Wednesday, January 28, 2009

Terkenang Waktu Dulu-Dulu.

Suatu ketika dahulu, waktu muda remaja, aku banyak bergelumang dengan aktiviti permotoran, pada waktu itu digelar Mat Motor, kini dengan title Mat Rempit. Aku adalah Mat Motor bersih, aktiviti yang aku terlibat adalah aktiviti sihat seperti xpdc, konvoi kecil-kecilan, kempen keselamatan jalanraya, selain dari itu aktiviti hujung minggu lepak kat Lake,railway,sekali-sekala keluar pi Penang, Ipoh ada jugak sampai KL. Diwaktu tu memang banyak aktiviti seperti ini diadakan, disebabkan kegawatan ekonomi semuanya terhenti dan aku pun sama-sama berhenti, lagipun setelah berkeluarga kehidupan juga berubah. Disamping terlibat dengan motor ada juga pengelibatan aku dalam acara race kereta sebagai Marshall. Diantaranya Silverstone Tarmac Rally dan London Sydney Marathon. Sebagai kenang-kenangan ada sticker yang aku lekatkan di almari bujangaku, sehingga kini ianya masih terpelihara dengan sempurna. Diantaranya :
Team Silverstone Malaysia

Silverstone Motorsport - Style sticker diperingkat awal-awal dulu.

Jenama HI-REV, suatu ketika dulu dimajukan oleh Silverstone Motorsport.

MAT - Malboro Adventure Team, satu jenama yang begitu diminati suatu ketika dahulu, aku sendiri pernah memiliki sebuah jam tangan jenama ini.



Marlboro Malaysian GP 97 - Acara race motor World GP yang pernah aku tonton secara live diLitar Batu Tiga Shah Alam, masa tu Sepang Circuit belum ada lagi.

Lagi sticker HI-REV.

Sticker nombor Cub Prix dimana Saudara Lokman terlibat secara langsung, ada sticker balance dia bawa balik, aku 'sapu' buat kenangan.

SMART ACT - Silverstone Motoring Adventure Recreation and Travel Activity
Sticker ini adalah rekaan saudara Lokman Wan Mohd. Daud (Blogger OKOB) bertujuan untuk mempromosi aktiviti yang dikendalikannya.

Kini semua itu sudah berlalu, biarlah ianya tersimpan dikotak ingatanku sampai akhir hayatku dan akan ku kenang dan ku 'review' bila perlu. Untuk kembali ke zaman itu adalah mustahil kerana perjalanan hidup ini tidak pernah berpatah balik. Masa datang dan berlalu, ianya tak pernah menunggu kita, bergantung kepada kita sendiri bagaimana untuk menafaatkannya. Semakin membesar anak kita, semakin meningkat umur kita, zaman remaja itu akan datang kepada anak kita pula, mampukah mereka menempuhinya dizaman yang serba mencabar ini? mampukah mereka mencipta identiti mereka dengan unsur dan eliment yang sihat? Zaman kita telah berlalu, alhamdulillah kita dapat menempuhinya dengan selamat walaupun ada masa-masa kita hampir terbabas, mungkin berkat doa ibu bapa kita, kita selamat. Tapi bagaimana dengan waris kita? adakah kita mampu mendoakan mereka seperti mana ibu bapa kita mendoakan kita. Satu persoalan yang sukar dijawab......

No comments:

Post a Comment