Ketika aku berfikir-fikir untuk bahan hari ini, aku terbelek e-mail yahoo, ada satu cerita yang aku terima sekitar tahun 2006, setelah meneliti artikel ini aku fikir ada baiknya aku publish kat sini untuk dikongsi bersama, walaupun asal usul cerita ini tidak diketahui, namun tetap ada informasi penting didalamnya yang boleh dijadikan panduan dan pedoman. Untuk mengetahui apa ceritanya, bacalah sampai habis, ceritanya takdelah panjang sangat, semoga kita mendapat menafaat darinya, Insya Allah...
* Kepada penulis asal ribuan kemaafan kerana menggunakan karya anda.
> Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih
> membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai
> ketempat yang dituju para guru pelatih mendapati
> tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung
> sesiapa...lengang, sepi!
>
> Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan
> sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada permulaan,
> mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang
> ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah
> menuju ketempat sejarah yang mereka minati.
>
> Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan
> yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang
> ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah
> tertinggal.
>
> Trainer yang lain lak ingat semua cikgu cikgi dah ada
> dalam bas, so mereka pun balik.
>
> Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra.....
> menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan
> dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.
>
> So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan
> menuju kekampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi
> masih tidak menjumpai sesiapa.
>
> Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.
>
> Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan
> dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar
> seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an
> dan bertanya:
>
> siapa kamu?
>
> Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan,
> dan tak tahu nak pulang.
>
> berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin
> dituju nya berletak di selatan dan tempat mereka
> berada diutara, dan tempat tu memang takda didiami
> sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang
> akal...
>
> Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi
> bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh utk
> hantar di pulang.
>
> Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut
> manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan
> kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai
> pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.
>
> Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku.
> Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar
> menahan menangis dek takut dan tak renti matanya
> mengawasi lelaki misteri tu.
>
> Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin
> yang menyala terus bakar jarinya satu persatu.
>
> Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana
> berfikir bahawa lelaki tersebut mengamal kan ilmu
> songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya
> tidak tidur sehingga
> pagi.......??????............................
>
> Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu
> tadi ketempat asal nya.
>
> Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa
> yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan
> seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku,
> sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan
> takut amat lah sangat.
>
> Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya
> tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan
> bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi heran
> tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan
> bertanya kenapa...??????
>
> So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang
> seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang
> bermalam dipondok beliau.Dan sudah tentu pada ketika
> itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka.
>
> Disebab kan takut terjadi nya perkara yang tidak
> diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu
> supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir
> memperkosa perempuan tersebut.
>
> Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa
> lelaki berbalut jari itu datang kerumah nya dan
> berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki
> tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang
> bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah
> perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam
> yang sudah............................
>
>
>
> MOTIF CERITA....................
> Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan
> diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia
> berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur
> hidup...............
No comments:
Post a Comment