Monday, July 13, 2009

Kolam Air Panas Trong Perak

Walaupun dah bertahun aku tinggal dikawasan Kamunting Taiping, dah berpuluh kali aku melalui Changkat Jering dan Trong namun tak pernah aku singgah di Kolam Air Panas ini. Entah macamana semalam ditakdirkan aku sampai ketempat ini. Sewaktu aku sampai orang tidak begitu ramai dan selepas itupun orang hanya datang sekejap-sekejap saja.

Apa yang ada di Kolam Air Panas ni? sudah tentulah air panas kan.....air panas yang mempunyai tahap kepanasan sekitar 49°C. Kepanasan yang tak mampu memberi apa-apa kesan terhadap telur ayam. Air panas yang berpunca dari perut bumi ini digunakan disini untuk tujuan perubatan. Anda boleh merendam kaki dan mandi, dipercayai boleh membakar lemak, merawat urat saraf dan kolestrol.

Merendam kaki hanya menggunakan timba dan tempoh rendaman setiap timba lebih kurang setengah jam, ada juga bilik-bilik kecil untuk tujuan mandi/berendam dengan kapasiti satu orang, disamping itu juga ada disediakan bilik VIP yang mana bilik ini boleh memuatkan 2 orang dalam satu-satu masa.

Kemudahan lain yang ada ialah bilik persalinan, pondok kecil untuk berehat, kolam mandi budak dan dewasa. Selain daripada itu perkhidmatan urut tradisioanl juga ada disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Premis ini dibuka sehingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Sign board Kolam Air Panas Trong.

Main gate

Bangunan utama

Senarai harga perkhidmatan.

Punca air panas

Kolam mandi dewasa

Pondok kecil untuk beristirehat

Kolam mandi budak

Punca air panas no. 2

Keratan akhbar dipamirkan untuk tatapan pengunjung.

Aku sendiri sempat juga mencuba menggunakan air panas ini....

Pelbagai info untuk faedah pengunjung.

2 comments:

  1. maizan penah dtg kt sini ngan abah.
    rendam kaki kt dlm baldi..
    best2.

    ReplyDelete
  2. Maizan, nanti bila senang boleh kita pi sama-sama, Idris tu teruja sangat dengan kolam mandi kat situ.

    ReplyDelete