Monday May 4 2009, about 9pm.
Baru sampai di kediaman sendiri setelah beberapa hari meninggalkannya kerana memenuhi jemputan sambutan hari keluarga Tuan Haji Dahalan di Port Dickson NS Darul Khusus.
Sambutan tersebut yang bermula pada penghulu segala hari,hari Jumaat bertempat di Bougainvilla Resort. Lebih kurang pukul 1pm aku sekeluaraga tiba di kawasan PD, setelah beberapa jam mengharungi jalan kampung dari Bangi, Sepang dan PD, singgah di sebuah kedai makan untuk makan tengahari. Sebelum itu telah menunggu disana Abah, Mak, Akak Linda sekeluarga dan Rizal, apabila kami tiba maka 'complete'lah keluarga Yeob.
Setelah makan, 2.00pm check in kat Bougainvilla Resort. Pak Yang sudah berada disana sejak pagi lagi, diikuti Cik Mah dan Pak Cik Pin sekeluarga. Cik Su juga sudah tiba sebelum kami. Tiada aktiviti pada sebelah petang, semua orang dengan aktiviti bebas, ada yang mengambil kesempatan berehat setelah mengharungi perjalanan jauh, dibawah mentari terik dan cuaca panas. Ada juga yang berjumpa dengan saudara mara yang baru sampai dan bertanya khabar.
Aku sendiri hanya berehat dibilik sambil memerhati staff resort membaiki kipas yang tidak berfungsi di bilik keluarga 'Yeob', biasalah ada barang-barang berharga yang perlu dipantau. Anak-anak aku begitu teruja dengan kolam mandi, berkali-kali meminta untuk mandi, tetapi aku tidak benarkan kerana cuaca yang sangat panas. Setelah cuaca agak redup aku membenarkan anak-anak bermandi di kolam, disamping itu aku juga bersiap untuk ke pantai. Ikhwan telah berlalu sebentar tadi.
Dipantai aku mencari lokasi terbaik untuk mandi, disuatu lokasi agak orang ramai, kelihatan ombak tidak jemu-jemu menghempas pantai disana, sedangkan lokasi yang sedang aku mandi ketika itu, ombaknya agak lesu dan berbatu didasarnya. Aku mengajak Ikhwan beredar dari situ dan menuju ke tempat tumpuan tersebut. Disana kami bermandi-manda, tak lama kemudian Shukri joint sama. Lebih kurang 1 jam kami berada disana, Shukri dan Ikhwan mengadu mengalami gatal-gatal pada tangan dan badan, tetapi aku tidak merasa apa-apa,"mungkinkah obor-obor"? tanya ku kepada mereka. Aku bertindak selamat dan tidak mahu mengambil risiko, lalu mengajak mereka balik ke penginapan. Lagipun sudah agak lama mandi, jadi untuk mengelak dari sesuatu yang tidak diingini berlaku, itulah tindakan yang terbaik.
Setelah puas dipantai, kini kami mandi lagi di kolam Resort, kelihatan ramai saudara mara yang sedang mandi, anak-anak aku dan saudara sebaya mereka yang terlebih dulu mandi masih belum jemu walaupun kolam mandi bukan asing bagi mereka. Hampir satu jam juga aku 'belasah' kolam ni. Itupun setelah 'announcement' dibuat oleh Chu Din, "Perhatian semua, pada tepat pukul 7pm semua orang dikehendaki berkumpul ditempat berehat berhampiran tempat BBQ untuk majlis taklimat ringkas", jerit Chu Din melalui hailer kepunyaanya.
Suatu taklimat ringkas mengenai aktiviti sepanjang kami berada di Resort tersebut diperincikan oleh Chu Din, beliau juga menekankan bahawa taklimat dibuat pada waktu tersebut adalah untuk memberi peluang kepada semua ahli keluarga menikmati suasana "sunset" disitu, yang mana tidak ada ditempat lain. Disamping itu aspek keselamatan juga dititik-beratkan memandangkan ramai budak yang menyertai program ini.
Setelah tamat taklimat semua beredar untuk solat Maghrib di surau. Selepas itu majlis Talil dijalankan untuk Arwah Atuk (Allahyarham Tuan Haji Dahalan) yang diketuai oleh Pak Yang (Cikgu Aziz). Setelah talil, semua hadirin tertumpu di kawasan BBQ untuk makan malam. Suasana ketika itu begitu menarik kerana angin yang henti-henti meniup, hinggakan Ajak dan beberapa orang yang mengendalikan pembakaran ayam tidak perlu meniup atau mengibas api kerana api begitu marak ditiup angin yang begitu kuat. Menu dinner malam tu adalah Nasi Goreng, ayam dan sosej BBQ, ditambah dengan oren ais.
Sejurus selepas makan, acara slideshow bermula di dewan yang begitu sesak dengan hadirin, kelihatan anak kecil menangis kerana susana yang begitu gamat dan panas walaupun ber"aircorn". Acara slideshow ini mengisahkan tentang keluarga Atuk Dahalan, suatu pendedahan untuk generasi baru. Pada suatu ketika ada slideshow yang mendapat perhatian ramai melalui sorakan, maklumlah gambar atuk dan anak-anaknya yang masih muda ketika itu, "black and white" lagi.... Terima Kasih Akak Linda yang menyediakan slideshow tersebut yang pastinya akan mengimbau kembali masa silam bersama Arwah. Bagi ku tiada kenangan aku bersama Atuk kerana semasa hayatnya aku belum hadir dalam keluarga atuk, walaupun begitu aku berbangga menjadi sebahagian dari keluarga atuk..... Al-Fatihah untuk atuk, semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman, insyaallah....
Kegembiraan menikmati slideshow direntap buat seketika, Pak Su Man menerima panggilan dari keluarganya di Karai KK mengenai kematian bapanya. Dengan serta-merta slideshow diberhentikan dan pengumuman dibuat oleh Chu Din untuk semua hadirin. Setelah itu "slideshow totally stopped" sebagai menghormati kesedihan yang dialami oleh keluarga Pak Su Man dan mereka sekeluarga bergegas pulang pada malam itu juga. Kesedihan yang amat ketara dialami oleh Amin kerana terpaksa "pulang awal" disaat kegembiraan menonton slideshow. Bersabarlah Amin, ada rezeki next gathering enjoy puas-puas.
Saturday, May 2 2009
Setelah jaga dari tidur ku tinjau keadaan diluar, didapati hujan renyai-renyai, kelihatan laut samar-samar diliputi awan, ditutupi renyaian hujan. Suasana dingin begitu mencengkam, aircorn dan kipas tidak berguna lagi. Setelah menunaikan kewajipan yang sedikit terlewat aku ke tempat berehat sambil menikmati susana pantai, kelihatan ombak yang kurang bernafsu membelai pantai, kelihatan juga putih sejauh mata memandang laut Selat Melaka, susana begini mengingatkan aku ketika berada di Pulau Pangkor suatu ketika bujangku dulu. Oh.....
Menu sarapan pagi terdiri dari pakej nasi lemak, Bihun goreng dan diiringi minuman kopi, teh dan air suam/panas.
9:00 pagi acara sukaneka yang dikendalikan oleh Eyta bermula. Eyta kelihatan begitu bersemangat mengendalikannya, bakatnya begitu terserlah, keseriusannya membuatkan acara ini berjalan dengan lancar sekali. Sukaneka ini mengemukakan tak lebih dari 10 acara, kalau tak silap. Aku tergolong dalan golongan orang-orang yang mewakili team kuning, disebabkan minat aku yang begitu mendalam terhadap sound system pada hari itu, kebetulan tiada individu khusus untuk mengedalikannya, jadi aku banyak bertumpu kepada sound system sahaja tanpa mengambil bahagian dalam acara sukaneka. Eyta dibantu oleh Rizal, Mamat, Shukri dan Eddie. Team Tomato, Kubis adalah team yang paling menyerlah, mereka memonopoli kejuaraan hampir setiap acara, manakala kumpulan yang selalu menghuni tempat tercorot adalah Sawi. Hampir tengahari acara sukaneka berlangsung.
2.30 petang, Acara treasure-hunt dimulakan, masa yang diberikan adalah dua jam setengah, ini bermakna semua peserta diwajibkan menghantar kertas jawapan pada pukul 5 petang. Team aku diketuai oleh Cik Mah, manakala ahli lain antaranya Akak Linda, Zaharah, Norji dan lain-lain. Acara ini agak mencabar juga, aku pelik bilakah persiapan dibuat oleh jawatankuasa bertugas kerana gulungan kertas soalan dilekatkan dimerata tempat dikawasan resort tanpa pengetahuan kami semua. Syabas diucapkan kepada team ergo-work, kewibawaan anda memang tidak boleh dipertikaikan. Begitulah agaknya anda melakukan kerja seharian di ergo-work yang diketuai oleh Dr. Jalal.
Tepat pada pukul 3.14pm team aku (Team Merah) menyerahkan kertas jawapan kepada Sakinah yang bertindak sebagai "Team Mentor". Terdahulu didapati team Kuning telah menyerahkan kertas jawapan mereka. Selepas acara treasure hunt, acara bebas.
Ketika berehat dibilik sambil memantau anak kecilku tidur, Mizi mempelawa dan mengajar aku membaling bola ragbi kawasan depan bilik penginapan, setelah beberapa ketika mencuba ajaran yang diajarkan Mizi, aku jadi seronok, rupa-rupanya bukan senang untuk membaling bola ragbi, tak kena cara balingan tidak akan mantap dan sukar diterima oleh rakan dengan sempurna. Keseronokan membaling bola ragbi terganggu apabila CHu Lily menyapa dan memberitahu permainan petong atau petaque ada disediakan di lapangan parking. Sememangnya aku pernah bermain permainan ini suatu ketika dulu di Seremban. Sedikit sebanyak aku tahu permainan ini. Permainan ini dibimbing oleh isteri Ayah Chik. Secara tak sengaja berlansung perlawanan tak rasmi antara aku, Nurul dan seorang brader suami kepada ergo-work's staff (I'm sori..... nama tak ingat).
Dalam game tu aku champion, walaupun pada awalnya Nurul kelihatan menyerlah, dia begitu "timing" kerana mendahului hingga point yang ke 11, pada masa yang sama aku hanya ada 6 point. Setelah beberapa balingan aku dapat memintasnya dan menjuarai kejuaraan yang tidak rasmi ini dan tiada hadiah lumayan ditawarkan. Nurul begitu "kaciwa"........ he he he.... sampai matipun dia takkan lupa kekalahan tu.
8.00 malam, Makan malam, menu berat berupa nasi putih, kari daging, ikan goreng bersalut sos, ayam goreng, telur masin dan sedikit sayur. Selepas makan sekali lagi dewan utama menjadi tumpuan kerana majlis penyampaian hadiah acara sukaneka dan pengumuman juara acara treasure-hunt. Yang kalah, yang menang semuanya dapat hadiah kerana kalah menang tak penting, yang penting silaturrahim dapat dieratkan. Untuk acara treasure hunt sukar untuk membuat keputusan juara kerana team kuning dan team merah mendapat point yang sama,jadi soalan tambahan diperlukan untuk membuat penentuan, setelah bebrapa kali melalui soalan tambahan team merah diumumkan juara. Semua ahli team merah termasuk aku sendiri mendapat hadiah berupa beg galas berjenama yang ada nilainya tersendiri.
Acara kemuncak pada malam itu adalah karaoke. The Karaoke Champ adalah Ain dengan lagu Sinaran, manakala the last champ dimenangi oleh Yeob dengan lagu 60an yang menggondol tak tahu apa hadiahnya. Acara penyampaian hadiah dan karaoke deselangi dengan cabutan nombor bertuah dan tukar hadiah. Family day yang lalu aku bagi kopi Radix, kali ini aku dapat hadiah sebungkus Milo dan sekotak teh uncang. TQVM family PC Pin.
Acara malam itu diakhiri dengan penyampaian lagu hit Mawi oleh Mamat dituju khas untuk Opah yang begitu meminati Mawi.
Sunday,May 3 2009,
Macam semalam bangun je pagi, hujan renyai-renyai, sekali lagi aku lepak kat tempat rehat dibawah payung cendawan sambil nonton TV melalui handphone. Selepas tu datang Pak Yang berborak kosong,pastu p sarapan pagi. Selepas makan acara bergambar beramai-ramai didalam dan diluar dewan sebagai kenangan.
Acara mandi, ada yang mandi kolam dan tak kurang juga yang turun ke laut, bercanda di pasiran pantai, ada juga yang naik bot pisang ronda kawasan sekitar. Selepas itu bersiap-siap untuk check-out. Sebelum beredar ke destinasi masing-masing, macam biasalah salam, peluk cium, mohon maaf, mohon restu dan orang yang paling sibuk waktu ini tentulah Cu Din, beliau begitu gembira dan terharu diatas sambutan program family day ini kerana beliau merupakan tonggak utama dan hos sambutan kali ini, aku sempat mengusik beliau,"next time buatlah lagi", kata ku, "doakan murah rezeki, insyaallah kita boleh buat lagi...." katanya.
Pendapatku, kesimpulannya Family day kali ini suksess dan berjaya mencapai matlamat dan tujuannya. Pemilihan lokasi amat sesuai kerana family menginap bersama keluarga masing-masing dan penginapan diatas tanah (bukan bangunan bertingkat) yang mana mudah dalam semua urusan samada mengangkut barang, berinteraksi, memantau keselamatan budak-budak dsb.
Cadangan :
- Next programme, sekiranya kos perlu ditanggung oleh family itu sendiri, dicadangkan diadakan kutipan bulanan.
- Design dan tempah t-shirt sempena program sebagai keseragaman dan kenangan.
Sekian Terima Kasih
http://idccu2008.blogspot.com
Lan
ReplyDeleteDr Jalal ini saudara kau atau belah org tumah kau? Sms aku no hp dia.
Lukman
boleh buat buku citer le Lan. Syabas.
ReplyDeleteWan Liza
abg lan yg jd pengadil ari tue nana ank wa..time tue abg ady x mai lg..
ReplyDelete-maizan-
Ye..correction, AJK bertugas utk sukan adalah Nana Wa bukan Ady.
ReplyDelete~Lynn~