Tidak lama lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan tahun baru Islam, 1430H. Adalah digalakkan agar kita dapat berdoa ketika peralihan tahun Islam ini supaya kita sentiasa berada didalam keredhaan Allah swt. Dibawah ini disertakan maksud doa sahaja kerana doa asal (dalam bahasa arab) belum ditemui. Insya Allah akan disertakan di lain masa.
Doa Awal Tahun
Cara membaca dan faedah-faedahnya:
Doa ini dibaca 3 kali selepas solat maghrib pada malam 1 muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata. "telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memliharanya daripada fitnah syaitan."
Maksud doa :
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan mu yang maha agung dan kemurahanmu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku memohom perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa menolong kearah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah daripada medekatkan diri kepada Engkau.
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keatas keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
Doa Akhir tahun
Cara membaca dan faedahnya :
Dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, berkatalah syaitan, "kesusahan bagiku dan sis-sialah pekerjannku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku satu sat jua. Dengan sebab membaca doa ini Allah ampunkan dosanya setahun.
Maksud doa :
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-laranganmu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabmu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau, Ya Allah ya Karim ya zal jalali Wal Ikram.
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keatas keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
No comments:
Post a Comment