Tuesday, March 3, 2009

Trend terkini yang mundur...

Assalammualaikum.

Harap dapat disampaikan. Petikan ini diambil dari ukhwah.com.
Insya Allah, agar semua dapat iktibar dan pengajaran daripadanya.

Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada
melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum". Sudahlah kita
telah
hilang keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan hanya menulis "S.A.W" dan
pujian kepada Allah dengan hanya menulis " S.W.T" maka kali ini kita akan
kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum
diringkaskan menjadi "Akum".

Dalam hukum Fiqah, tulisan yang tertera "Assalamualaikum" adalah
wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel
atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan
Arab.Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa.
Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian
salam
Pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum".

Sekian, terima kasih.

P/S:
Ada juga yang menggunakan semekom, sekom, selekom. Ada
artis lawak kita yang suka sangat menggunakan cara ini apabila memulakan
show. Dan audience pun ketawa terbahak-bahak. Kurang ajarnya ! Dan yang
paling kurang ajar ada yang buat main sehinggakan sebutan menjadi Celcom!!

TOLONG SEBARKAN BERITA INI AGAR
GEJALA SEBEGINI DAPAT DIHINDARKAN TERUS!!!!

No comments:

Post a Comment