Disebabkan kesan tembakau yang sangat kritikal terhadap kesihatan, persekitaran dan keturunan post yang kedua yang berkisar atas tajuk yang sama iaitu tembakau di"publish"kan untuk tatapan. Semoga kita mendapat menafaat/keinsafan darinya.......
Sejarah Awal Industri Tembakau Di Malaysia
Industri tembakau di Malaysia bermula dengan tembakau cerut. Ianya ditanam dengan meluas dan menjadi salah satu dagangan utama bagi ekonomi negeri Sabah sejak awal abad kesembilan belas, setalah didapati penanamannya berjaya diusahakan pada tahun 1883.
Kawasan utama penanamannya ialah di Lembah Sungai Sagama, Lahat Datu, Sabah. Pada satu ketika ianya menarik perhatian lebih dari lima puluh pengusaha dari Eropah dan mencapai nilai eksport ke paras RM2 juta pada tahun 1902. Namun industri tembakau di Sabah mengalami era kejatuhannya pada tahun 1930an disebabkan faktor-faktor seperti banjir, kekurangan modal, pengurusan yang kurang cekap, kejatuhan harga pasaran dunia dan dasar "tutup pintu" pedagang Amerika terhadap barangan import.
Manakala industri tembakau jenis virginia pula bermula di Semenanjung Malaysia setelah percubaan penanamannya didapati sesuai pada tahun 1931 di Ladang Penyelidikan Kerajaan, Serdang, Selangor. Namun perkembangan industri ini agak perlahan disebabkan Perang Dunia Kedua. Selepas perang, khususnya di tahun 1959 usaha untuk meningkatkan tanaman tembakau telah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. Di pertengahan 1970an pula penanaman tembakau berkembang maju iaitu dengan Kelantan (60%), Terengganu (11%), Kedah (5%), Perlis (4%), Pahang (2%) dan lain-lainnya di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
No comments:
Post a Comment