Tuesday, August 4, 2009
Menangani Stress
Menurut satu kajian, kaum wanita sering dan mudah diserang 'stress' berbanding lelaki. Ini kerana wanita lebih cenderung memandang masalah secara menyeluruh dan 'serius' serta gemar mengaitkannya dengan masalah-masalah lain yang akhirnya akan menjadi lebih rumit dan memeningkan kepala.
1. Berehat
Teknik merehatkan diri dapat mengendurkan urat saraf dan merendahkan 'stress'. Sesetengah cara merehatkan diri mampu menurunkan tekanan darah dan denyutan jantung yang meningkat akibat stress.
2. Urutan
Hasil urutan terbukti cukup efektif untuk mengurangi 'stress' kerana ia mampu mengendurkan otot yang tegang. Urutan dengan aromaterapi dikatakan sangat berkesan untuk mengurangkan rasa tegang.
3. Olahraga
Perjalanan hormon 'endorfin' menjadi meningkat dan menambah persediaan oksigen ke otak. Selain itu, olahraga juga dapat melepaskan ketegangan otot.
4. Bersosial
Berkomunikasilah dengan orang lain. Mencurahkan isi hati dan beban fikiran pada orang lain juga berkesan untuk melepaskan 'sress'.
5. Hobi
Satu cara alternatif untuk melarikan diri dari ketegangan, tetapi pastikan hobi ynag positif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment