Thursday, January 29, 2009

DJ Kenduri Kahwin Awang Anak Pak Cik Kasim

Sempena cuti CNY baru-baru ini sempat pulang ke kampung sambil menunaikan jemputan kenduri kahwin disekitar kampung halamanku. Semasa kenduri kahwin anak saudara Datuk Pauzi Shaari, sempat aku meninjau DJ yang bertugas. Dia adalah kawan sekolah ku, namanya Zafri Kasim, nama glamour Awang Kasim.

Aku begitu teruja dengan celoteh beliau ketika mengendalikan tugasnya, tak sangka karier yang dipilih beliau begitu sinonim dengannya. Ketika zaman budak-budak dulu Awang adalah orang kelakar.

Katanya setakat ni banyak juga kenduri kahwin yang mengundangnya sebagai DJ, sehinggakan tempahan untuk 5 - 6 bulan akan datang sudah penuh. Begitu hebat sambutan yang diterimannya. Untuk majlis lain boleh juga asal jadi duit. Bagiku tak rugi kalau ambil Awang, memang berbaloi.

Awang boleh dihubungi melalui nombor talian tetap 058883129.

Semoga Awang sukses dengan kerjayanya.

DJ Kenduri Kahwin Awang,"Jaga diri hiasi peribadi", ungkapan 'maut' awang.

Diapit oleh 2 orang teman sebaya Zainal Abidin (Din Rodi) dan Mohd. Najmin Hj. Bahazin (Pak Min)

G adik kepada DJ Awang sedang menjamu selera.

Awang sedang mengendalikan peralatannya.

Semoga Sukses........

Wednesday, January 28, 2009

Terkenang Waktu Dulu-Dulu.

Suatu ketika dahulu, waktu muda remaja, aku banyak bergelumang dengan aktiviti permotoran, pada waktu itu digelar Mat Motor, kini dengan title Mat Rempit. Aku adalah Mat Motor bersih, aktiviti yang aku terlibat adalah aktiviti sihat seperti xpdc, konvoi kecil-kecilan, kempen keselamatan jalanraya, selain dari itu aktiviti hujung minggu lepak kat Lake,railway,sekali-sekala keluar pi Penang, Ipoh ada jugak sampai KL. Diwaktu tu memang banyak aktiviti seperti ini diadakan, disebabkan kegawatan ekonomi semuanya terhenti dan aku pun sama-sama berhenti, lagipun setelah berkeluarga kehidupan juga berubah. Disamping terlibat dengan motor ada juga pengelibatan aku dalam acara race kereta sebagai Marshall. Diantaranya Silverstone Tarmac Rally dan London Sydney Marathon. Sebagai kenang-kenangan ada sticker yang aku lekatkan di almari bujangaku, sehingga kini ianya masih terpelihara dengan sempurna. Diantaranya :
Team Silverstone Malaysia

Silverstone Motorsport - Style sticker diperingkat awal-awal dulu.

Jenama HI-REV, suatu ketika dulu dimajukan oleh Silverstone Motorsport.

MAT - Malboro Adventure Team, satu jenama yang begitu diminati suatu ketika dahulu, aku sendiri pernah memiliki sebuah jam tangan jenama ini.



Marlboro Malaysian GP 97 - Acara race motor World GP yang pernah aku tonton secara live diLitar Batu Tiga Shah Alam, masa tu Sepang Circuit belum ada lagi.

Lagi sticker HI-REV.

Sticker nombor Cub Prix dimana Saudara Lokman terlibat secara langsung, ada sticker balance dia bawa balik, aku 'sapu' buat kenangan.

SMART ACT - Silverstone Motoring Adventure Recreation and Travel Activity
Sticker ini adalah rekaan saudara Lokman Wan Mohd. Daud (Blogger OKOB) bertujuan untuk mempromosi aktiviti yang dikendalikannya.

Kini semua itu sudah berlalu, biarlah ianya tersimpan dikotak ingatanku sampai akhir hayatku dan akan ku kenang dan ku 'review' bila perlu. Untuk kembali ke zaman itu adalah mustahil kerana perjalanan hidup ini tidak pernah berpatah balik. Masa datang dan berlalu, ianya tak pernah menunggu kita, bergantung kepada kita sendiri bagaimana untuk menafaatkannya. Semakin membesar anak kita, semakin meningkat umur kita, zaman remaja itu akan datang kepada anak kita pula, mampukah mereka menempuhinya dizaman yang serba mencabar ini? mampukah mereka mencipta identiti mereka dengan unsur dan eliment yang sihat? Zaman kita telah berlalu, alhamdulillah kita dapat menempuhinya dengan selamat walaupun ada masa-masa kita hampir terbabas, mungkin berkat doa ibu bapa kita, kita selamat. Tapi bagaimana dengan waris kita? adakah kita mampu mendoakan mereka seperti mana ibu bapa kita mendoakan kita. Satu persoalan yang sukar dijawab......

Saturday, January 24, 2009

Klinik Kesihatan 2, Jalan Tupai Taiping.


Pada tarikh 210109 kali pertama aku sampai ke Klinik Kesihatan 2 Taiping kat Jalan Tupai, walaupun hampir setahun Klinik milik Kementerian Kesihatan itu dirasmikan dan beroperasi, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki kesitu kerana menemani isteri untuk mandapatkan rawatan.

Apa yang menarik, aku terpegun melihat keadaan Klinik tersebut yang begitu indah teratur dan selesa. Pelbagai kemudahan disediakan, dipintu masuk kelihatan tasik buatan terdampar dan sedikit landskap dipamirkan. Sembilan buah bilik rawatan yang dengan ruang menunggu berkerusi disediakan, sambil menunggu dapat menonton siaran TV tempatan, tidak lebih daripada 10 buah TV dan DVD disediaknan disetiap tempat menunggu bermula di kaunter pendaftaran sehingga ke ruang menunggu farmasi. Children play ground juga kelihatan disuatu sudut. Untuk yang memerlukan perkhimatan ditingkat 1, 2 unit lift bersedia untuk digunakan. Kelihatan juga kakitangan yang begitu mesra pelanggan dalam memberi perkhidmatan.

Jika dibandingkan suatu ketika dahulu di Hospital Taiping agak 'crowded' kerana semuanya tertumpu disitu. Kini suasana itu tiada lagi kerana HT hanya menyediakan kaunter kecemasan, wad dan pelbagai perkhimatan pakar.
Dalam keadaan seseorang manusia itu tidak sihat, keselesaan amat diperlukan sementara menunggu rawatan daripada doktor dan ini nampaknya wujud disini. Lebih molek jika sebahagian kerusi duduk berbentuk Sofa dapat disediakan, ini bertujuan untuk keselesaan yang optimum kepada pesakit-pesakit tertentu sebelum mendapat rawatan.

Tahniah Buat Kementerian Kesihatan kerana mengutamakan keselesaan orang awam.

Thursday, January 22, 2009

SEJATI Tom Yam

Pernahkah anda berkunjung ke sini? The best menu is Soup, I can give 5*, how about U? Klu mudah untuk sampai kesini adalah kawasan Bank Islam. Cubalah........

Tuesday, January 20, 2009

Batu Karang

PAKAR KANAK KANAK bersama Dr Norrashidah Abd Wahab
BATU karang adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan orang dewasa berbanding kanak-kanak. Sekiranya keluarga mempunyai riwayat batu karang maka kanak-kanak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang sama.

Batu karang berasal daripada zat mineral halus yang menjadi keras dalam jangka masa yang lama. Batu karang terhasil daripada kandungan kalsium, oxalate atau asid urik yang tinggi di dalam air kencing. Buah pinggang pula tidak dapat memastikan kandungan air yang mencukupi untuk mencairkan bahan ini, menyebabkan ia membentuk ketulan kristal yang halus dan seterusnya secara perlahan-lahan ia akan membentuk batu karang.

Oleh kerana itu, buah pinggang haruslah memastikan bekalan air yang mencukupi untuk membuang bahan yang berlebihan ini. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat batu karang. Penyakit batu karang ini boleh berulang sekiranya pencegahan tidak diambil kira:

Kurang minum air dan dehidrasi berpanjangan

Airan dan jumlah air kencing kurang atau perlahan atas sebab tertentu sama ada saluran kencing tersumbat atau pundi kencing tidak berfungsi dengan baik.

Jumlah kandungan bahan kimia seperti kalsium, oxalate dan asid urik berlebihan.

Penyakit perubatan lain yang mengganggu proses pembentukan air kencing atau fungsi buah pinggang.

Makanan yang mengandungi paras garam, lemak, daging merah dan gula yang tinggi boleh menambah risiko penghasilan batu karang.

Tanda menunjukkan seseorang kanak-kanak itu mungkin menghidapi batu karang ialah:

Kencing berdarah

Bertambah kekerapan buang air kecil dan tidak lawas kencing

Rasa loya dan muntah

Rasa sakit ketika buang air kecil

Sakit bahagian pundi kencing atau belakang

Mendapat jangkitan air kencing

Salah satu cara bagi mencegah terhasilnya batu karang ialah dengan membuat perubahan kepada diet anak dan minum banyak air.

Galakkan mereka supaya meminum air mencukupi bagi keperluan badan untuk aktiviti harian sekurang-kurangnya setengah daripada berat badan dalam millimeter.

Minuman seperti jus limau atau lemonade adalah kaya dengan sumber sitrat yang boleh mengurangkan pembentukan batu karang. Elakkan memakan makanan yang mengandungi banyak garam. Rawat jangkitan air kencing dengan cepat.

Sekiranya batu karang tidak dirawat, lama kelamaan ia boleh mengganggu fungsi buah pinggang pesakit dan memberi kesan negatif.

Penggunaan ubat-ubatan herba haruslah dilakukan berhati-hati dan mendapat nasihat daripada pakar kerana ada herba yang berbeza mempunyai khasiat berbeza, ia mungkin boleh memudaratkan lagi keadaan pesakit.

Sunday, January 18, 2009

Sambutan 150 Tahun Batu Kurau


Secara ringkasnya sambutan akan diadakan pada 6-9 Februari 2009, selanjutnya sila lawati atau link (sila rujuk sudut Rambang Mata dan Halwa Telinga di blog idccu2008) ke alamat dibawah :
http://batukurau150.blogspot.com/

Ikan Belacak



Periophthalmodon schlosseri ataupun di kenali sebagai ikan belacak ini merupakan ikan yang boleh dijumpai di lautan Pasific, Asia Tenggara termasuk di Malaysia.Kajian mendapati ekstrak ikan belacak mampu meningkatkan kualiti seksual. Mengikut keyakinan masyarakat china dan korea ia digunakan untuk meningkatkan libido dalam badan mereka. Kesan pengunaan sebatian ikan belacak ini dalan sektor kesihatan ia mampu meningkatkan otot dan memberikan keselesaan terutamanya pada batang *&^%%.

Wednesday, January 14, 2009

Nostalgia Jalan lama Taiping - Batu Kurau

20 tahun dulu, sebut saja jalan Taiping - Batu Kurau pasti ada yang mengeluh panjang, hanya dalam keadaan terpaksa saja seseorang itu sanggup mengharungi jalan ini lebih-lebih lagi diwaktu tengah malam atau dinihari. Sudahlah jalannya yang banyak selekoh dan suasananya sunyi, dikiri kanan hanya pokok kelapa sawit yang menemani.

Ada juga kawasan-kawasan tertentu yang "keras", tapi sepanjang aku menjadi pengguna setia jalan ini, Alhamdulillah tiada yang pernah mengganggu, namun rasa takut dan risau tetap ada. Bagi pengguna kereta yang selalu berulang alik, pastinya bajet untuk tayar perlu difikirkan selalu kerana tayar yang cepat botak.

Itu dulu, sekarang tidak lagi, masa sudah berubah, dizaman pemerintahan "Raja" dikawasan Parlimen Larut ini, satu usaha telah diambil untuk menukar jalan yang bengkang bengkok ini kepada jalan yang hampir lurus tapi beralun, Kata YB Raja, "sekarang Tuan-tuan akan terhoyong-hayang kekiri kekanan, akan datang tuan-tuan akan rasa naik turun, naik turun ketika melalui jalan ini", disuatu ceramah beliau.
Sekarang cakap saja Batu Kurau, ada yang kata, "sebatang rokok pun tak habis dihisap dah sampai..."

Selekoh-selekoh seperti ini mengingatkan aku sewaktu melayannya dulu (1990 - 2000) dengan 3 jenis motorsikal, Honda (BCB9618), Yamaha RXZ (ACH6014) dan Yamaha TZM150(ADE8419)

Tempat dimana keretaku terbabas akibat terlanggar lopak, aku bersyukur kerana keretaku tidak rosak teruk, walaupun begitu hampir RM700 kos membaikpulih akibat dari kejadian itu.

Disuatu pagi ketika dalam perjalanan nak pergi kerja dari kampung aku telah terlanggar lopak diselekoh ini, disebabkan mengantuk yang amat sangat aku telah telah terkejut sewaktu melanggar lopak tersebut dan keretaku hilang kawalan lalu terbabas...

Kalau tak silap inilah "kona" Aloha yang selalu disebutkan orang. Antara "kona" yang mengancam. Ada juga kemalangan maut disini.

Keadaan jalan yang masih elok tapi sedikit usang kerana jarang digunakan orang, penduduk tempatan menyelamatkan jalan ini daripada terus lenyap.

Dikawasan selekoh ini aku dapati banyak sampah dibuang disitu seolah-olah kawasan itu telah dijadikan tempat pembuanagan sampah. Walaupun jalan ini telah dilupakan oleh kebanyakkan pengguna trafik, tapi bagi penyangak sampah ini tempat bagi mereka. Penduduk tempatan apa pandangan anda?

Diselekoh ini aku terbabas kerana jalan lembab sewaktu hujan gerimis, natijah daripada 'incident' ini aku telah mendapat luka-luka ringan di kaki, tangan dan badan, motor kapcai aku o.k.

Pakar Mata: Rokok rosak mata

Pakar Mata: Rokok rosak mata
Oleh Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad (Perunding Oftalmologi Pusat Perubatan Prince Court)


ROKOK bukan saja dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan kanser, tetapi ia juga memberi kesan besar terhadap kesihatan mata dan boleh menjejaskan penglihatan, terutama apabila usia semakin lanjut.

Bagaimana merokok memberi kerosakan kepada mata?


Perokok mempunyai risiko tinggi untuk menghidap katarak lebih awal pada umur muda. Melalui pengalaman saya, ada pemuda semuda usia 34 tahun mengalami katarak pada kedua-dua matanya.

Apabila disiasat, beliau mengakui menjadi perokok tegar yang menghisap 20 batang rokok sehari sejak berusia 16 tahun.

Berdasarkan penyelidikan Universiti Harvard, merokok terbukti antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada pembentukan katarak.

Walaupun berhenti merokok boleh mengurangkan risiko dan kerosakan kepada kanta mata, sesetengah kerosakan mungkin tidak dapat diperbaiki.

Memang semua orang tidak boleh lari daripada katarak apabila umur meningkat, tetapi ada kajian menunjukkan perokok mengalami masalah katarak kira-kira 10 hingga 15 tahun lebih awal berbanding individu tidak merokok.

Kajian menunjukkan rokok ‘membantu’ membentuk katarak dalam dua cara. Pertama, radikal bebas dalam asap rokok menyerang mata secara terus dan berpotensi merosakkan protein dan membran sel pada kanta mata.

Kedua, merokok mengurangkan paras antioksidan dan sesetengah enzim dihasilkan dalam badan yang berfungsi menyingkir protein yang rosak pada kanta.

Bekalan asap rokok yang berterusan lama kelamaan akan menggandakan risiko mendapat katarak.

Merokok juga meningkatkan kemungkinan mendapat kemerosotan makula. Kajian menunjukkan perokok dan bekas perokok mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kerosakan pada retina.

Degenerasi makula boleh menyebabkan kebutaan kekal apabila berlaku perdarahan di dalam retina. Degenerasi makula adalah penyebab utama kebutaan pada mereka yang berumur melebihi 50 tahun.

Ia disebabkan asap rokok boleh meningkatkan risiko berlaku kerosakan pembuluh darah pada saraf optik. Ini menyebabkan kebutaan kekal.

Ada penyelidik mendapati risiko perokok mengalami kemerosotan makula ialah dua hingga dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding bukan perokok. Lebih lama tempoh seseorang itu merokok, risikonya lebih tinggi.

Walaupun perokok berdepan risiko dua kali ganda mendapat kemerosotan makula jika berhenti merokok, tindakan itu jauh lebih baik daripada terus membiarkan asap rokok merosakkan badan dan penglihatan anda kerana risiko ini berkurang perlahan-lahan.

Secara umumnya penglihatan perokok dikatakan kurang baik, terutama ketika memandu pada waktu malam. Penyelidik percaya ia disebabkan kehadiran gas karbon dioksida dalam asap rokok yang menjejaskan penglihatan pada waktu malam.

Mereka yang mempunyai diet tidak sempurna serta merokok dan meminum arak mempunyai risiko mengalami kerosakan kekal pada saraf optik.

Mereka yang mempunyai mata kering dan merokok menyebabkan gejala berlebihan seperti terasa pedih, gatal dan berair.

Bagaimanakah merokok mengganggu kesihatan mata janin dan bayi yang baru dilahirkan?

Kajian menunjukkan ada kaitan di antara kehamilan dan risiko mendapat radang otak ketika janin membesar. Risiko mendapat penyakit meningitis jangkitan kuman adalah lima kali ganda bagi ibu mengandung yang merokok.

Seperkara yang perlu diingat ialah merokok boleh menjejaskan penyerapan nutrien makanan. Asap rokok menyebabkan vitamin C musnah dua kali lebih cepat sebelum ia sempat diserap oleh badan.

Jika berterusan, ia boleh mengakibatkan perokok mengalami masalah kekurangan vitamin C.

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat diperlukan badan untuk melindungi sel daripada tindakan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

Jadi walaupun anda rajin mengambil pil vitamin, anda tidak dapat menikmati manfaatnya selagi tidak berhenti merokok.

Tuesday, January 13, 2009

Mendidik anak

Assalamu`alaikum wr wbk
Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”
 Mengapa 7 tahun?
 Mengapa tidak 5, 12, 15 atau 21 tahun?
 Mengapa tentang “solat”? Mengapa tidak lain yang lebih “ringan”?

Pasti ada sebab-sebab yang afdhal sebagai dalil mutlak yang memerlukan kita memulakan anak-anak solat dari usia 7 tahun. Pasti ada sebab-sebab agung bahawa, bila berusia 7 tahun, anak sudah mampu melakukan solat sebagai penghayatan hariannya. Pasti sebab-sebab itu telah didasarkan kepada sifat-sifat semula-jadi bagi manusia yang mampu diperolehi pada usia 7 tahun. Jika tidak, anjuran Hadis ini boleh membuat ramai ibubapa merasa gelisah dengan kerungsingan: “Macam mana ni, nak bagi anak solat pada usia 7 tahun! Ia masih budak-budak lagi … apa!”

Insya-Allah, artikel ini akan menerangkan dalil-dalilnya supaya kita yakin dan bersyukur bahawa anak-anak yang telah mula melakukan solat harian dari usia 7 tahun akan mudah dibesarkan dengan penuh barakah dari segi ilmu, akhlak, ibadah dan kebajikannya.

MENGAPA “SOLAT”?:
Solat adalah tiang agama. Solat perisai hidup. Solat mengajar anak menjaga masa (waktu-waktu solat). Solat memberi peluang untuk sujud dan berdoa. Solat mengindahkan kehidupan kerana wajah indah adalah “taqwa”.

Solat juga memerlukan kita mempunyai beberapa hakikat dan sifat tertentu, khususnya:
 KITA FAHAM: Faham bahawa kita beragama Islam, dan sebab kita dijadikan adalah untuk sujud ke hadrat Ilahi. [Surah Adz-Zaariyat 51 Ayat 56: “Ku ciptakan jin dan manusia itu hanyalah supaya mereka sujud (memuja) kepada-Ku”]
 KITA YAKIN: Yakin kerana kita telah “faham”, dan “keyakinan” adalah asas keimanan.
 KITA RELA: Bila sudah faham dan yakin, kita sedar “merelakan diri”, sedia dan terima.
 KITA AZAM: Dengan rela, faham dan yakin, kita mudah ceria, berminat dan “berazam”.
 KITA SYUKUR & JAGA: Kerana begitu azam kita pasti dapat mengecap keindahan solat sehingga kita rasa amat syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan kita dengan membanyakkan yang “maaruf” dan menghindarkan diri kita dari yang “mungkar”.

Sekiranya sifat-sifat ini diperlukan agar anak faham dan senang dimulakan bersolat dari usia 7 tahun, mampukah ia membina sifat-sifat serta hakikat-hakikat itu pada usia 7 tahun?

Ya, boleh kerana dari ilmu kajian sains, tahap pembinaan jentera asas akal (otak-saraf manusia) telah matang mencapai lebih dari 95% pada usia 7 tahun. Pencapaian tahap pembentukan inilah yang memberi anak kita landasan untuk mampu berfikir, memilih, merasa yakin, berazam, dan mudah mirip untuk merasa syukur serta menjaga kebaikan dirinya, insya-Allah.

Dalil2 Al-Quran
 Dan segala yang diciptakanNya dibuatNya dengan sebaik-baiknya, dan dimula menciptakan manusia dari tanah. (As-Sajadah 32:7)
 Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik. (S At-Tiin 95:4)
 Sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan, dengan kelebihan yang sempurna. (Surah Al-Israa’ 17:70)
 Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau Yang Pemurah? … Yang menciptakan engkau, menyempurnakan kejadiaan engkau dan membuat engkau dengan ukuran yang seimbang. .. Menurut bentuk yang dikehendakiNya, engkau disusunNya (Al-Infithar 82:6-8)

MANUSIA TELAH DIBERI ILMU & PETUNJUK
Yakin anak “harus mampu sempurna” kerana manusia (Nabi Adam a.s.) telah diajar ilmu dan disediakan petunjuk (agama dan akal):

Dalil2 Al-Quran
 Dan Tuhan mengajarkan kepada Adam nama-nama benda segalanya (S. Al-Baqarah 2:31)
 Maha suci Engkau. Kami tidak mengetahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Tahu dan Maha Bijaksana (S. Al-Baqarah 2:32)
 Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ciptaan Allah, yang dijadikanNya manusia sesuai dengan agama itu (S. Ar-Rum 30:30)
 Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam (S. Ali Imran S. 3:19)
 Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya (S. Ar-Rum 30:24)
 Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus (S. Al-Isra 17:9)

MAMPU SEMPURNA PADA USIA 7 TAHUN
Oleh itu, kita mestilah yakin bahawa anak-anak kita, pada usia 7 tahun, seharusnya sudah mampu memperolehi sifat-sifat tingga (secara mutlak) sehingga mereka mudah:
 FAHAM: Bahawa kita beragama Islam, dan faham perlunya “sujud” [S.Adz-Zaariyat 51:56]
 YAKIN: Kerana kita telah “faham”, keyakinan menjadi asas keimanan.
 RELA: Kerana faham dan yakin, kita “rela” serta betul-betul sedia dan terima.
 AZAM: Kerana faham, yakin dan rela, kita lebih mudah ceria, berminat dan “berazam”.
 SYUKUR & JAGA: Kerana azam kita mudah mengecap keindahan solat sehingga kita rasa syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan berasaskan “maaruf nahi anil mungkar”.

SEDIKIT2 & BERTAHAP2
Tahap pencapaian pada usia 7 tahun sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika kita mulakan pendidikan anak dari tahap-tahap seawal mungkin. Inilah sebabnya kita perlu adakan usaha pendidikan awal bagi kaum Muslimin dengan memanfaatkan peluang membina asas-asas pendidikan yang kukuh dari masa anak berada di dalam rahim ibunya, dan, selepas anak itu dilahirkan, mendidiknya secara sedikit-dikit, bertahap-tahap, dan secara berkesinambungan:

Sekiranya anak-anak kita dapat dididik dengan baik secara bertahap-tahap, dari awal, mereka akan mudah disempurnakan ilmu, akhlak, amalan, ibadah dan kebajikan selapas usia 7 tahun. Rajah berikut menunjukkan tahap-tahap utama proses pendidikan hinggalah usia “Akil Baligh”.

Dalam rangka proses pendidikan ini, “Akil Baligh” amat utama. Anak yang sempurna penyediaannya untuk akil baligh akan lebih selamat bila ia menjejak usia remaja. Bagi semua ini, SOLAT merupakan faktor utama, dan faktor ini perlu dihasilkan pada usia 7 tahun. Insya-Allah, bila anak sudah biasa dengan solat pada usia 7 tahun, ia akan mudah melazimkan dirinya dengan solat pada usia 10 tahun (tanpa didenda), dan, jika ini terpacak sebagai amalan hariannya, insya-Allah, Fardhu ‘Ain anak akan sempurna, dan usia remajanya penuh dengan barakah, insya-Allah.

TUJUH TAHUN & DUNIA SEKOLAH
Usia 7 tahun juga merupakan detik penting dari sudut kemasyarakatan kerana pada usia itu, anak kita sudah mula menjejak dunia persekolahan. Dalam suasana sekolah, ia seharusnya sudah mampu berturtur dengan baik, membaca, sudah hafal berbagai surah-zikir-doa, menulis, melukis, pandai menjaga diri, mempunyai berbagai ilmu berguna yang luas, bersifat baik, senang menjayakan dirinya dalam persekolahan, serta menyenangkan kehidupan ibubapanya.

Alhamdulillah, satu penyelidikan telah dibuat dengan menemui ramai ibubapa yang telah mendidik anak-anak dari kecil, dan anak-anak itu telah memperolehi kecerdikan, ilmu dan akhlak yang amat tinggi:
 Pada usia 3-4 tahun mereka telah faham banyak fakta-fakta sains, bahasa, Matematik, kesihatan, protin, karbohidrat, ilmu alam, lebih dari apa yang biasa difahami oleh anak-anak yang tidak dididik dari awal.
 Mereka bertutur dalam dua bahasa dengan fasih dan penuh adab serta makna. Tulisan dan lukisan mereka amat baik. Mereka mampu membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan mampu membaca Iqra’ (III-VI) pada usia 5-6 tahun.
 Perbendaharaan ilmu mereka amat luas. Mereka tahu amphibia, mamalia, nama-nama pokok, mengapa daun berwarna hijau, apa erti photosynthesis, chlorophyll, nama-nama awan, mengapa awan penting, jenis-jenis kereta, negeri, ibukota, bendera, dan banyak lagi. Hal ini tidak menjadi masalah kerana mereka berminat mempelajari berbagai bahan-bahan ilmu.
 Membuat kerja-kerja rumah, termasuk membantu bibi memasak, mengemas rumah, menolong ibubapa, membasuh kereta, menyusun buku-buku di rumah, menjahit, pergi pasar, dan menolong menjaga adik-adik ~ semua ini sudah mula menjadi amalan harian.
 Mereka kenal masuknya waktu solat, apa itu azan, melakukan solat, berwudhu, tahu sejadah, arah kiblat, erti saf, solat berjemaah, menghafal doa Iftitah, zikir-zikir solat, surah-surah lazim, doa-doa harian dan salawat sudah juga menjadi kegemaran mereka.
 Kerana mereka berminat dan berkemampuan tinggi, mereka mampu didedahkan kepada berbagai ilmu lanjutan. Lebih banyak, lebih tinggi kemampuan mereka memahami lebih banyak ilmu-ilmu baru pada tahap yang lebih tinggi serta bidang yang amat luas dan berbagai. Proses ini dilakukan tanpa disekat oleh usia mereka. Yang penting mereka ceria, faham dan minat belajar.

Dengan pencapaian yang begitu tinggi dan luas (pada usia 5, 6 atau 7 tahun) anak-anak ini pasti akan mudah memahami apa sahaja yang bakal diajar di sekolah. Insya-Allah, mereka akan pasti mampu menjayakan diri mereka pada tahap-tahap sekolah bermula usia 7 tahun. Semua ini pula dilandaskan dengan akhlak, iman dan budi-pekerti yang baik semata-mata kerana telah dibiasakan melakukan solatnya dari usia 7 tahu. Wallahu`alam bissawab.

Moga-moga usaha kita mendidik anak-anak kita akan sentiasa diredhai dan dipermudakan Allah SWT. Amiin.

Wassalam

Pusat Jagaan Warga Mas Ehsan.


Satu lagi kemudahan yang ada disekitar Kamunting. Kalau tak silap kakak yang uruskan pusat jagaan ini boleh juga memberikan perkhidmatan mengurut untuk kaum ibu yang lepas bersalin.

Monday, January 12, 2009

Apa itu Penyakit Chikungunya?

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.


SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hari-hari penting dalam Islam

01 Muharram - Maal Hijrah
10 Muharram - Puasa Hari Asyura
08 Safar - Peperangan Khaibar pada Tahun 3 Hijrah
11 Safar - Peperangan Bani Qainuqak pada Tahun 3 Hijrah
12 R'Awal - Hari Kelahiran Rasullullah
10 R'Awal - Perang Jamal (Unta), perang saudara yang pertama
27 Rejab - Malam berlakunya Iskraj Mikraj
15 Syaaban - Nisfu Syaaban
01 Ramadhan - Permulaan puasa
17 Ramadhan - Nuzul Quran, Rasulullah didatangi Malaikat Jibrail a.s. di gua Hira'
18 Ramadhan - Peperangan Badar meletus antara Islam dan Musyrikin Quraisyh, perang yang jihad yang pertama.
01 Syawal - Hari raya Puasa
02-07 Syawal - Puasa Enam
05 Syawal - Meletusnya peperangan antara tentera Islam dengan kafir musyrikin.
09 Zulhijjah - Hari Wukuf di Arafah
10 Zulhijjah - Hari Raya Aidil Adha.
11-13 Zulhijjah - Hari Tasyrik
* Puasa sunat adalah pada setiap hari Isnin dan Khamis kecuali pada hari berikut ;
- Keseluruhan bulan Ramadhan
- Hari Raya Puasa
- Hari Raya Haji
- Hari - hari Tasyrik
- Hari Syak.

Friday, January 9, 2009

Rahsia Perkataan "BYE".....

Tahukah anda........

makna perkataan BYE didalam bahasa Arab bermaksud " fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di bwh naungan pope (paderi). Sebarkan kepada semua sahabat2 anda, semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain.wassalam.
Wallahualam. .
Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum . .. Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat...

* Aku pun baru tau......

Cellular information : It's 112 not 999!

Artikel yang diterima semalam melalui e-mail tempat kerja,
its important and better we share together, happy reading
and blogging.

It's 112 not 999!

A young lady was robbed and slashed on the face in Taman Desa.

She just got off from her car and was in front of her friend's house pressing door bell.. She saw a motorbike with two men coming toward her direction but she thought they were security guards. Then before she knew anything, one of the men has already slashed her face with a knife and grabbed her bag. She didn't know it was a cut until she touched her face and found out it was bleeding. She was screaming out of shock. One of the man came back (they were already on the motorbike and ready to leave) and tried to slash her again. Luckily she was able to hold on his hand to stop the attack. At that time, her friend came out to check what happen and the men quickly ran away.

The cut was 9 cm long and 1 cm deep. Now those robbers' tactic! is to hurt you first before they rob you so that you are handicapped and can't resist them. Even later there are someone to help, they have to rescue you first instead of chasing them. Please be alert all the time and take every precaution measure you could. Emergency Number:

Please be aware the Emergency Number worldwide for GSM Mobile (012, 013, 016, 017, and 019) is 112 and not 999.

You can dial 112 even without a Sim Card. If you find yourself out of coverage area of your mobile network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you. Do share this important info with your family members and friends.

Semoga kita mendapat menafaat darinya.....

Tuesday, January 6, 2009