Sawan Tarik - for Parents,
digalakkan membaca Sawan tarik atau "fibril fits" dlm B.Inggerisnya ni bukanlah benda baru - fits ni akan menyerang kanak-kanak yg berusia antara 6 bulan hingglah ke
6 tahun. Sawan ni akan berlaku sekiranya demam anak ni tak kebah - kalau
nampak kebahpun, budak ni akan nampak lemah aje.
Ini bermakna, kalau kita tengok budak tu masih lemah tapi demamnya tak
berapa tinggi, itu tak bermakna dia dah OK. It's not OK actually. Let me
recall what happened to my Athira in December 1995. Athira masa tu dah
nak masuk 2 tahun. First time dia kena sawan tarik just before the Christmas Eve.
Dia dah demam 3 hari. Bila bagi ubat, dia OK. Tapi, belum 4 jam lepas tu dah
panas balik.
Disebabkan klinik tutup (Christmas), tak jadi bawak dia ke
klinik... kami kira Tawaqal ajela...sebab ubat pun masih ada. Bila
Nuar (hubby) tengok dia kebah sikit, kami pi bawak dia jalan-jalan ke Jaya
Jusco. Masa kat sana, dia kata dia dahaga... kami pun cari la tempat jual
air... yg ada cuma air kopi aje yg tinggal. Kami yg baghal ni dok bagi
dia minum kopi tu.. dahlah tu, boh AIS.. lupa nak suruh orang tu jangan boh
ais...(dah air kopi).
Kami tak lama kat JJ sebab bukan nak beli apa pun...saja aje, kami
sepatutnya pi Kelantan petang tu, tapi sebab Athira tak sihat, kami cuak
nak pi jauh-jauh. Masa dah sampai rumah, (masa tu, aku masih
tinggal di Klang), Athira punya suhu naik semula. Tapi, sebab dia tak
minum susu lagi... aku pi buatkan susu untuk dia....dan masukkan dia dalam
buaian.
Bila diberi minum, mulanya tu dia hisap botol tu OK, tapi
tiba-tiba......tangan dia kerekot-kerekot,mulut dia jadi senget,
mata dia jadi putih.... aku suspen giler....cepat-cepat amik sudu, letak
kat dlm mulut dia - Nuar capai baju, aku just sarung aje baju elok sket,
dukung dia....I still remember..Nuar punya pecut... bagai nak giler.. I held her
hand very tight.. tak kasi tangan dia kerekot.. I tried to luruskan
tangan dia, tak leh! Dia betul-betul kejang.. Nuar pasang lampu
hazard.... tu dia picit-picit hon....suruh orang ketepi....lampu merah tak kira dah,
kami redah aje.. semua kereta ketepi.
Sesampai ke klinik......(mujur klinik tu 2 km dari rumah)... doktor tu
memang panik giler... tapi, aku puji dia punya assistant.. very cool... dia terus
amik ais dlm peti, dia bogelkan Athira, dia letak athira dlm sinki,pastu
dia mandikan Athira dengan ais & air paip. Aku dah menangis-nangis.. apa taknya?
Tengok Athira macam anak ayam kuyup..tangan dia kerekot lagi...
haaaah.. sudah! Aku dok pk habislah anak aku! Baca Ayat kursi pun dah tak
betul... Fatihah toksah cakapla.. habis semua celaru. Si attendant ni
terus mandikan Ira...Athira menggigil kesejukan... Doktor cuba tenangkan
aku.... aku dah sebak dah... Nuar toksah cakap.. dia langsung tak moh
tengok.... nampak dia dah menangis dah....kami tak terkata apa-apa pun!
Tiba-tiba... dengar Ira panggil... "ibu...ibu.... nak ibu...!"
ya Allah... ! Tak sempat doktor tu panggil aku, aku terus meluru pi
dapatkan dia..peluk dia.... dia dah OK...tapi dia kata.. dia sejuk..
"Iya cejuk buuuu!" Dia masih pelat sket.. bahasakan diri dia "Iya".
Attendant tu amik tola.... lapkan badan dia... masukkan ubat insert kat dalam
punggung dia. Aku terus wrap dia ngan tola....Lepas dah 15 minit dia "sedar" tu..,doktor periksa dia.. tanya dia.. ingat tak... tunjuk kat ayah dia, tanya itu sapa? Dia kata "ayah..." tunjuk kat diri doktor tu, dia kata tu doktor (dia tengok pakai stetoskop tu)... tanya dia, telinga dia dengar OK tak? dia kata
dengar...Alhamdulillah.. lega rasanya tengok dia boleh kenal. Doktor
pesan.... kalau boleh, try to avoid dari kena lagi sekali.. sebab each
time kalau lambat treat fits ni, dia akan effect otak. Tu yg bahaya...kalau
cepat, tak apa. Tapi, agaknya kami ni masih belum "learn our lesson"..
suatu hari tu dia demam lagi.....(selang setahun lepas kejadian
pertama), tapi, diringkaskan cerita, kami sempat bawa dia ke klinik (masa tu hari Ahad). Dia muntah,pastu kena sawan tarik tu. Doktor panik jugak; dia pergi tepuk
belakang Ira.. kuat pulak tu.. aku rasa macam nak tumbuk aje doktor
tu...aku meradang sangat. Aku marah dia, pastu dia terus call Selangor
MedicalCentre, suruh accept emergency case from his clinic. Kami bagai nak rak lagi la (mujur tak jauh, dari Shah Alam ke Shah Alam gak).
Nuar tak lengah lagi.. mujur masa kat klinik tadi doktor sempat masukkan
insert tu kat punggung dia. So, keadaan terkawal. Sampai kat SMC, terus
masuk drip. dan kena mandi lagi dengan ais. Kali ni kami tak cemas sangat
sebab kena kat klinik. Tobat aku tak pi lagi klinik tu. Marah kat doktor sebab
pi tepuk belakang Athira kuat-kuat. Alhamdulillah.... tak ada impact teruk
sangat. Masa kat SMC tu kami cerita kat doktor kata itu kali kedua dia
kena. So, doktor kata, next time mesti hati-hati jangan bagi kena lagi. Nanti
otak dia akan damage dan boleh jadi cacat. Simpang 44 malaikat! La ni Athira
nak masuk 9 tahun dah.. dah melepasi had 6 tahun - range umur yg selalu kena sawan
ni. Si Af pun dah lebih 6 tahun, lega aku!
Cukuplah sekadar memandikan budak tu dengan ais dan memasukkan ubat insert
tu ke punggung dia. Dalam risalah yg doktor kat SMC tu bagi, bila kena sawan
tarik, JANGAN masukkan sebarang cecair pada badan kanak-kanak tersebut. Baik jap
ataupun diberi minum. Sebabnya, otak dia masa tu langsung tak berfungsi, otak dia
"blank"..., jadi apa pun yg masuk dlm badan dia kan "sesat" tak tentu
hala jika dimasukkan dlm badan. Jika masuk melalui mulut, besar
kemungkinan air tu akan terus masuk ke paru-paru dan akan menyebabkan paru-paru berair. Sistem saraf kanak-kanak pun tak mampu nak berfungsi dengan betul masa tu. -
hangpa semua ada anak kecik yg berusia around the range, kan?? Jaga-jaga la!
Salam Bahagia,
No comments:
Post a Comment