Sunday, June 14, 2009

Mengkudu (Morinda Citrifolia Linn.)



Famili: Rubiaceae

Pokok: Mengkudu ialah pokok malar hijau dengan silara berbentuk kun,tumbuh setinggi 7 m.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan,dan berbentuk bujur-tirus.Daun berwarma hijau tua berkilat,licin dan hujungnya runcing.Purata ukuran daun ialah 30-35 cm panjang dan 13-15 cm lebar.Di setiap pangkal tangkai daun terdapat ketumbuhan berbentuk seperti lidah berwarna hijau berukuran lebih kurang 1.5 cm panjang.

Batang: Kulit batang pokok berwarna kelabu dan mempunyai dahan empat segi.

Bunga: Jambak bunga tumbuh pada batang yang bentuknya menyerupai ketuat. Bunga adalah bisexual dan berbau wangi.

Buah: Buahnya berisi, jenis drup yang tidak sekata dan berbentuk bujur. Apabila masak buahnya berubah warna menjadi krim keputih-putihan.

Bahagian yang berguna: Buah, daun dan akar

Kegunaan dalam perubatan tradisional
Meransang haid: Buah yang masak dimakan
Meningkatkan pengaliran haid: Air rebusan akar diminum
Kencing manis: Jus buah segar di minum
Pencuci rambut: Pulpa buah disapukan pada rambut

Bahagian Industri Kimia yang penting
- Alizarin
- Asperuloside

Sumber : Mardi.

No comments:

Post a Comment