untuk memiliki kemudahan peribadi yang lain yang lebih mahal harganya seperti handphone, kereta, motorsikal dan sebagainya. Mungkin kita tidak berminat dengan baju melayu tetapi sekurang-kurang pakailah t-shirt yang tidak bertulis.

Aku juga bermuhasabah diri kerana disamping aku melihat kekurangan orang, sebenarnya aku juga punyai kekurangan. Dari dulu hingga sekarang aku gagal untuk menggunakan kopiah sebagai penutup kepala ketika menunaikan solat diluar rumah atau ketika bermusafir. Ini sebenarnya perkara kecil yang dipandang ringan. Harus diingatkan sedikit- sedikit akan menjadi bukit, perkara kecil jika diulangi dengan kerap akan menjadi besar. Pergerakkan untuk menyelak rambut semasa sujud ketika solat mungkin akan membatalkan solat kita. 

Aku berazam akan cuba memperbetulkan sedikit demi sedikit kepincangan yang ada dimasa depan agar hari ini yang menjadi kenyataan akan lebih baik dari hari semalam yang pergi dengan seribu kenangan atau pengalaman dan kita menanti kedatangan hari esok yang belum pasti.....

Sekian.

Tuesday, December 16, 2008

Rahsia Hijrah

RAHSIA BULAN-BULAN ISLAM SERTA PENGERTIANNYA.

1. Muharram : ertinya yang diharamkan atau dipantangkan kerana dalam bulan ini dilarang menumpahkan darah. Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah memasuhkannya (Al- Baqarah ayat 91)

2. Safar : ertinya kosong atau kuning. Dalam bulan ini semua lelaki bangsa arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada pergi berperang, berniaga, mengembara dan sebagainya.

3. Rabu'ul Awal : Rabi' ertinya menetap, Awal ertinya pertama. Dalam bulan ini semua lelaki yang tadinya meninggalkan rumah , sudah kembali berada di rumah masing-masing.

4. Rabi'ul Akhir : Rabi' ertinya menetap. Akhir ertinya penghabisan. Dalam bulan ini semua lelaki yang tadi meninggalkan rumah, telah kembali kerumah masing-masing.

5. Jumadil Awal : ertinya kering atau beku. Dalam bulan ini orang arab zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Parit, sumur, sungai menjadi kering.

6. Jumadil Akhir : ertinya penghabisan atau beku penghabisan. Mereka telah mengalami kekeringan air untuk kali terakhir.

7. Rejab : ertinya mulia. Bangsa arab dahulu memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu :

 - 1 Rejab : menyembelih ana unta sebagai korban.

 - 10 Rejab : kembali menyembelih korban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini dibatalkan             dengan kedatangan Islam.

 - Diharamkan berperang, setelah kedatangan Islamlarangan ini tetlah dibatalkan.

 - Tannggal 1 Reab mereka akan membuka pntu Kaabah siang dan malam agar dapat beribadat       sepuasnya.

8. Syaaban : ertinya berserak-serak. Dalam bulan ini orang arab zaman dahulu berserak ke lembah-lembah mencari air disebabkan disebabkan kekeringan air. Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.

9. Ramadhan : ertinya panas terik atau terbakar. Cuaca bulan ini di Jazirah Arab sangat terik hingga orang berjalan kaki dipadang pasir tanpa alas pasti kakinya melecur.

10. Syawal : ertinya naik. Pada bulan ini bla orang arab hendak naik unta, dipukulnya belakang unta lalu ekornya naik sedangkan pada bulan lain tidaklah demikian.

11. Zulkaedah : Dzul ertinya yang empunya, Kaedah ertunya duduk. Bullan ini semua lelaki tinggal dirumah, tiada yang bermusafir atau mengembara.

12. Dzulhijjah : Dzul ertinya yang empunya, Hijjah ertinya Haji. Dalam bulan inilah umat manusia sejak Nabi Adam melakukan ibadah Haji.