Friday, March 27, 2009

Muzium Perak

Muzium Perak yang terletak di bandar Taiping Bandar Warisan antara muzium tertua di negara kita. Bermula pada 140309 yang lalu (sempena cuti sekolah) muzium ini dibuka semula untuk khalayak ramai setelah ditutup selama lebih 12 bulan untuk kerja renovasi dan menambahbaik peralatan dan kemudahan yang sedia ada. Ini memberi ruang dan peluang kepada khalayak untuk mengimbau sejarah lalu dan menimba ilmu darinya setelah ruang dan peluang tersebut dinafikan sebelum ini. Namun begitu ruang dan peluang yang dikembalikan itu tidaklah ditahap optimum kerana kerja-kerja pengubahsuaian yang belum selesai, difahamkan ruang pameran dibahagian orang asli masih rancak dijalankan sehingga satu tarikh yang belum diketahui.






Thursday, March 26, 2009

Kempen.

Kempen mencegah demam Denggi dan Chikungunya yang berpunca dari nyamuk Aedes.
Anda berani? 10 minit sahaja sehari untuk kebahagian dan kesejahteraan hidup yang berterusan, sekiranya anda berani untuk gagal menjayakan kempen ini, penyesalan yang tidak berkesudahan sepanjang hayat kerana panyakit Chikungunya diberitakan sukar untuk pergi meninggalkan pesakitnya,hilang sekejap datang kembali, pendek kata datang cepat seperti kilat, perginya lambat seperti kura-kura.

Friday, March 20, 2009

Sebab-sebab doa ditolak

Hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari, hari kebesaran bagi orang yang beriman, didalamnya penuh dengan keberkatan bagi mereka yang mengetahui. Dihari ini kita digalakkan memperbanyakkan sedekah, membaca al-quran, ziarah-menziarahi, berdoa, berselawat, bertahmid dan amalan sunat yang lain. Dalam banyak-banyak amalan tersebut diatas, amalan doa adalah amalan yang paling senang dan mudah umtuk diamalkan tetapi didalam kita berdoa, tahukah kita sebab-sebab doa ditolak? Dibawah disenaraikan 10 sebab kenapa doa ditolak :

1. Kamu mengenal Allah tapi kamu tidak menunaikan hak-haknya.
2. Kamu telah berkata kamu mencitai Rasullullah s.a.w. tetapi kamu tidak menunaikan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah menggunakan nikmat-nikmat Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuhmu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa Syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa Neraka itu benar tetapi kamu tidak lari darinya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan segala keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat sahabat kamu, kamu tidak pernah mengambil iktibar dari kematiannya.

Semoga kita mendapat menafaat darinya.....
* Bagi kebanyakkan orang perkataan yang paling popular berkaitan hari jumaat ialah "malam jumaat" sehinggakan orang bukan Islam pun "familiar" dengan "statement" ini, disamping itu amalan tidur disiang hari pada bulan Ramadhan juga tidak kurang hebatnya disisi orang Islam yang berpuasa sebagai amalan sunat dan yang terakhir sunnah yang dipegang kuat oleh kaum lelaki Islam adalah beristeri lebih dari satu dan tak lebih dari empat.

Tuesday, March 10, 2009

Keberanian Rasulullah.

Bersempena dengan sambutan hari kelahiran nabi Muhammad s.a.w yang disambut semalam, eloklah kita hayati suatu riwayat tentang keberanian Rasulullah s.a.w. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran, disamping itu dapatlah kita mencontohi keberanian baginda dalam meneruskan perjuangan.

Sesungguhnya pemimpin umat islam itu bukan sahaja sebagai ketua ugama bahkan juga merupakan seorang pahlawan yang gagah berani dan tiada taranya. Dalam peperangan dan pertempuran bukan sahaja Rasulullah s.a.w mengatur taktik dan strategi sebagai seorang panglima atau jeneral, bahkan bagindalah yang sering maju ke barisan hadapan bertentangan muka dengan musuh.

Saidin Ali bin Abu Talib r.a. adalah pahlawan yang selalu turut berperang disamping Rasulullah s.a.w. Beliau pernah menceritakan bertapa beraninya Rasulullah, di dalam suatu peperangan, katanya " Baginda sangat berani mendekati kubu-kubu petahanan musuh. Sewaktu tentera Islam menghadapi serangan dalam peperangan Hunain dan banyak pejuang-pejuang yang lari, baginda sendiri tidak keluar dari barisan pertahanannya bahkan mengatur arahan dari atas kuda di tengah-tengah serbuan musuh. Akhirnya baginda berjaya mengumpulkan pasukan yang berpecah-belah itu untuk meneruskan perlawanan."

Sewaktu tentera Islam terkepung dalam peperangan Uhud, Rasulullah s.a.w. sendiri mendapat luka, sahabat serta musuhnya menyangka baginda sudah tewas. Maka pada saat-saat yang mencemaskan itu, baginda memaksa dirinya tampil ke depan seraya berteriak : Disini Muhammad! Rasulullah! Aku masih hidup!."

Pernah suatu malam penduduk kota Madinah menjadi gempar sebab terdengar riuh-rendah musuh yang cuba menyerang kota Madinah. Pasukan tentera Islam segera berkejar ke tempat tersebut dan mendapati Rasulullah telah berada lebih dahulu disitu. Baginda berkata kepada pasukan yang datang itu : "Musuh telah lari, keadaan telah aman, mari kita pulang."

Sunday, March 8, 2009

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?


>Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga
>anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan
>tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.
>
>Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek
>telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan
>dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?
>
>Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas,
>pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci
>kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau
>mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan
>mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini
>kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai
>pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.
>
>Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat
>perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim,
>berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan
>keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga
>mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara
>berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu
>mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga
>dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.
>
>"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan
>terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan
>pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh
>menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu
>negara, baru-baru ini.
>
>Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak
>perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap
>individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau
>berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas
>untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan
>itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam,
>melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas
>tertinggal di dalam telinga.
>
>Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan
>pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini
>lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan
>dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya
>pendengaran.
>
>"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang
>menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf
>dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga
>kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.
>"Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri
>boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga,
>terutama gegendang telinga", katanya.
>
>Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan
>di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin
>telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh
>telinga.
>Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran,
>lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga.
>Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi
>kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
>sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis
>keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung
>kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di
>dalam tahi telinga," katanya.
>
>Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai
>pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
>cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan
>debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan
>serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya
>tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga
>bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan
>kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.
>"Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan
>dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan
>mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan
>kerosakan pada gegendang telinga," katanya.
>Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir
>individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak
>terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali
>sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang
>mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital
>untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak
>mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit
>akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor
>menggunakansejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.
>Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya
>akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi
>telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana
>dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama
>itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga
>akan terkeluar dengan sendiri," katanya.

Thursday, March 5, 2009

Untuk Panduan Kita Bersama

Bacalah....semoga kita mendapat menafaat darinya...
Mungkin artikel ini telah anda jumpa dan baca sebelum ini,
tetapi tidak salah untuk "refresh"....


1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal
dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal
tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan
kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta
solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah
dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau
pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa
hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha
untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk
ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al
Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana
bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna
yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang
melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha
konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah
memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah
s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat
dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat
iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh
mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9.Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan
Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak
gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti
tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat
sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun
mendirikan sembahyang bersendirian ataupun
sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada
gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan
lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang
kekhusyukan ketika berjemaah.


P/S: Moga2 kita bertambah khusyuk

Tuesday, March 3, 2009

Trend terkini yang mundur...

Assalammualaikum.

Harap dapat disampaikan. Petikan ini diambil dari ukhwah.com.
Insya Allah, agar semua dapat iktibar dan pengajaran daripadanya.

Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada
melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum". Sudahlah kita
telah
hilang keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan hanya menulis "S.A.W" dan
pujian kepada Allah dengan hanya menulis " S.W.T" maka kali ini kita akan
kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum
diringkaskan menjadi "Akum".

Dalam hukum Fiqah, tulisan yang tertera "Assalamualaikum" adalah
wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel
atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan
Arab.Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa.
Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian
salam
Pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum".

Sekian, terima kasih.

P/S:
Ada juga yang menggunakan semekom, sekom, selekom. Ada
artis lawak kita yang suka sangat menggunakan cara ini apabila memulakan
show. Dan audience pun ketawa terbahak-bahak. Kurang ajarnya ! Dan yang
paling kurang ajar ada yang buat main sehinggakan sebutan menjadi Celcom!!

TOLONG SEBARKAN BERITA INI AGAR
GEJALA SEBEGINI DAPAT DIHINDARKAN TERUS!!!!

Sunday, March 1, 2009

Sihir

Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu
merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect. Manusia ni pegi
kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna
khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik
untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni
kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.


Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukang sihir?
1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain
batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih
ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka
mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama
jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang
yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada
Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you be! lieve there are people who
knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah
saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.


Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!


Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?
1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib
- read loudly, not in heart! "Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun
Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim" Maksudnya: Apa yang
Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan
berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.
- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati
- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan
dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli
keluarga betul tak?
- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall,
don't just laugh it off. Cepat-cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok
badan. Jin tak akan masuk dalam badan.


2. Turut perintah Allah.
- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1
day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni.
Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam
keadaan junub! Bahaya!


3. Lebihkan zikir.
- Ayatul Kursi mengiringi tiap waktu solat fardhu
- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah.
Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarrasul.."
- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar
tandas, menghadap cermin, doa makan etc.

Note!
"Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis.
Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka
baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin
can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa
menghadap cermin.


4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di
taman-taman, halaman rumah, padang. So, always know where your kids are
bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah! waktu maghrib. Time to
change!


5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or
Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.
- Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.


6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan
sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang
haid.


7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas
untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.


8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be
from your own doings.


Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir .
Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:
Bismillaahi (3x)
A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah
dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya
khuatirkan.
Bacalah ayat di atas 7 kali. Kemudian baca doa:
Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa
syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa .
Ertinya:
Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau
jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan melainkan
kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.


Treating Orang yang Kena Sihir
1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut
daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a
symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara
ini, baca:
- Ayatul Kursi
- Al-Kafirun (Qulyaa ayyuhal kaafiruun..)
- Al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad)
- Al-Falaq (Qul a'uudzu bi robbil falaq)
- An-Naas (Qul a'uudzu bi robbin naas)
- Surah Yunus ayat 81
- Surah A'Raf ayat 120-121
- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."


2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air
yang boleh diminum.
3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.
4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.
5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi
kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai
seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi
(could be a strong sihir).
Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus
pada pesakit sambil sapu kepala dia.


Sekian, Wallahu a'lam.