Najis adalah :
1. Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia. Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
2. Darah kecuali hati dan limpa.
3. Segala benda cair yang keluar dari qubul dan dubur.
4. Nanah kerana ia terhasil dari darah yang busuk.
5. Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan.
6. Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup.
Jenis Najis (terbahagi kepada 3):
1. Mughallazah
Anjing dan babi serta segala yang berkaitan dengan kedua-dua binatang ini termasuk di dalam kategori ini.
Cara mencuci : menyiram air sebanyak 7 kali dan salah satu dari air siraman itu hendaklah dicampur dengan tanah.
2. Mukhaffafah
Merupakan najis ringan, seperti kencing anak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah yang hanya makan susu ibunya.
Cara mencuci : memadai denagn memercikkan air atas benda yang terkena najis itu kemudian dilapkan.
3. Mutawassitah, terbahagi kepada 2 bahagian :
- Hikmiah : najis yang kita yakin adanya tetapi tidak nyatazatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hingga sifatnya sudah hilang.
Cara mencuci : memadai dengan mengalirkan air diatasnya.
- Ainah : najis masih ada zatnya.
Cara mencuci : dicuci sehingga hilang semua jenis sifatnya.
No comments:
Post a Comment