Tahun baru datang lagi, tanpa disedari kita telah melalui hari ke5 bagi tahun 2009, dan beberapa tahun semenjak kita dilahirkan. Begitu pantas masa berlalu, bertambah sehari umur kita, kurang sehari jangka hayat kita, maka semakin hampir kita dengan mati. "MATI ITU PASTI!!!!". Sudah sekian lama kita hidup dalam tahun masehi, pelbagai urusan dalam hidup kita diuruskan dengan berpaksikan tahun masehi namun tahukah kita rahsia bulan-bulan masehi dan pengertiannya? Bagi mereka yang tidak tahu, ikutilah artikel ini sehingga hujungnya.
Januari
Berasal dari nama tuhan orang Romawi yang berwajah dua. Bernama "Janus". Sebelah mukanya melihat ke depan dan sebelah lagi ke belakang.
Februari
Berasal dari bahasa Latin "Februo", ertinya mensucikan atau kesucian. Pada bulan ini Bangsa Romawi pada masa dahulunya mengadakan upacara membersihkan (mensucikan) jiwa.
Mac
Berasal nama tuhan perang orang Romawi yang bernama "Mars"
April
Berasal dari bahsa Latin " Aperto" ertinya terbuka atau terkembang. pada bulan ini biasanya bunga-bunga berkembang mekar. Orang Saxon menyebut bulan ini "Easter" sebagai penghormatan kepada tuhan musim panas.
Mei
Berasal dari kata-kata "Maia" nama puteri dan dewa bangsa Romawi bernama "Atlas".
Jun
Berasal dari kata-kata "Juno" nama tuhan bangsa Romawi.
Julai
Berasal dari bahasa Latin yang berti "Lima" keran in adalah bulan kelima dalam kalendar "Romulus". Nmanya diambilsempena "Julius Caesar" yang kemudiannya diubah menjadi bulan yang ketujuh.
Ogos
Berasal dari nama lama "Sextilis" (bulan keenam). Pada masa Kaiser Agustus beliau menggantikannya kepada bulan "Agustus" dan menjadi bulan kelapan.
September
Berasal dari bahasa Latin "Septem" ertinya tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ketujuh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kesembilan.
Oktober
Berasal dari bahasa Latin "Octo" yang berti lapan, tetapi kemudiannya telah diubah
menjadi bulan yang kesebelas.
November
Berasal dari bahasa Latin "Novem" yang berti kesembilan tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan kesebelas.
Disember
Berasal dari bahasa Latin "Decem" yang bererti sepuluh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.
Nama Asal Hari-Hari Masehi.
Nama-nama hari seminggu dalam bahasa Inggeris berasal dari kisah dewa purbakala, sesuai dengan anggapan Bangsa Romawi kuno. Bangsa Romawi menamakan hari-hari itu dengan nama matahari, bulan, bintang dan nama-nama tuhan mereka.
Sunday
Berasal dari "Sun's day ertinya hari matahari.
Monday
Berasal daro "Moon's Day" ertinya hari bulan
Tuesday
Berasal dari "Day of Tyr" sempena dewa perang bernama "Tyr"
Wednesday
Berasal dari perkataan "Woden" nama dewa suci.
Thursday
Berasal dari "Day of Thor" sempena nama "Tuhan Thor" (Tuhan Halilintar)
Friday
Berasal dari "Day of Frea" sempena hari Dewa Perkahwinan.
Saturday
Berasal dari perkataan "Saturnus" ertinya bintang Saturnus.
Semoga kita mendapat menafaat......... wassalam.
No comments:
Post a Comment