Antara intipati ynag dapat diambil dari tazkirah tersebut adalah :
Kepentingan solat keatas umat Muslim, cubalah mengamalkan solat 5 waktu dalam keadaan apa sekalipun, samada kita mahir atau tidak tentang solat, yang penting jauh disudut hati kita solat tetap menjadi kewajipan dalam masa yang sama kita berazam untuk memperbaikinya dengan menghadiri majlis ilmu yang ada disekitar kita.
Al Fadhil ustaz sempat menceritakan mengenai suatu kisah dimana dalam suatu keadaan sekiranya anda mempunyai sebotol air yang hanya cukup untuk berwuduk, tetapi dalam masa yang sama terdapat seekor anjing yang kehausan, maka anda dibolehkan memberi anjing tersebut minum air untuk berwuduk tadi dan anda dibenarkan bertayamum.
Dalam suatu keadaan yang lain anda juga mempunyai sebotol air yang cukup untuk berwuduk, dalam masa yang sama terdapat seseorang yang nazak sedang dahaga, sekiranya anda memberi minum manusia ini dengan air untuk berwuduk tadi maka anda tidak dibenarkan betayamum.
Begitulah hinanya orang yang tidak bersolat sehinggakan lebih hina daripada anjing yang kehausan.
Fikir-fikirkan lah......
No comments:
Post a Comment