Tuesday, November 17, 2009
Menghampiri Bulan Haji (Hadis-hadis Rasulullah mengenai Ibadat Haji.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
" Zahid bin Arqam datang, laku ditanya oleh Abdullah bin Abbas tentang daging buruan yang dihadiahkan orang kepada Rasulullah s.a.w. ketika beliau sedang ihram."Jawab Zaid :"Pemberian itu ditolak oleh Baginda dengan ucapan:"Kami tidak boleh memakannya ketika sedang ihram." (Sahih Muslim)
Ibnu Umar r.a. berkata Rasullullah s.a.w. bersabda:
" Islam didirikan atas lima perkara, iaitu ucapan dua kalimah syahadat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa dibulan Ramadhan." (Mutafaq 'alaih")
Dari Salim r.a. dari bapanya dari Nabi s.a.w. sabdanya :
" Ada lima macam binatang merbahaya, tidak berdosa membunuhnya walau di Tahah Haram sekalipun ketika ihram iaitu tikus, kala jengking, gagak, helang dan anjing gila.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. solat subuh di Dzi Thuwa dan tiba di Mekah pada tanggal 4 Dzul-hijjah, lalu beliau menyuruh para sahabatnya supaya menukar niat mereka dengan umrah kecil kecuali bagi orang yang membawa haiwan korban." (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. melakukan Tawaf Qudum untuk Haji dan Umrah, beliau berlari-lari kecil tiga putaran dan berjalan empat putaran. Kemudian baginda solat dua rakaat (di makam Ibrahim) dan sesudah itu sa'i antara Safa dan Marwah." (Sahih Muslim)
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
" Tatkala Rasulullah s.a.w. tiba di Mekah, mula-mula baginda datangi Hajarul Aswad lalu beliau cium. Kemudian beliau berjalan ke kanan lalu berlari-lari kecil tiga kali putaran dan berjalan kaki empat putaran." (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Buhainah r.a. katanya :
"Nabi s.a.w. pernah berbekam ditengah-tengah kepalanya dalam perjalanan ke Mekah padahal baginda sedang ihram." (Sahih Muslim)
Dari Al Bara' bin Azib r.a. katanya Rasullullah s.a.w. bersabda :
" Mula-mula kita lakukan hari ini ialah solat. Sesudah itu menyembelih korban. Sesiapa melakukan seperti ini sesungguhnya ia melakukan sunnahku dengan tepat. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, ia merupakan daging biasa diberikan kepada keluarganya, bukan ibadah korban." (Sahih Muslim)
Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya :
" Rasulullah s.a.w. bermalam di Zulhulaifah, dimana beliau memulai ihram dan beliau solat di masjidnya." (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Orang banyak diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya melakuka tawaf terakhir di Baitullah sebelum pulang, kecuali yang diberikan keringanan (perempuan yang haid)." (Sahih Muslim)
Dari Nurbaisyah Al Hudzali r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda "
" Hari-hari Tasyrik (11,12 & 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan dan minum." (Sahih Muslim)
Dari Abdullah Bin Umar r.a. katanya :
" Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menyentuh Baitullah melainkan paca dua sudut iaitu Hajarul Aswad dan sudut Yamani." (Sahih Muslim)
Dari Anas Bin Malik r.a, katanya :
"Nabi s.a.w. pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri, dan saya juga berkorban dengan dua ekor biri-biri." (Sahih Muslim)
Dari Uqbah bin Amir Al-Juhaini r.a. katanya :
" Nabi s.a.w. membahagikan binatang korban kepada para sahabatnya. Uqbah sendiri hanya mendapat seekor kambing muda. Ia berkata Ya Rasulullah! Saya mendapat kambing yang muda." Jawab Rasulullah, "Berkorbanlah dengan kambing itu." (Sahih Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment