Bersempena menyambut kedatangan hari yang mulia, penghulu segala hari iaitu hari Jumaat, ada moleknya kita mengamalkan ayat Quran yang mudah dan popular ini, anak-anak kecil pun ada yang menghafalnya, apatah lagi kita sebagai orang dewasa yang akan menuju ke alam tua dan bangka, rumah kata pi, kubuq kata mai......
Dibawah disertakan fadhilat ayat Qursi sebagai panduan kita. Semoga kita mendapat menafaat darinya, Insya Allah.....
1. Sesiapa membacanya Allah akan utuskan malaikat menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari saat ia membacanya hingga keesokan hari.
2. Jika membacanya ketika hendak tidur akan dijaga oleh dua malaikat hingga ke pagi.
3. Jika dibacakan untuk dihadiahkan kepada ahli-ahli kubur Insya'Allah akan dimasukkan 40 nur kedalam setiap kubur dan Allah luaskan kubur itu serta didapatkannya pahala 60 nabi.
4. Apabila dibaca setiap kali selesai sembahyang fardhu, Inya'Allah malaikat maut akan diperintahkan berhati-hati dalam mencabut nyawanya dan dia seperti mujahid yang berperang membela para nabi hingga syahid.
5. Jika dibaca ketika menghadapi kesusahan, insya'Allah akan mendapat pertolongan darinya.
6. Mengamalkan membacanya setiap selepas solat fardhu sebanyak 7 tau 11 kali, Insya'Allah mendapat keistimewaan masuk syurga dari pintu mana yang disukainya.
No comments:
Post a Comment