Sunday, August 2, 2009

Khasiat Pokok Bunga Tahi Ayam


Pokok muda yang belum berbunga ini seakan-akan ulam raja. Daunnya majmuk, berpelepah dan tumbuh berpasangan antara 10 hingga 12 helai daun dalam satu pelepah.

Bezanaya dengan ulam raja, pokok bunga tahi ayam mengeluarkan bunga berwarna oren dan biji benihnya didapati didalam bunga, sementara bunganya bersaiz saiz kecil berwarna merah jambu.

Batangnya berwarna hijau muda dan lembut mudah patah, tetapi ia tahan pada cahaya matahari, sebab itulah ia sering ditanam dikawasan yang terbuka terutamnya padang permainan.

Nama saintifiknya Tagates erecta Linn dari keluarga Compositae dan pada sesetengah tempat ia dipanggil bunga kembang emas.

Antara kegunannya boleh digunakan bagi melegakan selsema. Caranya ialah dengan merebus bahagian akarnya untuk dijadikan mandian sementara daunnya diramas-ramas dan disapukan pada pangkal hidung.

No comments:

Post a Comment