Saiyidina Ali bin Abu Talib bukan sahaja terkenal sebagai seorang pahlawan yang gagah berani tetapi juga seorang yang tabah menghadapi kesusahan dan perjuangan hidup.
Pernah suatu ketika beliau menceritakan kisah penderitaannya menahan lapar yang tidak terperi. Dimana makanan telah kehabisan dirumahnya. Oleh itu ia pun pergilah ke desa-desa di Madinah untuk mencari pekerjaan yang mungkin menghasilkan sedikit rezeki. Ketika ia sampai di suatu desa, Sayyidina Ali pun bertemu seorang wanita yang hendak membasahkan batu-batanya. Beliau meminta supaya pekerjaan itu diberikan kepadanya dengan upah sebiji kurma setiap timba yang ditimbakan.
Sesudah menimba enam belas kali Sayyidina Ali melihat tangannya telah menggelupas, kerana itu beliaupun berhenti dan menghulukan tangannya kepada wanita itu untuk meemperolehi upahnya. Setelah dihitung enam belas biji kurma, belaiu segera pulang kerumahnya. Setibanya dirumah ia mendapati Rasulullah s.a.w. ada didalamnya lalu beliau menceritakan perihal dirinya itu.
Mendengar kisahnya itu Rasullullah s.a.w. merasa gembira sekali lalu makan bersama-sama Saiyidina Ali r.a. baginda lalu bersabda : "Sebaik-baik rezeki ialah yang diperolehi seseorang dengan jalan yang halal dan bersih."
No comments:
Post a Comment