Asam Jawa, asalnya tidak diketahui, adakah ianya ada kaitan dengan Tanah Besar Jawa pun tidak pasti, walaupun begitu Asam jawa ini sangat berguna kepada manusia.
Asam jawa mengandungi nalai kalori239 kal setiap 100gm2.8 protein, lemak 0.6gm, kalsium 74mg, fosfor 113mg, zat besi 0.6mg, vitamin A, B1 dan C. Kulit bijinya pula mengandungi pholabatannin dan bijinya mempunyai albuminoid.
Proses penanaman cukup mudah iaitu dengan mencampakkan bijinya yang telah diperah airnya, dalam masa 2, 3 hari ia akan tumbuh, selepas itu pokok akan membesar dan berbuah tanpa perlu penjagaan yang rapi. Pokoknya boleh bertahan hingga 100 tahun.
Pemilik nama saintifik Tamarindus Indica L ini dipercayai boleh menjadi penawar kepada beberapa jenis penyakit seperti sakit kerongkong, batuk, lemah badan, sembelit, keracunan alkohol, pitam dan kanser payu dara.
Manakala penyakit gatal-gatal,bisul, sakit kuning, sukar tidur malam boleh disembuhkan dengan menggunakan daunnya, selain itu ia juga boleh bertindak sebagai antiseptik.
Dalam seni kecantikkan, ia berfungsi sebagai scrub untuk menghaluskan kulit. Cubalah mengamalkannya selalu pasti kulit anda menjadi gebu dan halus seperti kulit bayi. Bagaimana? mudah saja, campurkan sekepal asam jawa (sebesar bola pingpong) yang telah dibuang bijinya dengan sesudu besar tepung ubi, tambahkan sedikit air , kacau rata sehingga menghasilkan larutan pekat. Sapukan pada muka yang telah dibasuh. Biarkan hingga 15 minit dan tanggalkan setelah ia kering. Cuci muka dengan air sejuk, amalkan seminggu sekali, insya allah kulit muka anda akan tegang, bersih, lembut, halus dan gebu.
Bancuh asam jawa dengan gula merah dan diminum setiap hari pagi dan petang untuk menyembuhkan batuk, selsema dan lemah-lemah badan.
Selain dari itu asam jawa juga berfungsi melancarkan peredaran darah dan menyingkirkan kotoran yang mengganggu peredaran oksigen, membuang karbon dioksida dalam darah seterusnya efektif mengubati bisul dan jerawat.
Bancuhkan asam jawa dengan sedikit air dan sapukan disekeliling tempat yang sakit, jerawat akan kecut dan tanpa meninggalkan kesan hitam dan bisul akan segera pecah tanpa dipicit serta mengurangkan rasa sakit, ini adalah kesan daripada penggunaan bancuhan asam jawa tadi.
Bagi wanita yang menghadapi keputihan dan kesakitan semasa haid bolehlah megamalkan pengambilan air asam jawa.
Daun dan kulit pokok asam jawa juga sangat berguna sebagai ubat. Air rebusannya dapat menyembuhkan gatal-gatal kulit, alahan dan kesukaran membuang air besar. Daun yang muda yang mengandungi tartrat dicampurkan dengan kunyit, direbus kemudian diminum. Hasilnya ia akan menyegarkan badan serta mampu merangsang selaput lendir pada dinding tenggorok, perut dan usus.
Kegunaan asam jawa sangat banyak dan antara yang paling popular sebagai perubatan tradisional kampong adalah untuk menurunkan suhu badan ketika demam. Itupun bergantung kepada kita sendiri samada mahu menggunakannya atau tidak kerana untuk mendapat asam jawa tidaklah sukar. Namun begitu ada setengah petua perlu menggunakan buah asam jawa yang ditanam sendiri dan tempoh matangnya yang munasabah.
penipu la!!!
ReplyDelete