Tuesday, February 10, 2009

Soal Jawab Ugama : Duit suami adalah duit isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. So......

Assalamualaikum Ustaz,

Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private. Semasa saya
kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit
isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. So, adakah maknanya di
sini saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran
suami?

Sebab ada rakan lelaki saya berkata duit isteri pun, perlu mintak
kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab.

terima kasih.

Wa'alaikumsalaam Wr Wb

Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab
suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi
kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang boleh si suami lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya
membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan
beban kewangan. Dari itu, understanding dari pihak isteri amat
diharapkan, kerana hidup berumahtangga. ... susah senang sama-sama
merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami
dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak, suami
mesti memenuhi segala kewajipan dia.

Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa
baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah
bahagia hidup, hingga ke syurga.

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan
isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam.

Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak.
Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar
bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja
apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan.
Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja,
hatta apapun alasannya. Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak
ada apa nak buat, semuanya tertolak.

Kalau boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri,
ingat mati lebih baik dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan
secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri
kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah
ummah.

Saya menolak pendapat "ustaz" kursus rumahtangga itu yang berkata
duit isteri...isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban
kewangan.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta
ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara
mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada
isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi
meringankan beban kewangan.

2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri
keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit
itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi
suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri
apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

Muafakatlah, kerana ia membawa berkat.

Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si
suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada suami.

No comments:

Post a Comment