Wednesday, July 29, 2009
PIKOM PC FAIR 2009 (II)
UUM - PIKOM ICT FAIR 2009
29 - 31 July 2009 (10:00am - 10:00pm) Postponed Until Further Notice
University Utara Malaysia, Sintok, Kedah
31 July - 2 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
. KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
. Village Mall, Sungai Petani - Kedah
· Dewan Perbandaran Taiping - Perak
· Batu Pahat Mall, Batu Pahat - Johor
7 August - 9 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
· Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
· Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu - Sabah
· Berjaya Megamall, Kuantan - Pahang
13 August - 15 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· KB Mall, Kota Bharu - Kelantan
· Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu - Terengganu
14 August - 16 August 2009 (11:00am - 9:00pm)
· Persada Johor International Convention Centre,Johor Bahru - Jalan Abdullah
Ibrahim, 80000 Johor Bahru
· Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh
Saturday, July 25, 2009
Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19.Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "
8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Saturday, July 18, 2009
Buah anggur
Buah anggur mempunyai faedah tersendiri dan sangat berguna untuk tubuh badan kita. Diantara fungsinya, ia dapat menurunkan berat badan. Dengan meminum setengah gelas air jus anggur tanpa gula, ia dapat menurunkan setengah paun berat badan dalam masa seminggu. Selain dari itu ia juga boleh membantu pernafasan bagi mereka yang menghidapi lelah. Anggur juga berguna untuk membuat minyak wangi, mengelakkan barah dan mencantikkan kulit.
Buah yang kaya dengan vitamin C dan bersifat antioksidan ini sebaiknya dijadikan buah wajib untuk dibawa pulang semasa mengujungi pasar atau pasaraya.
Friday, July 17, 2009
Belimbing Buluh (Averrhoa Bilimbi Linn)
Nama saintifiknya Averrhoa Bilimbi Linn, berasal dari keluarga Oxalidaceae, dipercayai berasal dari Indonesia.
Pokoknya tidak terlalu besar, hanya berkayu kecil dan tidak banyak cabang. Bunga kecilnya berwarna merah dan debunga secara berjambak pada batang dan dahan pokok.
Cara penanamannya melalui cambah biji benih, ia akan hidup subur diatas tanah yang mudah ditembusi air.
Terdapat 2 jenis belimbing buluh :
- berwarna kuning
- berwarna hijau
bagaimanapun fungsi kedua-duanya sama.
Buahnya mengandungi asid amino, asid oksalik, asid sitrik, fenolik, glukosid sianidin, gula, kalium, vitamin A dan vitamin C, makala daunnya pula mempunyai sifat antibakteria.
Belimbing buluh juga mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi. Antaranya berkesan untuk mengurangkan darah tinggi, kencing manis dan pitam. Caranya dengan merebus buah, daun dan bunganya kemudian airnya diminum pagi dan petang.
Buahnya mampu mrngatasi masalah jerawat, parutkan buahnya kemudian dicampurkan sedikit garam dan disapukan pada kulit muka.
Daunnya pula ditumbuk lumat dan tampalkan pada kulit muka untuk merawat bisul, gata-gatal, reumatisme, dan siflis. Air rebusan juga boleh mengubati bengkak pada dubur, melegakan demam panas, diabetes dan rawatan lepas bersalin.
Bunganya pula mujarab untuk mengubati sakit gigi. Air rebusannya pula jika ditambah dengan sedikit gula sesuai dijadikan ubat batuk untuk kanak-kanak.
Belimbing buluh juga sesuai digunakan sebagai bahan pencuci untuk menanggalkan sebarang kotoran menggilatkan benda logam.
Pohon belimbing buluh
Daun belimbing buluh
Buah belimbing buluh
Bunga belimbing buluh

Thursday, July 16, 2009
Menara Condong Teluk Intan
Hari ini sedang mencari-cari bahan untuk post lalu terjumpa koleksi gambar Menara Condong Teluk Intan yang diambil pada Mei 2007. Diabadikan untuk tatapan dan kenangan.
Menara ini menjadi tumpuan di bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

Wednesday, July 15, 2009
Monday, July 13, 2009
Kolam Air Panas Trong Perak
Walaupun dah bertahun aku tinggal dikawasan Kamunting Taiping, dah berpuluh kali aku melalui Changkat Jering dan Trong namun tak pernah aku singgah di Kolam Air Panas ini. Entah macamana semalam ditakdirkan aku sampai ketempat ini. Sewaktu aku sampai orang tidak begitu ramai dan selepas itupun orang hanya datang sekejap-sekejap saja.
Apa yang ada di Kolam Air Panas ni? sudah tentulah air panas kan.....air panas yang mempunyai tahap kepanasan sekitar 49°C. Kepanasan yang tak mampu memberi apa-apa kesan terhadap telur ayam. Air panas yang berpunca dari perut bumi ini digunakan disini untuk tujuan perubatan. Anda boleh merendam kaki dan mandi, dipercayai boleh membakar lemak, merawat urat saraf dan kolestrol.
Merendam kaki hanya menggunakan timba dan tempoh rendaman setiap timba lebih kurang setengah jam, ada juga bilik-bilik kecil untuk tujuan mandi/berendam dengan kapasiti satu orang, disamping itu juga ada disediakan bilik VIP yang mana bilik ini boleh memuatkan 2 orang dalam satu-satu masa.
Kemudahan lain yang ada ialah bilik persalinan, pondok kecil untuk berehat, kolam mandi budak dan dewasa. Selain daripada itu perkhidmatan urut tradisioanl juga ada disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Premis ini dibuka sehingga 12.00 tengah malam setiap hari.
Sign board Kolam Air Panas Trong.
Main gate
Bangunan utama
Senarai harga perkhidmatan.
Punca air panas
Kolam mandi dewasa
Pondok kecil untuk beristirehat
Kolam mandi budak
Punca air panas no. 2
Keratan akhbar dipamirkan untuk tatapan pengunjung.
Aku sendiri sempat juga mencuba menggunakan air panas ini....
Pelbagai info untuk faedah pengunjung.

Sunday, July 12, 2009
Sebaik-baik rezeki ialah makanan yang halal.
Saiyidina Ali bin Abu Talib bukan sahaja terkenal sebagai seorang pahlawan yang gagah berani tetapi juga seorang yang tabah menghadapi kesusahan dan perjuangan hidup.
Pernah suatu ketika beliau menceritakan kisah penderitaannya menahan lapar yang tidak terperi. Dimana makanan telah kehabisan dirumahnya. Oleh itu ia pun pergilah ke desa-desa di Madinah untuk mencari pekerjaan yang mungkin menghasilkan sedikit rezeki. Ketika ia sampai di suatu desa, Sayyidina Ali pun bertemu seorang wanita yang hendak membasahkan batu-batanya. Beliau meminta supaya pekerjaan itu diberikan kepadanya dengan upah sebiji kurma setiap timba yang ditimbakan.
Sesudah menimba enam belas kali Sayyidina Ali melihat tangannya telah menggelupas, kerana itu beliaupun berhenti dan menghulukan tangannya kepada wanita itu untuk meemperolehi upahnya. Setelah dihitung enam belas biji kurma, belaiu segera pulang kerumahnya. Setibanya dirumah ia mendapati Rasulullah s.a.w. ada didalamnya lalu beliau menceritakan perihal dirinya itu.
Mendengar kisahnya itu Rasullullah s.a.w. merasa gembira sekali lalu makan bersama-sama Saiyidina Ali r.a. baginda lalu bersabda : "Sebaik-baik rezeki ialah yang diperolehi seseorang dengan jalan yang halal dan bersih."

Friday, July 10, 2009
Toner Mata oleh Ainun Terapi. Boleh test, cuma........percuma!
Today Friday July 10th.2009
Selepas hantar anak ke sekolah, singgah pekena roti canai kat tepi longkang besar, lepas tu p market, sambil-sambil tinjau kat Kamunting "rope walk" kat tapak pasar malam, ada sesuatu yang baru dan jarang-jarang kelihatan. Tapi bagiku inilah first time aku nampak depa ni. "Mai abang,cuba percuma saja", kata brader tu dengan sedikit slang ganu. Aku tanya, "Mai dari mana!?", "dari Terengganu, buat promosi 1 bulan kat Giant Taiping, dah habis pun, sekarang ni pusing-pusing pasar malam sekitar Taiping", kata kakak tu yang baru balik beli air minuman.
Apa yang saya maksudkan? nak tahu tengoklah pamplet dibawah. Kalau berhajat boleh cuba, ruang dan peluang sebegini bukan selalu ada, beruntunglah bagi orang yang pandai mengambil peluang keatas ruang yang disediakan......

Thursday, July 9, 2009
Gigi pasang siap
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
Implan gigi rekaan anak tempatan lebih mesra pengguna kerana prosedur ringkas dan tanpa pembedahan
SEKALI pandang, ia tidak ubah seperti skru biasa yang mungkin dianggap ramai sebagai tiada keistimewaannya. Namun inilah 'penyelamat' kepada pelbagai masalah yang dialami ramai - gigi rosak sehingga terpaksa dicabut, sukar mengunyah makanan dan paling penting, boleh menjejaskan ketrampilan seseorang gara-gara kehilangan gigi.
Inilah keunikan gigi tiruan atau implan gigi Novella Ultima yang direka sekumpulan penyelidik diketuai Presiden Persatuan Pergigian Implan Malaysia, Dr Firdaus Hanapiah.
Lebih membanggakan, implan gigi menerusi penyelidikan selama setahun itu adalah hasil titik peluh anak tempatan yang sekali gus menjadikannya implan gigi pertama Malaysia yang dikomersialkan. Walaupun belum dilancarkan sepenuhnya dan hanya akan berada di pasaran dalam tempoh dua bulan dari sekarang, implan gigi itu sememangnya mencuri tumpuan ketika pembentangan kertas kerja mengenainya dibuat pada Seminar Persatuan Implan Pergigian Malaysia (MOIA) di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Hakikatnya, tiada pengganti gigi yang terbaik apabila ia patah atau perlu dicabut tetapi alternatif terbaik yang ada adalah menerusi kaedah menanam implan gigi.
Di seluruh dunia misalnya, ada 250 pengeluar implan dengan setiap satunya mendakwa mereka adalah yang terbaik. Namun, pengiktirafan terbaik itu sebenarnya datang dalam bentuk pakej, reka bentuk implan yang mesra pengguna, kejayaan klinikal dan kejayaan pasaran.
Dr Firdaus menunjukkan implan Novella Ultima direka dengan keutamaan menjana integrasi gusi dan tulang.
Malah sehingga kini, kebanyakan implan yang ada di pasaran tempatan, adalah buatan luar negara.
Jika diamati, implan gigi juga bukanlah baru dalam perubatan pergigian, sebaliknya ia sudah diperkenalkan sejak 1960-an. Lalu apakah istimewanya implan gigi buatan Malaysia ini berbanding produk implan gigi yang lain?
Dr Firdaus berkata, Novella Ultima berharga lebih murah berbanding implan konvensional, ia juga lebih ‘mesra pengguna’ selain prosedur pemasangannya yang ringkas. Berbanding produk sedia ada yang membabitkan pemasangan implan gigi dua keping, Novella Ultima sebaliknya cuma satu keping.
“Novella Ultima ini dihasilkan dengan keutamaan menjana integrasi gusi dan tulang, sekali gus menguatkan kawasan gusi yang dipasang dengan implan,” katanya.
“Kebanyakan mereka yang memasang implan, memilih implan pasang segera kerana ia mudah dan pemasangan gigi kekal juga dapat dibuat lebih cepat berbanding prosedur lain,” katanya.
Dr Firdaus berkata, implan pasang segera menjadi pilihan 70 peratus pengguna. Namun, mereka yang mengalami masalah gusi (seperti gusi berdarah) atau tulang rapuh tidak boleh menggunakan prosedur ini. Ini kerana tulang gusi mungkin tidak cukup kuat atau nipis untuk menampung implan dan gigi kekal yang dibuat daripada porselin.
Jelasnya, ada perbezaan antara implan Novella Ultima dengan implan konvensional. Pertamanya, implan gigi yang ada sekarang kebanyakannya adalah implan dua keping (two piece implant). Justeru, apabila implan ditanam pada tulang gusi, pengguna akan memakai gigi palsu untuk tidak mencatatkan penampilan dan menutup implan yang ditanam.
Bagaimanapun, dari segi fungsinya, gigi palsu tidak praktikal. Ia mengehadkan keupayaan pengguna untuk mengunyah, menyiat dan menggigit makanan.
Namun, menerusi implan satu keping (one piece implant) Novella Ultima, sebaik implan ditanam, gigi sementara yang dibuat khas mengikut acuan gusi pengguna dan boleh berfungsi sebaik selesai prosedur. Pengguna boleh menikmati makanan sejuk atau panas tanpa risau akan menjejaskan gigi sementara.
“Implan konvensional juga menggunakan skru. Tugasnya pemasangannya agak rumit. Skru digunakan bagi menguatkan tulang gusi kerana implan dikhuatiri bergoyang dan tidak cukup kuat menampung implan dan gigi kekal,” kata Dr Firdaus.
Namun, berdasarkan penyelidikan yang dibuat sendiri oleh Dr Firdaus mendapati, jika tulang gusi kuat dan implan titanium dikasarkan buatannya, ia boleh menekan kawasan gusi terbabit dan mejadikannya terlekat kuat pada gusi.
Dari segi rekaan pula, jika dulu di tepi leher implan konvensional ada lebihan yang diruncingkan bagi menyangkut implan pada gusi, tetapi pada implan baru ini lebihan itu dibuat berbentuk empat segi bagi menguatkan lagi tautannya pada gusi.
Disebabkan implan berfungsi sebagai alternatif gigi asal yang rosak, panjang implan adalah berdasarkan panjang akar gigi yang akan diganti. Umumnya akar gigi orang dewasa adalah antara lapan hingga 15 milimeter dengan lebar antara 3.3 mm hingga 6 mm.
'Fungsi kuat menyamai gigi kekal'
DIREKA berdasarkan konsep implan pasang segera (immediate loading procedure), memungkinkan pembedahan gusi tidak diperlukan. Prosedur begini memudahkan pesakit dan menjadi antara pilihan utama pengamal perubatan pergigian.
Implan pasang segera bermaksud implan yang ditanam sejurus selepas gigi yang perlu diganti itu, dibuang. Manakala prosedur implan tertunda dan prosedur implan lewat pula mengambil masa sekitar tiga minggu selepas gigi dicabut sebelum pemasangan implan berkenaan.
Menerusi prosedur pasang segera, gusi yang ditanam implan kemudiannya diacu dengan acuan gigi bagi mendapat bentuk dan ukuran gigi yang tepat. Proses ini bagi membolehkan gigi sementara dihasilkan dan dipasang di atas implan. Selepas prosedur itu, pesakit sudah boleh meneruskan aktiviti harian termasuk menikmati pelbagai hidangan makanan.
Apa yang istimewa, gigi sementara yang dipasang di atas implan Novella Ultima ini boleh berfungsi seperti biasa. Pengguna boleh mengunyah dan menggigit makanan tanpa perlu risau.
Dalam tempoh sembilan minggu, gigi sementara itu dikeluarkan dan sekali lagi acuan pada gusi dibuat dan kali ini untuk mendapatkan ukuran dan bentuk gigi kekal. Dalam masa lima lima ke tujuh hari kemudian, gigi kekal dipasang dengan disimen pada implan.
Pemasangan implan gigi
Langkah pertama: Meletakkan implan. Sebaik gigi yang perlu diganti itu dibuang, pesakit dibius. Doktor akan menanam implan terus ke tulang rahang. Tiada pembedahan gusi diperlukan.
Langkah kedua: Penggunaan gigi sementara. Selepas implan dipasang, doktor gigi akan mengacu rahang bagi menghasilkan gigi ganti kekal (permanent crowning). Doktor gigi akan membentuk gigi sementara (bagi menutup implan) yang membantu penampilan anda sementara gigi kekal dipasang.
Langkah ketiga: Meletak gigi ganti kekal. Selepas sembilan minggu, tulang gusi semakin kuat berintergrasi dengan implan. Gigi sementara diganti dan gigi kekal diletakkan. Kekuatan dan fungsinya hampir sama dengan gigi kekal.
Info
Implan gigi
Gigi alternatif seperti implan sudah dimulakan sejak ribuan tahun lalu. Peradaban pra-kolumbia Maya sudah memulakannya sebelum Per-Ingvar Brånemark (bapa pergigian moden dunia) memulakan penyelidikan tentang implan titanium 1,350 tahun selepas itu.
Uniknya, Brånemark bukan pun doktor gigi. Sebaliknya, pakar bedah ortopedik dari Sweden yang mendapati titanium dan tisu hidup boleh berinteraksi dengan baik. Penemuan itu sebenarnya dibuat secara tidak sengaja!
Implan gigi tidak sama dengan gigi palsu. Implan bertindak sebagai akar kepada gigi yang hilang. Ia akan ditanam dalam gusi sebelum gigi yang diperbuat daripada porselin dilekatkan di atasnya. Implan boleh digunakan sama ada untuk tulang gusi atas atau bawah. Implan boleh bertindak menganti sebatang gigi atau sebarisan gigi dalam masa yang sama. Namun, pemasangan implan tidak boleh melebihi 11 batang.
Ada beberapa jenis implan dan antara yang popular ialah implan menyerupai akar (root shape implant) dan implan satu keping (one piece implant).

Tuesday, July 7, 2009
Monday, July 6, 2009
Gambar-gambar kenangan.
Sebahagian pekan Rantau Panjang Kelantan
Antara produk yang dipasarkan di pekan Rantau Panjang.
"Benda" yang begitu popular digunakan peniaga untuk menyangkut pakaian yang dipamirkan untuk jualan. Kebiasannya "benda" ni digunakan oleh tukang masak untuk membakar ikan.
Pengaruh negara jiran begitu kuat disini.
PCB - Dulu, Pantai Cinta Berahi, kini dan selamanya, Pantai Cahaya Bulan.
Hadiran ombak lesu memukul pantai di PCB.
Rombongan kami begitu teruja dengan PCB.
Hanya memerhati dari jauh kerana pada masa itu kelihatan hari nak hujan.
Rizal dengan pose yang istimewa, renungannya penuh bermakna, mungkin dihatinya tertanya-tanya, adakah sambutan begini hebat bila bertandang ke Pahang nanti?
Jentera-jentera ini awal-awal pagi lagi telah dikerah bekerja dari Wakaf Baru ke PCB.
Keindahan PCB yang tak perlu dipertikaikan lagi..
Abang Kie dan Rahim, antara 'orang ganu' yang hadir ketika kenduri menyambut pengantin di Tumpat tempohari.
Rombongan sebelah pengantin perempuan dengan sebahagian buah tangan pada hari 'menyambut' tersebut.
Kedua mempelai sedang asyik menyaksikan aksi silat gayung yang sedang dipersembahkan.
Setelah selesai memenuhi jemputan kenduri menyambut, kami telah bergegas ke Kuala Terengganu, di "homestay" ini rombongan kami menginap untuk malam jumaat tersebut.
Walaupun tuan punya "homestay" membenarkan kami "stay" hingga selepas solat jumaat, namun pagi-pagi lagi kami semua telah "check-out" untuk pusing-pusing KT.
Kelihatan bangunan Lembaga Tabung Haji ditengah bandar Kuala Terengganu.
Setelah penat pusing-pusing Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Abah,Rizal, Idris dan Firdaus kelihatan letih dan berehat disekitar Taman.
Negara digemparkan dengan peristiwa Stadium Sultan Mizan yang mengalami keruntuhan bumbung. Oleh kerana kami berada di KT, stadium ini menjadi agenda lawatan kami pada hari itu.
Sebelumnya aku hanya melihat suasana ini di Internet atau paper saja, tetapi pada 11hb. Jun aku melihat dengan mata kepala ku sendiri mengenai keruntuhan ini. Aku sendiri menganggarkan bumbung yang runtuh adalah 2/3 dari keseluruhan bumbung.
Pantai Teluk Ketapang, satu lagi tempat menarik lagi mendamaikan di sekitar Kuala Terengganu.
Kelihatan medan selera di pantai Batu Buruk, deretan gerai makan yang banyak yang memberi gambaran kepada kita bahawa tempat ini memang menjadi tumpuan pelancung. Yang menarik Pantai Batu Buruk adalah suasana malamnya yang dilimpahi lampu, anda boleh berehat disana tanpa ada sebarang masalah.
Pasar Payang, tempat yang popular, yang setiasa menjadi destinasi setiap rombongan, pendek kata kalau tak ke sini tak lengkaplah sesuatu "trip" ke KT.
KT yang begitu pesat membangun, yang sesuatu ketika dulu sempat "membangun bersama Islam", tapi jodoh tak panjang, mungkin lepas ni boleh rujuk balik....
Pembangunan infrasrtuktur dan prasarana disamping pembangunan insan.
Replika jagung, mercu tanda Kampung Gaung, Kuala Berang.
Jalan atau lebuhraya tanpa tol Kuala Berang Gua Musang (dengan melalui Kenyir dan Felda Aring). Setelah melalui laluan ini selama hampir 3 jam, anda akan keluar di Jalan Gua Musang Kota Bharu di Felda Chiku. Disini jaraknya ke Gua Musang adalah tak lebih 60km, untuk ke Kota Bharu lebih kurang 160km dan ke Kuala Lumpur 300km lebih. Hanya satu foto yang sempat di "snap" ketika menggunakan jalan ini kerana bateri kamera yang "weak". Sahabat sekerja Saudara Aziz Alun bergitu berminat dengan jalan ini, katanya laluan ini adalah laluan baru.
Pusat pentadbiran Bandar Gua Musang.
Apakah ini? mungkin serbuk perasa yang begitu popular di Kelantan, teringat aku suatu ketika dulu sewaktu singgah makan di Tanah Merah, serbuk perasa jenama ini juga aku ketemui. Aku tidak mengambilnya kerana tak yakin dengan status halalnya. Orang kelantan mungkin arif tentangnya, tapi tidak aku.....
Sekarang kami sedang memasuki laluan Gua Musang - Cameron Highland.
Antara suasana yang dapat aku rakamkan, "first time" aku menyusurinya.
Suasana sekelilingnya yang tidak begitu asing bagiku, kerana jika anda pernah melalui jalan Timur Barat atau jalan Sumpitan Ijok maka jalan ini tidak begitu "extreme" berbanding jalan-jalan yang aku sebutkan tadi.
Perjalanan yang begitu selesa kerana tidak banyak kenderaan, tetapi terfikir dibenakku, sekiranya berlaku sesuatu kerosakan pada kenderaan, apakah "solution" terbaik???.....
Boleh tahan juga bilangan rakaman yang aku ambil, sehingga kini dah tak tahu apa lagi yang nak diulas.....
Anda tengoklah sediri, alangkah bermakna sekiranya begini banyak foto yang dapat aku "snap"kan ketika melalui jalan Kuala Berang Gua Musang (Kenyir).
Lagi.....
Lagi.....
Dan lagi...
Kini hampir tiba kawasan Lojing...
Lojing....
Lojing...
Lojing lagi....
dan Lojing.
Dipuncak Cameron Highland.
Teman setia sepanjang jalan. Suatu "Trip" yang menarik, yang tidak dirancang dengan begitu teliti agendanya, main redah aje. Abah, seorang "retired army" merupakan "mastermind" dalam "trip" ini, aku ikut saja. Nasib baik "teman"ku tak buat hal yang serius, walaupun semasa di Marang telah dikenal pasti beliau mengalami sedikit masalah, nasib memang baik masalah "settle" dalam masa yang begitu singkat dengan kos yang begitu terhad. Setelah dihitung tak lebih dari 1500km perjalanan pada 10hb. hingga 13hb. Jun 2009 yang lalu. Perjalanan Kamunting, Lubuk Merbau, Gerik, Jeli, Rantau Panjang, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Marang, Kuala Berang, Gua Musang, Cameron Highland, Simpang Pulai, Ipoh dan Kamunting. Aku berasa begitu bangga dengan "performance"nya, tak rugi aku memiliki dan me"mekap"nya. Lebih 10 tahun perkhidmatannya, dengan umurnya hampir 30 tahun, adakah berbaloi ianya ku campakkan ke dalam pakej RM5000.OO? Oh! Mungkin Tidak!...tidak mungkin....
Ketika dipuncak "Tanah Tinggi"
Ketika di PCB.

Subscribe to:
Posts (Atom)