Muzium Perak yang terletak di bandar Taiping Bandar Warisan antara muzium tertua di negara kita. Bermula pada 140309 yang lalu (sempena cuti sekolah) muzium ini dibuka semula untuk khalayak ramai setelah ditutup selama lebih 12 bulan untuk kerja renovasi dan menambahbaik peralatan dan kemudahan yang sedia ada. Ini memberi ruang dan peluang kepada khalayak untuk mengimbau sejarah lalu dan menimba ilmu darinya setelah ruang dan peluang tersebut dinafikan sebelum ini. Namun begitu ruang dan peluang yang dikembalikan itu tidaklah ditahap optimum kerana kerja-kerja pengubahsuaian yang belum selesai, difahamkan ruang pameran dibahagian orang asli masih rancak dijalankan sehingga satu tarikh yang belum diketahui.
No comments:
Post a Comment