Pada hari ahad yang lalu aku terpanggil untuk pekena mee udang di Jalan Kuala Sepetang. Selepas berbincang dengan isteri, pada jam 6.00pm aku bertolak ke sana. Setiba disana ku dapati orang begitu ramai sedang mejamu selera, hampir semua meja dipenuhi orang. Ada juga yang sedang menunggu kat luar, mungkin mereka mengintai meja kosong atau "tapau'.
Keluar saja dari kereta aku termenung sebentar dengan memerhati ke arah kedai tersebut kerana terfikir di benak ku, berapa lama harus aku menunggu untuk menikmati "order" ku nanti. Setelah ku dapati ada orang yang beredar, tanpa membuang masa terus celapak kat meja kosong tersebut walaupun sisa bekas dan makanan belum di kutip.
Hampir setengah jam menunggu barulah meja tersebut di"clear"kan dan aku meng"order" menu aku sekeluarga. />Terdapat 2 jenis mee udang kat sini. Harga RM6.00 (udang belaan) manakala untuk harga RM10.00 adalah udang laut. Menu yang pertama menjadi pilihan ku sekeluarga.
Sesudah azan maghrib dilaungkan hanya minuman yang telah kuterima. Aku mengambil kesempatan untuk bersolat di Surau sebelah kedai tersebut. Nasib baik ada surau berdekatan, kalau tidak kantoi....
Selepas solat aku kembali ke meja makan dan aku dapati menu aku sudah tiba. Aku terpaksa memberi peluang kepada orang rumah aku dan anak-anak menikmatinya terlebih dahulu kerana aku menjaga anak kecilku.
Lebih kurang pukul 8.30pm aku beredar. Setelah di hitung hampir 2 jam aku di situ, ini menunjukkan sambutan yang begitu hebat terhadap kedai makan ini, lebih-lebih lagi musim cuti sekolah.
Yang paling menarik, aku ditemu kan oleh Allah swt dengan kawan sekolah rendah. Dia langsung tidak mengenali aku, kerana sudah lama tidak bersua muka. Kalau tak silap lebih 20 tahun jangkamasa nya. Lebih-lebih lagi di zaman sekolah dulu aku bukan orang yang hebat dan glamour, malah "low profile" lagi. "Siapa ya!, tak kenal lah", katanya. Aku sengaja memberi peluang kepadanya untuk mengingati dengan mengajukan beberapa soalan dan "clue" biasa namun dia gagal, kebetulan abangnya juga ada bersama dan abangnya masih mengenali ku. Setelah ku pasti dia sememangnya tidak ingat siapa aku, terus aku cakap, "Shahlan lah...." terus tergelak besar dia dan beredar ke meja makan.
Shahlan - kau jumpa sapa? Man Ong Polis Bukit Aman tu ka?
ReplyDeleteLukman
jalang jajalng jumpa makang
ReplyDeletehang bolih kerje senang..
ReplyDelete