Lobak adalah sayuran yang selalu mendapat perhatian chef sebagai bahan resepi masakan mereka. Selain menjadi pilihan para chef dan tukang masak ia juga sebenarnya berupaya menjadi penawar kepada penyakit tertentu.
Terdapat 2 jenis lobak :
1. Lobak merah (daucus carota)
2. Lobak putih (Raphanus Sativus)
Pembiakan kedua-dua jenis lobak ini adalah melalui teknik penanaman biji benih. Lobak putih lebih pantas mengeluarkan tunas berbanding lobak merah (iaitu 4 hari berbanding 12 hari).
Dari fizikalnya kedua lobak ini dapai dibezakan dengan warnanya. Selain dari itu lobak merah biasanya berisi, tumbuh lurus, berbentuk kun atau selinder dan berwarna jingga atau kuning.
Manakala lobak putih pula wujud dalam pelbagai saiz, bentuk dan berat. Warna kulitnya pula samada putih atau hijau dengan isi berwarna putih.
Dari segi kandungan zat makanan :
Lobak merah : kaya dengan vitamin C, beta karotena yang amat penting untuk kesuhatan kulit dan mata.
Lobak Putih : mengandungi vitamin A,B dan C juga penting untuk fungsi tubuh.
Kaedah penyedian makanan :
- dimakan mentah
- dicampurkan didalam masakan seperti sup, tom yam, syur goreng, ikan dan daging.
- juga turut dijadikan kek dan jus minuman yang berkhasiat.
Keistimewaan :
Meskipun berbeza ianya mempunyai khasiat dan keistimewaan tersendiri dimana berupaya dijadikan ubat untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu.
Khasiat Lobak Merah :
Isi lobak : kisar sehingga menjadi jus dan sapu ditempat terbakar untuk merawat kulit terbakar, dimakan mentah untuk mengatasi masalah angin dalam perut dan dengan meminum air rebusannya untuk merawat busung, cirit birit dan dan melawaskam air kecil.
Khasiat Lobak Merah :
Isi lobak : dibuat jus untuk diminum untuk merawat batuk dan cirit birit.
Bunga yang dikeringkan : rebus dan minum airnya untuk melegakan cirit birit dan sakit belakang.
Akar : rebus dan minum airnya untuk mengatasi batuk, demam panas dan ruam, disamping itu ia juga dapat membangkitkan selera makan. Selain dari itu dengan menghancurkannya dan ditampal pada luka, lebam dan kesan terbakar untuk megurangkan kemudaratan lebam, luka dan melecur.
No comments:
Post a Comment