Hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari, hari kebesaran bagi orang yang beriman, didalamnya penuh dengan keberkatan bagi mereka yang mengetahui. Dihari ini kita digalakkan memperbanyakkan sedekah, membaca al-quran, ziarah-menziarahi, berdoa, berselawat, bertahmid dan amalan sunat yang lain. Dalam banyak-banyak amalan tersebut diatas, amalan doa adalah amalan yang paling senang dan mudah umtuk diamalkan tetapi didalam kita berdoa, tahukah kita sebab-sebab doa ditolak? Dibawah disenaraikan 10 sebab kenapa doa ditolak :
1. Kamu mengenal Allah tapi kamu tidak menunaikan hak-haknya.
2. Kamu telah berkata kamu mencitai Rasullullah s.a.w. tetapi kamu tidak menunaikan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah menggunakan nikmat-nikmat Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuhmu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa Syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa Neraka itu benar tetapi kamu tidak lari darinya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan segala keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat sahabat kamu, kamu tidak pernah mengambil iktibar dari kematiannya.
Semoga kita mendapat menafaat darinya.....
* Bagi kebanyakkan orang perkataan yang paling popular berkaitan hari jumaat ialah "malam jumaat" sehinggakan orang bukan Islam pun "familiar" dengan "statement" ini, disamping itu amalan tidur disiang hari pada bulan Ramadhan juga tidak kurang hebatnya disisi orang Islam yang berpuasa sebagai amalan sunat dan yang terakhir sunnah yang dipegang kuat oleh kaum lelaki Islam adalah beristeri lebih dari satu dan tak lebih dari empat.
No comments:
Post a Comment