20 tahun dulu, sebut saja jalan Taiping - Batu Kurau pasti ada yang mengeluh panjang, hanya dalam keadaan terpaksa saja seseorang itu sanggup mengharungi jalan ini lebih-lebih lagi diwaktu tengah malam atau dinihari. Sudahlah jalannya yang banyak selekoh dan suasananya sunyi, dikiri kanan hanya pokok kelapa sawit yang menemani.
Ada juga kawasan-kawasan tertentu yang "keras", tapi sepanjang aku menjadi pengguna setia jalan ini, Alhamdulillah tiada yang pernah mengganggu, namun rasa takut dan risau tetap ada. Bagi pengguna kereta yang selalu berulang alik, pastinya bajet untuk tayar perlu difikirkan selalu kerana tayar yang cepat botak.
Itu dulu, sekarang tidak lagi, masa sudah berubah, dizaman pemerintahan "Raja" dikawasan Parlimen Larut ini, satu usaha telah diambil untuk menukar jalan yang bengkang bengkok ini kepada jalan yang hampir lurus tapi beralun, Kata YB Raja, "sekarang Tuan-tuan akan terhoyong-hayang kekiri kekanan, akan datang tuan-tuan akan rasa naik turun, naik turun ketika melalui jalan ini", disuatu ceramah beliau.
Sekarang cakap saja Batu Kurau, ada yang kata, "sebatang rokok pun tak habis dihisap dah sampai..."
Selekoh-selekoh seperti ini mengingatkan aku sewaktu melayannya dulu (1990 - 2000) dengan 3 jenis motorsikal, Honda (BCB9618), Yamaha RXZ (ACH6014) dan Yamaha TZM150(ADE8419)
Tempat dimana keretaku terbabas akibat terlanggar lopak, aku bersyukur kerana keretaku tidak rosak teruk, walaupun begitu hampir RM700 kos membaikpulih akibat dari kejadian itu.
Disuatu pagi ketika dalam perjalanan nak pergi kerja dari kampung aku telah terlanggar lopak diselekoh ini, disebabkan mengantuk yang amat sangat aku telah telah terkejut sewaktu melanggar lopak tersebut dan keretaku hilang kawalan lalu terbabas...
Kalau tak silap inilah "kona" Aloha yang selalu disebutkan orang. Antara "kona" yang mengancam. Ada juga kemalangan maut disini.
Keadaan jalan yang masih elok tapi sedikit usang kerana jarang digunakan orang, penduduk tempatan menyelamatkan jalan ini daripada terus lenyap.
Dikawasan selekoh ini aku dapati banyak sampah dibuang disitu seolah-olah kawasan itu telah dijadikan tempat pembuanagan sampah. Walaupun jalan ini telah dilupakan oleh kebanyakkan pengguna trafik, tapi bagi penyangak sampah ini tempat bagi mereka. Penduduk tempatan apa pandangan anda?
Diselekoh ini aku terbabas kerana jalan lembab sewaktu hujan gerimis, natijah daripada 'incident' ini aku telah mendapat luka-luka ringan di kaki, tangan dan badan, motor kapcai aku o.k.
La ni terus ke ulu sepetang...selekoh di batu 14 dh tutup
ReplyDelete