Saturday, February 14, 2009

Pelbagai Petua

Walaupun namanya pe'TUA' seolah-olah menjurus kepada proses penuaan tetapi hakikat sebenarnya seseorang yang mengamalkan petua akan kelihatan lebih muda ataupun awet muda, cergas dan sihat bergantung kepada petua yang diamalkannya.

1. Melegakan rasa pedih cili
Ramai orang mudah rasa pedih (pijar) pada tangan apabila memotong atau menumbuk cili. satu cara untuk mengelakkan fenomena ini berlaku adalah dengan menyapu cuka diatas telapak tangan.

2. Melegakan ruam susu
Ruam susu jika tidak dirawat akan menyebabkan kesan kemerahan pada muka bayi. Untuk merawatnya ramas dua helai daun sirih muda bersama sedikit air. Tumbuk ibu kunyit sebesar jari kelingking. Campurkan kedua-dua bahan itu, kemudian bancuh bersama bedak sejuk. sapukan pada kulit bayi yang terkena ruam susu. Ia juga dapat menghaluskan dan melicinkan kulit bayi.

3. Hilangkan kerak kuali
Satu cara untuk anda memudahkan mencuci kuali yang berkerak ialah menggunakan garam. Masukkan sedikit air ke dalam kuali dan campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan seketika sehingga kerak tadi tertanggal sendiri.

4. Ayam goreng masak rata
Satu masalah menggoreng ayam bersalut tepung ialah tidak masak dibahagian dalamnya.
Walaupun sudah garing dibahagian luar, tetapi masih berdarah didalamnya. Satu cara untuk mengatasinya terutama dibahagian paha ayam ialah dengan mencuck-cucuk paha ayam tersebut denagan garfu teerlbih dahulu sebelum digoreng.

5. Haluskan kulit wajah.
Rendam beras semalaman. kemudian tumbuk dengan secekak daun pegaga hingga lumat.
Selepas itu sapu ke muka dan gosok perlahan-lahan seperti menggunakan scrub muka. Ramuan peras dan pegaga dipercayai dapat menghaluskan kulit muka secara merawat kulit yang bermasalah.

6. Hilangkan gatal badan
Jika anda mengalami alergi atau rasa gatal pada badan, anda boleh mencuba petua ini. Caranya ialah dengan menyapu garam halus ke bahagian badan yang gatal. Biarkan selama 10 minit dan gosok perlahan-lahan. Selepas itu bolehlah bersihkan badan.

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment