Jintan hitam mempunyai banyak khasiat , banyak digunakan oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai penyakit. Dikenali dengan nama Latinya Nigella Sativa L adalah dari suku Ranunculaceae. Selain dari itu ia juga dikenali dengan nama yang sangat bervariasi di berbagai tempat seperti Black Cummin, Black Seed, Habatul Barakah, Habatussauda, dan Blessed Seed (biji yang diberkati) .
Biasanya ditanam di daerah pergunungan, dihalaman rumah atau di ladang-ladang sebagai tanaman rempah-rempah. Ianya boleh tumbuh liar sehingga ketinggian 1100 meter dari paras laut. Jintan hitam atau jintan hitam pahit adalah biji berbentuk kerucut berwarna kehitaman yang dihasilkan oleh tanaman berbatang lembut berbunga kuning.
Sejak zaman Rasulullah s.a.w. jintam hitam pernah digunakan sebagai sumber perubatan.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim menceritakan Abu. Hurairah r.a. berkata, “tetaplah dengan Habbah Al Sawdah (jintan hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit kecuali Al-sam atau maut.”
Mengandungi bahan-bahan seperti minyak tepu dan tidak tepu, minyak-minyak asas, (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, saponin dan Asid Amino.
Terdapat 7 ciri-ciri utama yang boleh diperolehi drai Jintan Hitam ;
1.Ciri-ciri Pemakanan
- kaya dengan monosaccharide, glukosa, xylos
- Polysaccharide
- Asid lemak yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA).
- Amino asid yang membentuk protein.
- Karotene iaitu sumber vitamin A
- Kalsium, zat besi.
2. Ciri kesihatan dimana Jintan Hitam dapat meningkatkan sistem imunisasi badan.
3. Ciri sebagai anti histamen dimana bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast didalam badan yang menyebabkan alahan. Ia bertindak dengan menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang menetang penghasilan histamine. Dipercayai dapat mengubati penyakit asma dengan pengambilan secara berterusan.
4. Ciri anti bakteria dimana ia boleh mengawal bacteria sepeti E.coli, V.cholera, dan sepsis Shigella. Masalah cirit-birit dan sakit dalam perut boleh diatasi dengan mengambil jintan hitam sebagai ubat.
5. Ciri menghalang pembentukan sel tumor.
6. Ciri anti radang dengan tindakan mengurangkan bengkak kaki, pesakit asma ia dapat mengurangkan radang dalam paru-paru, eczema (alahan yang disebabkan gatal, kulit merah) dan juga arthiritis (bengkak sendi)
7. Ciri menggalakkan pengeluaran susu ibu melalui kombinasi lemak dan hormon.
Kegunaaan Jintan Hitam
1. Mengelakkan perut kembung pada bayi yang baru lahir dengan cara membungkus jintan hitam dengan kain dan ikat. Bungkusan ini dituam diatas api atau pelita dan tuam pada bahagian perut, betis, tapak kaki dan buah zakar. Ia mesti dilakukan selama 40 hari setiap kali selepas mandi.
2. Bagi orang dewasa ia berguna untuk dituam dibahagian perut dan bahagian-bahagian tertentu untuk mengubati sengal-sengal tulang, sakit kepala dan kecederaan dibahagian hidung.
3. Mengurangkan paras kolestrol dengan memakan 7 biji jintan sebelum dan selepas tidur setiap hari.
4. Menjadi ubat kepada penyakit kencing tidak lawas dan haid tidak lancar dengan menggoreng tanpa minyak dan dijadikan serbuk lalu diminum dengan air panas dan madu.
5. Untuk mengubati resdung, jintan boleh ditumbuk, dibungkus dengan kain dan dihidu berkali-kali secara berterusan. Selsema dan kelancaran pernafasan juga boleh diatasi.
6. Bagi menghilangkan penyakit demam selsema dan sakit tekak, campurkan serbuk jintan dengan perahan limau nipis dan satu sudu besar madu lalu diminum.
No comments:
Post a Comment