Sunday, December 21, 2008

Penyakit Gout

Gout dianggap sejenis penyakit artritis. Penyebabnya adalah ketidaknormalan tubuh untuk mengendalikan bahan kimia tertentu. Ketidaknormalan ini adalah satu keadaan yang diwarisi. Asid urik adalah salah satu hasil pencernaan makanan didalam tubuh. Bagi kebanyakkan orang asid urik ini mudah dibuang melalui buah pinggang. Tetapi bagi orang yang mudah mendapat penyakit gout, asid uriknya tidak dibuang dengan cepat dan oleh itu bendalir tubuh mengandugi bahan ini dalam kepekatan yang melebihi aras normal. Kelebihan asid urik dapat dikesan dengan menentukan kadar kandungannya didalam plasma darah, dengan itu keadaan disebut hiperuresemia (berlebihan  asid urik dalam darah).

Hiperuresemia agak lazim terjadi. Di AS kira-kira 5 - 10% orang lelaki yang berumur lebih daripada 30 tahun menghidapi penyakit ini, tetapi kira-kira 1 daripada 10 bilangan terjadi pada orang perempuan, ramai orang yang menghidapi hiperuresemia tidak mempunyai gejalanya dan tidak sedar yang mereka menghidapi penyakit itu. Tetapi bagi setengah-setengah orang orang yang yang mengalami keadaaan ini  (kira-kira 3 orang bagi setiap 1000 penduduk) terdapat kerumitan :

1. Artritis akut kerana gout, yang melibatkan sendi.

2. Gout berbatu, dalam keadaaan ini tompok keras hablur aasid urik berkembang di beberapa bahagian tubuh, seringkali berkaiotan dengan sendi.

3. Perkembangan batu buah pinggang yang terdiri daripada hablur asid urik.

4. Penyakit buah pinggang kerana gout, dalam keadaan ini buah pinggang tidak dapat lagi berfungsidengan cekap.

Perhatikan kenyataan tambahan kepada 4 kerumitan ini :

1. Artritis zakut kerana gout terjadi tanpa menunjukkan gejalanya dan sekiranya tidak dirawat, ia akan berterusan selama 1 atau 2 minggu. Ia akan meyebabkan rasa sakit yang amat sangat, sekiranya ia serangan pertama, rasa sakit akan terasa di satu sendi saja, ia tertumpu dibawah ibu jari kaki. Gejalanya adalah bengkak, rasa panas dan amat sakit bila disentuh. Selain dari itu kulit yang menutup sendi menjadi tegang , kilat dan merah. Biasanya serangan terjadi berulang kali, setiap serangan semakin teruk dan kerap. Posisi yang akan terjejas adalah pergelangan kaki, kekura kaki, lutut sendi lengan dan sendi tangan.

2. Gout berbatu adalah keadaan kronik dimana tompokan hablur asid yang disebut tofi kelihatan didalam pelbagai tisu, lokasi lazimnya adalah dicuping telinga. Biasanya ia lebih tertumpu disekitar sendi. Tisu bertindak keatas tofi sama dengan ia bertindak dengan bendasing dengan inflamasi yang berterusan. Sekiranya dibiarkan ia akan merosakkan tulang dan tisu yang lain yang berdekatan.

3. Batu buah pinggang selalu terjadi pada orang mempunyai mempunyai kepekatan asid urik yang tinggi.

4. Penyakit buah pinggang kerana gout. Terdapat 2 hala hubungan antara penyakit buah pinggang yang merosot dengan gout, ia disebabkan ketidakupayaan buah pinggang berfungsi dengan efisien. Selalunya hiperuresmia boleh merosakkan buah pinggang.

Apakah Tindakan?

1. Menurunkan kepekatan asid urik sebelum kerumitan gout berkembang. Elakkan makanan yang mengandungi bahan yang menggalakkan asid urik seperti lemak haiwan dan daging.

2. Berusaha mendapatkan BMI yang ideal.

3. Minum sehingga 3 liter air untuk membantu fungsi buah pinggang yang berkesan.

4. Dapatkan rawatan doktor, ubat yang mempengaruhi metabolisma asid urik seperti colchicine, probenesid, (benemid)  dan alopurinol antara opsyen yang sesuai.   

 

   

No comments:

Post a Comment