Wednesday, November 18, 2009
Sempena bulan Haji (Firman-firman Allah swt dalam Al Quran mengenai Ibadat haji.
Erti bulan Dzulhijjah
Dzul : ertinya yang empunya, Hijjah : beerti haji
Dalam bulan ini umat manusia sejak nabi Adam melakukan ibadat haji.
"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah, maka sekiranya kamu dikepung (terhalang dari menyempurnakannyasedang kamu sudah berihram, bolehlah bertahallul seta sembelihlah dam yang mudah didapati." (Surah Al-Baqarah Ayat 196)
" Masa untuk mengerjakan ibadat haji itu ialah beberapa bulan termaklum. Oleh iyu siapa yang mewajibkan dirinya mengerjakan ibadat haji itu maka tidak boleh mencampuri isterinya, membuat maksiat dan bertengkar." (Surah Al. Baqarah : Ayat 197)
"Sesungguhnya Safa' dan Marwah ialah sebahagian dari syiar (lambang) agama Allah. Swsiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, tiadalah menjadi kesalahan ia bersai'" (Surah Al-Baqarah :Ayat 158)
"Dan tiap-tiap umat Kami syariatkan ibadat menyembelih korban supaya mereka bersyukur akan pengurniannya kepada mereka, binatang-binatang ternak yang disembelih itu." (Surah Al-Hajj: Ayat 34)
"Allah menjadikan Kaabah rumah yang mulia itu sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadah dan soal-soal kehidupan)." (Surah Al-Maidah : Ayat 97)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram." (Surah Al-Maaidah : Ayat 95)
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjaan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah tuhanmu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datangnya dari berbagai ceruk yang jauh." (Surah Al-Hajj : Ayat 27)
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sesekali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu." (Surah A-Hajj : Ayat 37)
Tuesday, November 17, 2009
Menghampiri Bulan Haji (Hadis-hadis Rasulullah mengenai Ibadat Haji.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
" Zahid bin Arqam datang, laku ditanya oleh Abdullah bin Abbas tentang daging buruan yang dihadiahkan orang kepada Rasulullah s.a.w. ketika beliau sedang ihram."Jawab Zaid :"Pemberian itu ditolak oleh Baginda dengan ucapan:"Kami tidak boleh memakannya ketika sedang ihram." (Sahih Muslim)
Ibnu Umar r.a. berkata Rasullullah s.a.w. bersabda:
" Islam didirikan atas lima perkara, iaitu ucapan dua kalimah syahadat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa dibulan Ramadhan." (Mutafaq 'alaih")
Dari Salim r.a. dari bapanya dari Nabi s.a.w. sabdanya :
" Ada lima macam binatang merbahaya, tidak berdosa membunuhnya walau di Tahah Haram sekalipun ketika ihram iaitu tikus, kala jengking, gagak, helang dan anjing gila.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. solat subuh di Dzi Thuwa dan tiba di Mekah pada tanggal 4 Dzul-hijjah, lalu beliau menyuruh para sahabatnya supaya menukar niat mereka dengan umrah kecil kecuali bagi orang yang membawa haiwan korban." (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. melakukan Tawaf Qudum untuk Haji dan Umrah, beliau berlari-lari kecil tiga putaran dan berjalan empat putaran. Kemudian baginda solat dua rakaat (di makam Ibrahim) dan sesudah itu sa'i antara Safa dan Marwah." (Sahih Muslim)
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
" Tatkala Rasulullah s.a.w. tiba di Mekah, mula-mula baginda datangi Hajarul Aswad lalu beliau cium. Kemudian beliau berjalan ke kanan lalu berlari-lari kecil tiga kali putaran dan berjalan kaki empat putaran." (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Buhainah r.a. katanya :
"Nabi s.a.w. pernah berbekam ditengah-tengah kepalanya dalam perjalanan ke Mekah padahal baginda sedang ihram." (Sahih Muslim)
Dari Al Bara' bin Azib r.a. katanya Rasullullah s.a.w. bersabda :
" Mula-mula kita lakukan hari ini ialah solat. Sesudah itu menyembelih korban. Sesiapa melakukan seperti ini sesungguhnya ia melakukan sunnahku dengan tepat. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, ia merupakan daging biasa diberikan kepada keluarganya, bukan ibadah korban." (Sahih Muslim)
Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya :
" Rasulullah s.a.w. bermalam di Zulhulaifah, dimana beliau memulai ihram dan beliau solat di masjidnya." (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Orang banyak diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya melakuka tawaf terakhir di Baitullah sebelum pulang, kecuali yang diberikan keringanan (perempuan yang haid)." (Sahih Muslim)
Dari Nurbaisyah Al Hudzali r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda "
" Hari-hari Tasyrik (11,12 & 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan dan minum." (Sahih Muslim)
Dari Abdullah Bin Umar r.a. katanya :
" Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menyentuh Baitullah melainkan paca dua sudut iaitu Hajarul Aswad dan sudut Yamani." (Sahih Muslim)
Dari Anas Bin Malik r.a, katanya :
"Nabi s.a.w. pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri, dan saya juga berkorban dengan dua ekor biri-biri." (Sahih Muslim)
Dari Uqbah bin Amir Al-Juhaini r.a. katanya :
" Nabi s.a.w. membahagikan binatang korban kepada para sahabatnya. Uqbah sendiri hanya mendapat seekor kambing muda. Ia berkata Ya Rasulullah! Saya mendapat kambing yang muda." Jawab Rasulullah, "Berkorbanlah dengan kambing itu." (Sahih Bukhari)
Monday, November 9, 2009
Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS)
Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) adalah suatu hari khas yang disambut pada 8 November setiap tahun, bagi memperingati peranan dan sumbangan Jururancang Bandar dalam pembangunan mampan dan mewujudkan persekitaran kehidupan berkualiti. Sambutan ini telah bermula sejak 56 tahun lalu, untuk mengingati betapa pentingnya
Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa di dalam membina persekitaran dan kualiti hidup yang sempurna dan selesa. Kini HPBS disambut di hampir 30 buah negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Sejak 1988, sambutan hari ini telah menjadi acara tahunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia. Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009 akan disambut pada 9 November 2009.
Pembangunan Mampan - Rakyat Didahulukan sebagai tema sambutannya untuk tahun 2009.
Subscribe to:
Posts (Atom)