1. Bulan ke 8 dalam kalendar Islam dan mempunyai 29 bilangan hari.
2. Erti Syaaban adalah "berserak-serak" yang mana orang arab zaman dahulu berserak ke lembah-lembah untuk mencari air, juga diertikan berserak itu untuk mencari kebajikan.
3. Hari-hari yang disunatkan berpuasa dalam bulan Syaaban adalah : 1,4,8,11,15,18,22,25,
4. 15hb. Syaaban adalah hari Nisfu Syaaban yang mana kelaziman orang kita meyambutnya dengan membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali dan sembahyang hajat.
5. 29hb. Syaaban juga dikenali sebagai Hari Syak.
6. Rasulullah bersabda : " Barangsiapa memuliakan bulan Syaaban dan takut kepada Allah, beramal taat kepadanya dan menahan dirinya dari perbuatan maksiat, nescaya diampuni Allah segala dosanya dan dipelihara Allah pada tahun itu dari berbagai cubaan dan penyakit. (Petikan Kitab Zubdatul Wa'izhin)
6. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila pertengahan bulan Syaaban telah berlalu, maka hendaklah kamu berhenti dari berpuasa hingga masuk bulan Ramadhan."
7. Dari Abulyaqzhan, iaitu Ammar bin Yasir r.a. katanya : " barang siapa yang berpuasa pada hari yang diragukan (apakah masih Syaaban atau telah masuk Ramadhan) maka ia telah mengingkari Abul Qasim (Nabi Muhammad s.a.w.) (Riwayat Abu Daud & Tarmizi).
No comments:
Post a Comment