Saturday, January 24, 2009

Klinik Kesihatan 2, Jalan Tupai Taiping.


Pada tarikh 210109 kali pertama aku sampai ke Klinik Kesihatan 2 Taiping kat Jalan Tupai, walaupun hampir setahun Klinik milik Kementerian Kesihatan itu dirasmikan dan beroperasi, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki kesitu kerana menemani isteri untuk mandapatkan rawatan.

Apa yang menarik, aku terpegun melihat keadaan Klinik tersebut yang begitu indah teratur dan selesa. Pelbagai kemudahan disediakan, dipintu masuk kelihatan tasik buatan terdampar dan sedikit landskap dipamirkan. Sembilan buah bilik rawatan yang dengan ruang menunggu berkerusi disediakan, sambil menunggu dapat menonton siaran TV tempatan, tidak lebih daripada 10 buah TV dan DVD disediaknan disetiap tempat menunggu bermula di kaunter pendaftaran sehingga ke ruang menunggu farmasi. Children play ground juga kelihatan disuatu sudut. Untuk yang memerlukan perkhimatan ditingkat 1, 2 unit lift bersedia untuk digunakan. Kelihatan juga kakitangan yang begitu mesra pelanggan dalam memberi perkhidmatan.

Jika dibandingkan suatu ketika dahulu di Hospital Taiping agak 'crowded' kerana semuanya tertumpu disitu. Kini suasana itu tiada lagi kerana HT hanya menyediakan kaunter kecemasan, wad dan pelbagai perkhimatan pakar.
Dalam keadaan seseorang manusia itu tidak sihat, keselesaan amat diperlukan sementara menunggu rawatan daripada doktor dan ini nampaknya wujud disini. Lebih molek jika sebahagian kerusi duduk berbentuk Sofa dapat disediakan, ini bertujuan untuk keselesaan yang optimum kepada pesakit-pesakit tertentu sebelum mendapat rawatan.

Tahniah Buat Kementerian Kesihatan kerana mengutamakan keselesaan orang awam.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah, lega rasenya bila dapat respon positif dari pengguna. Tidak sia-sia berulang tiap bulan ke taiping untuk settlekan projek ini.. Tahniah semua...

    ReplyDelete