Sunday, March 8, 2009

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?


>Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga
>anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan
>tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.
>
>Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek
>telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan
>dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?
>
>Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas,
>pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci
>kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau
>mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan
>mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini
>kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai
>pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.
>
>Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat
>perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim,
>berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan
>keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga
>mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara
>berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu
>mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga
>dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.
>
>"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan
>terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan
>pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh
>menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu
>negara, baru-baru ini.
>
>Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak
>perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap
>individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau
>berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas
>untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan
>itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam,
>melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas
>tertinggal di dalam telinga.
>
>Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan
>pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini
>lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan
>dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya
>pendengaran.
>
>"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang
>menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf
>dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga
>kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.
>"Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri
>boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga,
>terutama gegendang telinga", katanya.
>
>Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan
>di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin
>telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh
>telinga.
>Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran,
>lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga.
>Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi
>kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
>sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis
>keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung
>kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di
>dalam tahi telinga," katanya.
>
>Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai
>pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
>cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan
>debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan
>serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya
>tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga
>bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan
>kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.
>"Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan
>dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan
>mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan
>kerosakan pada gegendang telinga," katanya.
>Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir
>individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak
>terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali
>sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang
>mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital
>untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak
>mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit
>akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor
>menggunakansejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.
>Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya
>akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi
>telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana
>dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama
>itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga
>akan terkeluar dengan sendiri," katanya.

No comments:

Post a Comment