Antara pengajaran yang dapat diambil dari tazkirah yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Saari Osman malam tadi.
1. Selalulah memberi salam lebih-lebih lagi ketika pulang kerumah, walaupun dirumah tersebut tiada orang.
Ditegah memberi salam ketika :
- Orang sedang solat
- Orang sedang makan
- Dalam majlis Ilmu
- Orang sedang membaca Al- Quran.
Semoga kita semua sentiasa dalam kesejahteraan dengan mengamalkan salam.
2. Sentiasa berusaha untuk berada dalam keadaan berwuduk kerana wuduk adalah pendinding kita walaupun dalam keadaan kita tidur.
3. Perbanyakkan sembahyang malam kerana kamu akan dipelihara malaikat Hafazan.
Semoga Ramadhan ini membawa berkat buat kita semua.
No comments:
Post a Comment