Monday, July 6, 2009

Gambar-gambar kenangan.

Sebahagian pekan Rantau Panjang Kelantan

Antara produk yang dipasarkan di pekan Rantau Panjang.

"Benda" yang begitu popular digunakan peniaga untuk menyangkut pakaian yang dipamirkan untuk jualan. Kebiasannya "benda" ni digunakan oleh tukang masak untuk membakar ikan.

Pengaruh negara jiran begitu kuat disini.

PCB - Dulu, Pantai Cinta Berahi, kini dan selamanya, Pantai Cahaya Bulan.

Hadiran ombak lesu memukul pantai di PCB.

Rombongan kami begitu teruja dengan PCB.

Hanya memerhati dari jauh kerana pada masa itu kelihatan hari nak hujan.

Rizal dengan pose yang istimewa, renungannya penuh bermakna, mungkin dihatinya tertanya-tanya, adakah sambutan begini hebat bila bertandang ke Pahang nanti?

Jentera-jentera ini awal-awal pagi lagi telah dikerah bekerja dari Wakaf Baru ke PCB.

Keindahan PCB yang tak perlu dipertikaikan lagi..

Abang Kie dan Rahim, antara 'orang ganu' yang hadir ketika kenduri menyambut pengantin di Tumpat tempohari.

Rombongan sebelah pengantin perempuan dengan sebahagian buah tangan pada hari 'menyambut' tersebut.

Kedua mempelai sedang asyik menyaksikan aksi silat gayung yang sedang dipersembahkan.

Setelah selesai memenuhi jemputan kenduri menyambut, kami telah bergegas ke Kuala Terengganu, di "homestay" ini rombongan kami menginap untuk malam jumaat tersebut.

Walaupun tuan punya "homestay" membenarkan kami "stay" hingga selepas solat jumaat, namun pagi-pagi lagi kami semua telah "check-out" untuk pusing-pusing KT.

Kelihatan bangunan Lembaga Tabung Haji ditengah bandar Kuala Terengganu.

Setelah penat pusing-pusing Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Abah,Rizal, Idris dan Firdaus kelihatan letih dan berehat disekitar Taman.

Negara digemparkan dengan peristiwa Stadium Sultan Mizan yang mengalami keruntuhan bumbung. Oleh kerana kami berada di KT, stadium ini menjadi agenda lawatan kami pada hari itu.

Sebelumnya aku hanya melihat suasana ini di Internet atau paper saja, tetapi pada 11hb. Jun aku melihat dengan mata kepala ku sendiri mengenai keruntuhan ini. Aku sendiri menganggarkan bumbung yang runtuh adalah 2/3 dari keseluruhan bumbung.

Pantai Teluk Ketapang, satu lagi tempat menarik lagi mendamaikan di sekitar Kuala Terengganu.

Kelihatan medan selera di pantai Batu Buruk, deretan gerai makan yang banyak yang memberi gambaran kepada kita bahawa tempat ini memang menjadi tumpuan pelancung. Yang menarik Pantai Batu Buruk adalah suasana malamnya yang dilimpahi lampu, anda boleh berehat disana tanpa ada sebarang masalah.

Pasar Payang, tempat yang popular, yang setiasa menjadi destinasi setiap rombongan, pendek kata kalau tak ke sini tak lengkaplah sesuatu "trip" ke KT.

KT yang begitu pesat membangun, yang sesuatu ketika dulu sempat "membangun bersama Islam", tapi jodoh tak panjang, mungkin lepas ni boleh rujuk balik....

Pembangunan infrasrtuktur dan prasarana disamping pembangunan insan.

Replika jagung, mercu tanda Kampung Gaung, Kuala Berang.

Jalan atau lebuhraya tanpa tol Kuala Berang Gua Musang (dengan melalui Kenyir dan Felda Aring). Setelah melalui laluan ini selama hampir 3 jam, anda akan keluar di Jalan Gua Musang Kota Bharu di Felda Chiku. Disini jaraknya ke Gua Musang adalah tak lebih 60km, untuk ke Kota Bharu lebih kurang 160km dan ke Kuala Lumpur 300km lebih. Hanya satu foto yang sempat di "snap" ketika menggunakan jalan ini kerana bateri kamera yang "weak". Sahabat sekerja Saudara Aziz Alun bergitu berminat dengan jalan ini, katanya laluan ini adalah laluan baru.

Pusat pentadbiran Bandar Gua Musang.

Apakah ini? mungkin serbuk perasa yang begitu popular di Kelantan, teringat aku suatu ketika dulu sewaktu singgah makan di Tanah Merah, serbuk perasa jenama ini juga aku ketemui. Aku tidak mengambilnya kerana tak yakin dengan status halalnya. Orang kelantan mungkin arif tentangnya, tapi tidak aku.....

Sekarang kami sedang memasuki laluan Gua Musang - Cameron Highland.

Antara suasana yang dapat aku rakamkan, "first time" aku menyusurinya.

Suasana sekelilingnya yang tidak begitu asing bagiku, kerana jika anda pernah melalui jalan Timur Barat atau jalan Sumpitan Ijok maka jalan ini tidak begitu "extreme" berbanding jalan-jalan yang aku sebutkan tadi.

Perjalanan yang begitu selesa kerana tidak banyak kenderaan, tetapi terfikir dibenakku, sekiranya berlaku sesuatu kerosakan pada kenderaan, apakah "solution" terbaik???.....

Boleh tahan juga bilangan rakaman yang aku ambil, sehingga kini dah tak tahu apa lagi yang nak diulas.....

Anda tengoklah sediri, alangkah bermakna sekiranya begini banyak foto yang dapat aku "snap"kan ketika melalui jalan Kuala Berang Gua Musang (Kenyir).

Lagi.....

Lagi.....

Dan lagi...

Kini hampir tiba kawasan Lojing...

Lojing....

Lojing...

Lojing lagi....

dan Lojing.

Dipuncak Cameron Highland.

Teman setia sepanjang jalan. Suatu "Trip" yang menarik, yang tidak dirancang dengan begitu teliti agendanya, main redah aje. Abah, seorang "retired army" merupakan "mastermind" dalam "trip" ini, aku ikut saja. Nasib baik "teman"ku tak buat hal yang serius, walaupun semasa di Marang telah dikenal pasti beliau mengalami sedikit masalah, nasib memang baik masalah "settle" dalam masa yang begitu singkat dengan kos yang begitu terhad. Setelah dihitung tak lebih dari 1500km perjalanan pada 10hb. hingga 13hb. Jun 2009 yang lalu. Perjalanan Kamunting, Lubuk Merbau, Gerik, Jeli, Rantau Panjang, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Marang, Kuala Berang, Gua Musang, Cameron Highland, Simpang Pulai, Ipoh dan Kamunting. Aku berasa begitu bangga dengan "performance"nya, tak rugi aku memiliki dan me"mekap"nya. Lebih 10 tahun perkhidmatannya, dengan umurnya hampir 30 tahun, adakah berbaloi ianya ku campakkan ke dalam pakej RM5000.OO? Oh! Mungkin Tidak!...tidak mungkin....
Ketika dipuncak "Tanah Tinggi"

Ketika di PCB.

No comments:

Post a Comment