Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.
Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.
Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.
Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan
* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.
* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.
* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.
* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.
* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.
* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.
* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.
* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.
* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.
* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.
* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.
* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh,kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang paling sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.
* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.
* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.
Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.
Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.
Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan. - lanh/mks.
Thursday, August 27, 2009
Hadis Ramadhan 2
Dari Zaid Bin Khalid Al-Juhani r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
"Barang sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka ia memperolehi seperti pahala orang yang berpuasa tadi tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa yang diberi makan tadi." (Imam Tarmizi)

Tuesday, August 25, 2009
Tazkirah Ramadhan : Ustaz Thoriq Zainurdin
Antara intipati ynag dapat diambil dari tazkirah tersebut adalah :
Kepentingan solat keatas umat Muslim, cubalah mengamalkan solat 5 waktu dalam keadaan apa sekalipun, samada kita mahir atau tidak tentang solat, yang penting jauh disudut hati kita solat tetap menjadi kewajipan dalam masa yang sama kita berazam untuk memperbaikinya dengan menghadiri majlis ilmu yang ada disekitar kita.
Al Fadhil ustaz sempat menceritakan mengenai suatu kisah dimana dalam suatu keadaan sekiranya anda mempunyai sebotol air yang hanya cukup untuk berwuduk, tetapi dalam masa yang sama terdapat seekor anjing yang kehausan, maka anda dibolehkan memberi anjing tersebut minum air untuk berwuduk tadi dan anda dibenarkan bertayamum.
Dalam suatu keadaan yang lain anda juga mempunyai sebotol air yang cukup untuk berwuduk, dalam masa yang sama terdapat seseorang yang nazak sedang dahaga, sekiranya anda memberi minum manusia ini dengan air untuk berwuduk tadi maka anda tidak dibenarkan betayamum.
Begitulah hinanya orang yang tidak bersolat sehinggakan lebih hina daripada anjing yang kehausan.
Fikir-fikirkan lah......

Monday, August 24, 2009
Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Saari Osman.
Antara pengajaran yang dapat diambil dari tazkirah yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Saari Osman malam tadi.
1. Selalulah memberi salam lebih-lebih lagi ketika pulang kerumah, walaupun dirumah tersebut tiada orang.
Ditegah memberi salam ketika :
- Orang sedang solat
- Orang sedang makan
- Dalam majlis Ilmu
- Orang sedang membaca Al- Quran.
Semoga kita semua sentiasa dalam kesejahteraan dengan mengamalkan salam.
2. Sentiasa berusaha untuk berada dalam keadaan berwuduk kerana wuduk adalah pendinding kita walaupun dalam keadaan kita tidur.
3. Perbanyakkan sembahyang malam kerana kamu akan dipelihara malaikat Hafazan.
Semoga Ramadhan ini membawa berkat buat kita semua.

Hadis Ramadhan 1
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Siapa yang menegakkan solat pada malam Ramadhan kerana iman dan Allah, maka diampun dosa-dosanya yang lalu." (Sahih Muslim)
"Siapa yang menegakkan solat pada malam Ramadhan kerana iman dan Allah, maka diampun dosa-dosanya yang lalu." (Sahih Muslim)
Saturday, August 22, 2009
Ramadhan : Surah Al-Baqarah : Ayat : 183
Thursday, August 13, 2009
H1N1 : Sharing info.
Please, please take this seriously!!
JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS..MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....
>My staff was
crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....
>No one
bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!!(imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...
>Called his mom
to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...
>First thing
we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.
>Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...
>EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE forthose with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....
>ALHAMDULILLAH. ..
my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday... .she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat
normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...
>This is just
to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH! !!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

H1N1 : Cara mengubati, antara kaedah yang boleh dicuba....
Copy paste dari e-mail tempat kerja, tentang cara melawan wabak H1N1....
Worth a try...
Salam..... sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan ban tun. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
Bahan2nya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk
Cara2nya
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma.

Tuesday, August 11, 2009
Serba sedikit perihal bulan Syaaban.
1. Bulan ke 8 dalam kalendar Islam dan mempunyai 29 bilangan hari.
2. Erti Syaaban adalah "berserak-serak" yang mana orang arab zaman dahulu berserak ke lembah-lembah untuk mencari air, juga diertikan berserak itu untuk mencari kebajikan.
3. Hari-hari yang disunatkan berpuasa dalam bulan Syaaban adalah : 1,4,8,11,15,18,22,25,
4. 15hb. Syaaban adalah hari Nisfu Syaaban yang mana kelaziman orang kita meyambutnya dengan membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali dan sembahyang hajat.
5. 29hb. Syaaban juga dikenali sebagai Hari Syak.
6. Rasulullah bersabda : " Barangsiapa memuliakan bulan Syaaban dan takut kepada Allah, beramal taat kepadanya dan menahan dirinya dari perbuatan maksiat, nescaya diampuni Allah segala dosanya dan dipelihara Allah pada tahun itu dari berbagai cubaan dan penyakit. (Petikan Kitab Zubdatul Wa'izhin)
6. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila pertengahan bulan Syaaban telah berlalu, maka hendaklah kamu berhenti dari berpuasa hingga masuk bulan Ramadhan."
7. Dari Abulyaqzhan, iaitu Ammar bin Yasir r.a. katanya : " barang siapa yang berpuasa pada hari yang diragukan (apakah masih Syaaban atau telah masuk Ramadhan) maka ia telah mengingkari Abul Qasim (Nabi Muhammad s.a.w.) (Riwayat Abu Daud & Tarmizi).

Khasiat Kacang Soya.
Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:
- merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
- mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
- ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous.
- ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
- ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
- protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.
- ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
- ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
- a mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.
Monday, August 10, 2009
Sifat-sifat Menarik Semut
Antara sifat menarik yang terdapat pada seekor semut adalah:
1. Ia boleh berlari sangat laju berbanding dengan saiz badannya. Ia mampu mengangkat benda 20x daripada berat badannya.Otaknya mempunyai 250 000 sel otak berbanding menusia mempunyai 10,000 juta.
2. Panjang hayatnya adalah diantara 45 - 60 hari.Sesungutnya digunakan untuk menyentuh dan mengesan bau.Semut dewasa tidak boleh menelan makanan pepejal, sebaliknya menelan makanan cecair.
3. Abdomennya mempunyai 2 perut. Satu perut memuatkan makanan untuk dirinya dan satu lagi untuk semut lain. Terdapat 1000 spesies semut yang diketahui.
4. Setiap koloni mempunyai sekurang-kurangnya 1 hingga 4 permasuri. Tugasnya hanyalah untuk menghasilkan telur, yang kemudiannya akan dijaga oleh semut pekerja. Tugas semut pekerja adalah untuk mencari makanan, menjaga anak semut,dan mempertahankan koloni.
5. Semut pekerja akan menyusun telur dan larva mengikut umurnya. Pada waktu malam ia akan membawa telur dan larva jauh kedalam koloni agar ia tidak kesejukan. Pada waktu siang pula ia akan dibawa ke atas kolonia agar ia lebih panas.
6. Jika seekor semut menjumpai makanan, ia akan meninggalkan jejak bau agar semut lain dapat menjumpai makanan tersebut.
Begitu menakjubkan sifat dan kerjasama antara semut, tidakkah kita mahu mencontohinya?
Friday, August 7, 2009
Najis, Jenis-jenisnya dan Cara Menyucikannya..
Najis adalah :
1. Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia. Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
2. Darah kecuali hati dan limpa.
3. Segala benda cair yang keluar dari qubul dan dubur.
4. Nanah kerana ia terhasil dari darah yang busuk.
5. Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan.
6. Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup.
Jenis Najis (terbahagi kepada 3):
1. Mughallazah
Anjing dan babi serta segala yang berkaitan dengan kedua-dua binatang ini termasuk di dalam kategori ini.
Cara mencuci : menyiram air sebanyak 7 kali dan salah satu dari air siraman itu hendaklah dicampur dengan tanah.
2. Mukhaffafah
Merupakan najis ringan, seperti kencing anak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah yang hanya makan susu ibunya.
Cara mencuci : memadai denagn memercikkan air atas benda yang terkena najis itu kemudian dilapkan.
3. Mutawassitah, terbahagi kepada 2 bahagian :
- Hikmiah : najis yang kita yakin adanya tetapi tidak nyatazatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hingga sifatnya sudah hilang.
Cara mencuci : memadai dengan mengalirkan air diatasnya.
- Ainah : najis masih ada zatnya.
Cara mencuci : dicuci sehingga hilang semua jenis sifatnya.

Thursday, August 6, 2009
Meminimakan Risiko Kanser prostat
Sebagaimana diketahui umum bahawa kanser prostat sering berlaku dikalangan kaum lelaki. Walau apapun penyakit yang kita hadapi, yang penting bagaimana kita dapat mengurangkan impak disebabkan penyakit tersebut. Disenaraikan dibawah beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan kesan disebabkan penyakit kanser prostat.
1. Menambah kekerapan mengambil makanan berasaskan tomato.
2. Minimakan pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak, seperti daging dan sebagainya.
3. Elakkan untuk tidak bersenam, 3 jam atau lebih waktu bersenam menjadi kemestian dalam tempoh seminggu.
4. Yang terakhir dan terpenting ialah pegambilan makanan seimbang yang berterusan.
Tuesday, August 4, 2009
Menangani Stress
Menurut satu kajian, kaum wanita sering dan mudah diserang 'stress' berbanding lelaki. Ini kerana wanita lebih cenderung memandang masalah secara menyeluruh dan 'serius' serta gemar mengaitkannya dengan masalah-masalah lain yang akhirnya akan menjadi lebih rumit dan memeningkan kepala.
1. Berehat
Teknik merehatkan diri dapat mengendurkan urat saraf dan merendahkan 'stress'. Sesetengah cara merehatkan diri mampu menurunkan tekanan darah dan denyutan jantung yang meningkat akibat stress.
2. Urutan
Hasil urutan terbukti cukup efektif untuk mengurangi 'stress' kerana ia mampu mengendurkan otot yang tegang. Urutan dengan aromaterapi dikatakan sangat berkesan untuk mengurangkan rasa tegang.
3. Olahraga
Perjalanan hormon 'endorfin' menjadi meningkat dan menambah persediaan oksigen ke otak. Selain itu, olahraga juga dapat melepaskan ketegangan otot.
4. Bersosial
Berkomunikasilah dengan orang lain. Mencurahkan isi hati dan beban fikiran pada orang lain juga berkesan untuk melepaskan 'sress'.
5. Hobi
Satu cara alternatif untuk melarikan diri dari ketegangan, tetapi pastikan hobi ynag positif.
Sunday, August 2, 2009
Khasiat Pokok Bunga Tahi Ayam
Pokok muda yang belum berbunga ini seakan-akan ulam raja. Daunnya majmuk, berpelepah dan tumbuh berpasangan antara 10 hingga 12 helai daun dalam satu pelepah.
Bezanaya dengan ulam raja, pokok bunga tahi ayam mengeluarkan bunga berwarna oren dan biji benihnya didapati didalam bunga, sementara bunganya bersaiz saiz kecil berwarna merah jambu.
Batangnya berwarna hijau muda dan lembut mudah patah, tetapi ia tahan pada cahaya matahari, sebab itulah ia sering ditanam dikawasan yang terbuka terutamnya padang permainan.
Nama saintifiknya Tagates erecta Linn dari keluarga Compositae dan pada sesetengah tempat ia dipanggil bunga kembang emas.
Antara kegunannya boleh digunakan bagi melegakan selsema. Caranya ialah dengan merebus bahagian akarnya untuk dijadikan mandian sementara daunnya diramas-ramas dan disapukan pada pangkal hidung.
Subscribe to:
Posts (Atom)