Baru-baru ini sempena dengan kenduri kahwin adik bongsu aku, Umbut Bayas dipesan untuk dijadikan sebagai salah satu menu hidangan, setelah berfikir aku terpanggil untuk membuat post mengenai Umbut Bayas kerana ramai orang kurang mengetahui mengenainya, sehinggakan di internet pun agak susah untuk mendapat artikel mengenai Umbut Bayas.
Setelah mencari aku gabungkan sumber daripada Utusan On line dan Perpustakaan Awam Daerah Bera, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, harap tiada masalah dari pihak berkenaan. Satu fakta yang tidak dinyatakan dalam 2 sumber ini adalah bahawa Umbut Bayas juga boleh mengakibatkan sakit urat, seseorang yang mempunyai masalah urat saraf akan merasa lenguh-lenguh selepas memakan Umbut Bayas. Disebabkan keenakannya dan susah umtuk mendapatkannya kebanyakkan orang mengenepikan efek tersebut.
Pokok bayas atau nama saintifiknya Oncosperma horrida, rupa dan saiz pokok bayas seakan-akan pokok nibong dan pokok pinang yang mempunyai batang tinggi dan keras, berduri serta sukar ditebang menggunakan pisau atau parang biasa.
Setelah pokok ditebang, tugas membuang kulit keras pokok bayas dilakukan untuk mendapatkan umbutnya dengan menggunakan peralatan beliung. Umbut(bahagian dalam batang atau mayang pokok bayas)merupakan sejenis bahan lembut dan sedap jika dimasak secara resipi kampung.
Kerja menebang pokok itu juga mengambil masa agak lama semata-mata untuk mengambil lapisan umbutnya sahaja manakala bahagian batangnya perlu dibuang.
Lapisan umbut dalam batang bayas, katanya, dipotong pendek-pendek sepanjang kira-kira satu meter untuk mudah dipikul atau diangkut keluar dari hutan untuk dibawa pulang atau dijual.
Setiap batang pokok tersebut boleh menghasilkan 12 meter umbut.
Adakalanya, umbut bayas digunakan untuk masakan kenduri-kendara majlis perkahwinan atau menyambut kedatangan pelawat luar.
Bukan mudah mencari umbut bayas kerana tumbuhan itu terdapat jauh di dalam hutan tebal dan mengambil masa lama untuk mencarinya di samping berdepan dengan ancaman tertentu.
Di Negeri Pahang Darul Makmur,Umbut bayas memang popular sejak zaman dahulu lagi di kalangan orang Melayu di Jerantut dan Kuala Lipis kerana ia sinonim dengan masakan lemak yang dihidangkan bersama gulai tempoyak ikan air tawar daripada Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Pahang.
Sebahagian besar generasi kini tidak mengenali lagi pokok bayas.
"Ramai di kalangan golongan muda tidak tahu keenakan masakan lemak umbutnya, malah tidak mahir memasak berasaskan campuran tumbuhan itu," kata En. Mustaffa. Umbut atau bahagian dalam batang pokok itu sering digunakan sebagai bahan penyedap dalam masakan kampung.
Disamping itu umbut bayas juga dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan berikutan permintaannya yang agak tinggi di sini.
"Keratan umbut ini dijual dengan harga RM8 sekilogram dan kami memperoleh antara RM80 hingga RM100 apabila dijual kepada peniaga di pasar tani dan pekan sehari," katanya.
masa aku dikampung dulu memang selalu mencari umbut bayas ni.memang enak dibuat masak lemak putih.selalu kalau kenduri kendara mesti ada masakan umbut bayas ni.selalu nya masakan umbut ni tak cukup .tapi sekarang ni susah nak cari pokok bayas ni.sepatutnya pokok ni jadi pokok kawalan jabatan perhutanan.
ReplyDelete