Pada 6hb. Jun 2009 yang lalu, hari yang paling berbahagia buat ibu tersayang Hajah Rani Ismail kerana hari perkahwinan anak bongsu nya. Maklumlah anak bongsu, perempuan pulak tu, jadi bila ada orang yang sudi menjadi teman hidupnya, maka terlepaslah tanggungjawab dan kewajipan keatas anak tersebut dan kini suaminya adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya keatasnya. Semoga selepas ini mak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap kehidupan seharinnya tanpa bersusah payah memikirkan anak bogsunya itu.
Banner majlis perkhwinan Shat & Shuk.
Anak muda kampung sedang menjamu selera disebelah malam sempena kenduri arwah.
Kelihatan anak, menantu dan cucu Kak Sarah sedang menjamah juadah.
Didalam rumah kelihatan kaum ibu dan kaum hawa sedang makan.
Sebahagian penduduk kampung yang hadir sedang menikmati hidangan nasi putih, daging masak lemak dan ikan masin.
Orang yang paling sibuk, Abang Yie sedang berkomunikasi dengan pekerja di balai hidangan. Antara aktiviti disebelah malam.
Pada hari kenduri yang sebenar :
Tarmizi, antara sahabat sekerja yang hadir bersama keluarga.
Tidak ketinggalan "Abang kau" (Saher) dan seluruh keluarganya.
Isteri "abang kau" sedang asyik berbual dengan orang rumah aku, maklumlah sekali sekala berjumpa......
Pelamin terindah raja sehari, dengan warna oren sebagai warna tema.
Para jemputan sedang menjamu selera dibawah "canopy" serba biru dengan label 'kati'.
Abang Ramli A. Majid (Awang Stering) DJ jemputan pada hari bersejarah tersebut.
Nida begitu anggun di hari perkahwinannya.
Pengantin perempuan sedang bergerak untuk menyambut kehadiran pengantin lelaki
Dua mempelai begitu anggun dan segak. Ular sawa batik-batik, sama lawa sama cantik.
Selamat pengantin baru, semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment