Sunday, May 31, 2009

Hari Tanpa Tembakau Sedunia


Hari Tanpa Tembakau Sedunia 1997

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA pada tahun ini yang bertemakan "Bersatu Untuk Dunia Bebas Tembakau" akan dijayakan pada 31 Mei 1997. Tema pada kali ini amat bermakna sekali memandangkan dunia sejagat sedang menghadapi satu ketika yang amat genting dalam menangani masalah yang berkaitan dengan merokok, khususnya masalah-masalah kesihatan yang teruk serta juga penagihan terhadap tembakau.

Walaupun sejak empat (4) dekad yang lalu gejala-gejala merokok sudah diketahui umum, namun ramai di antara ahli masyarakat masih samar-samar tentang hakikat tersebut. Ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti industri tembakau yang begitu pesat menonjol keghairahan merokok sebagai satu gaya hidup yang berjaya dan sekaligus dapat menarik banyak langganan di kalangan orang dewasa dan kebelakangan ini anak-anak remaja serta golongan wanita. Akhirnya tabiat merokok menjadi satu perkara yang begitu lumrah di dalam masyarakat kita sehinggalah hari ini.

Sungguhpun dalam jangkamasa yang sama, berbagai bukti saintifik telah dapat dikumpulkan, tetapi ianya tidak tersebar luas untuk mengubah budaya merokok di kalangan masyarakat. Malah para penggubal dasar sendiri tidak menampakkan kesungguhan untuk bertindak mengurangkan tabiat merokok berasaskan kepada bukti-bukti tersebut. Akibatnya pada pertengahan abad ke-20 di negara-negara maju sahaja, produk-produk tembakau telah membunuh lebih daripada 60 juta manusia. Lebih ramai lagi nyawa terkorban jika diambilkira negara membangun yang lain termasuklah negara Malaysia.

Kecenderungan ini diramalkan akan berterusan tanpa sebarang tindakan yang berkesan diambil. Adalah dianggarkan bahawa dalam masa tiga (3) dekad lagi lebih kurang 10 juta manusia akan mati setiap tahun akibat produk-produk tembakau dan 70% daripada kematian ini berlaku di negara-negara membangun. Mengikut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. H. Nakajima, kematian yang sia-sia ini bolehlah dianggap sebagai satu keadaan kecemasan pada peringkat global dan ianya berkehendakkan kepada satu tindakan yang bukan sahaja berkesan tetapi pada kadar yang amat segera sekali.

Ini bermakna tidak seorang pun yang terkecuali dalam mengambil langkah untuk menghentikan budaya merokok ini di kalangan masyarakat. Gandingan bahu di antara individu, organisasi dan masyarakat umumnya amatlah diperlukan sekiranya hasrat untuk mencapai sebuah dunia yang bebas tembakau ingin dijayakan. Oleh yang demikian, tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada kali ini amat bererti sekali kepada kita semua.

Sayugia dinyatakan bahawa menangani masalah tembakau bukannya satu perkara yang mudah. Ini memandangkan bahawa industri tembakau itu sendiri mempunyai wang ringgit dan pengaruh yang amat besar kepada banyak kerajaan dan penggubal-penggubal dasar, khususnya di negara-negara membangun. Mereka membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menaja dan mengiklankan barang-barang jenama tembakau secara terang-terangan dan cuba mendapat satu imej positif daripada aktiviti-aktiviti tersebut. Keadaan ini mengelirukan lagi fahaman umum tentang bahaya merokok. Oleh itu tidak hairanlah misalnya aktiviti sukan di negara ini masih ditaja oleh syarikat-syarikat tembakau dengan hasrat membentuk satu pengaruh bahawa merokok itu sealiran dengan aktiviti-aktiviti bersukan. Sedangkan gabungan kedua-dua aktiviti ini sebenarnya amatlah bertentangan antara satu sama lain: merokok memusnahkan kesihatan, bersukan membina kesihatan. Perkara ini telah ditekankan dengan jelasnya pada Hari Tanpa Tembakau Sedunia tahun lalu yang bertemakan "Sukan dan Kebudayaan Tanpa Tembakau", tetapi kesannya di Malaysia tidak ketara.

Dalam hal ini, Pusat Racun Negara mengambil pertimbangan yang agak berat dan sedia bergabung dengan mana-mana pihak untuk menjayakan matlamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Ia memerlukan perkongsian tanggungjawab. Salah satu aktiviti utama yang akan dianjurkan oleh PRN adalah Telekempen Anti-Merokok yang akan dilaksanakan mulai 1 Mei 1997 ini untuk sebulan sehinggalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei 1997. Tujuan telekempen ini adalah untuk membantu mereka-mereka yang merokok berhenti daripada tabiat yang sia-sia ini. Perokok ataupun mereka-mereka yang berminat bolehlah menelefon PRN melalui talian 800-8099 pada waktu pejabat. Selain daripada itu, maklumat-maklumat lanjut disediakan melalui Laman Internet PRN http://prn.usm.my.

Hari Ini : "Hari Tanpa Tembakau"

Sebuah artikel yang dipetik dari Berita Harian sempena hari tanpa tembakau yang disambut diseluruh dunia. Semoga kita semua mendapat iktibar dan menafaat darinya.

Hasil kajian mendedahkan tidak ada kesan pencegahan yang berkesan terhadap perokok

“Merokok mengundang kematian”. Mungkin ungkapan ini sering diperkatakan sehingga kebanyakan daripada anda bosan mendengarnya. Bagi yang merokok, ungkapan seperti ini seolah-olah tidak diendahkan.

Bagaimanapun, anda yang merokok harus ingat bahawa bukan anda saja yang akan menerima kesan atau akibat daripada merokok, malahan mereka yang berada di sekeliling anda terutama keluarga akan menerima kesan yang sama atau mungkin lebih teruk.

Artikel saya minggu lalu mengenai zarah radikal bebas yang memberi kesan negatif kepada tubuh badan sehinggakan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Tetapi zarah radikal bebas ini boleh dielakkan jika anda mengetahui punca pembentukannya yang paling kuat.

Satu daripada punca pembentukan zarah radikal bebas yang paling kuat (dan juga yang paling mudah dielakkan) adalah merokok. Dalam hal ini, toksin yang terkandung dalam asap rokok bertindak sebagai pemangkin untuk membebaskan elektron daripada atomnya, dan dengan itu mewujudkan zarah radikal bebas. Statistik juga menunjukkan hubungan yang jelas di antara kewujudan zarah radikal bebas itu dan kejadian sel kanser.

Walaupun statistik itu membimbangkan, sekurang-kurangnya perokok itu mempunyai pilihan sama ada untuk merokok atau tidak merokok. Orang yang terpaksa menyedut asap rokok orang lain tidak ada pilihan sedemikian. Berikut adalah gejala orang yang terpaksa menyedut asap rokok orang lain berbanding orang yang langsung tidak merokok:
1. Lima kali lebih karbon monoksida disedut
2. Empat kali lebih tar dan nikotin disedut
3. Empat puluh kali lebih karsinogen disedut

Perokok memang mendapat semua gejala ini, kedua-dua kesan secara langsung atau asap baru yang ditambah dengan kesan secara tidak langsung.

Bahan kimia yang disebut di atas, iaitu karbon monoksida, tar dan nikotin, selain bersifat karsinogen, juga meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, menambah risiko arteriosklerosis (penyumbatan jantung dengan kolesterol), dan menambah kejadian darah beku dan trombosis. Lebih dahsyat lagi, bahan kimia itu mengganggu ritma denyutan jantung biasa.

Malangnya, hasil kajian dan statistik, mendedahkan tidak ada kesan pencegahan yang berkesan terhadap perokok. Sebaliknya, mereka dengan megah memberitahu tabiat itu dapat meningkatkan tahap kecerdasan mental, membaiki sistem penghadaman, mengurangkan tekanan mental dan secara keseluruhannya, menghasilkan pendekatan hidup yang lebih menyenangkan dan dengan mudah mengenepikan segala kesan buruk terhadap diri dan orang di sekeliling mereka.

Namun bukan perokok saja patut dipersalahkan kerana tabiat buruk itu. Kalau tidak ada pengilang rokok dan tembakau, rokok tidak akan wujud.

Dr Nakajima, dulunya Ketua Pengarah Perubatan Pertubuhan Kesihatan Dunia, dalam keterangannya baru-baru ini mengatakan “bukan saja di negara maju tetapi juga di negara membangun, kira-kira separuh daripada perokok akhirnya mati akibat penggunaan tembakau. Setiap tahun ketagihan rokok menyebabkan kira-kira 3.5 juta kematian di seluruh dunia dan jumlah itu dijangka bertambah kepada 10 juta setahun pada tahun 2020 dan seterusnya, dan 7 juta daripada kematian itu adalah di negara membangun. Lima puluh peratus daripada kematian yang sia-sia itu kini berlaku kepada orang pertengahan umur (35-69), yang kerugian kira-kira 22 tahun jangka hidup biasa.

”Setiap hari, hampir 10,000 orang mati di seluruh dunia akibat penggunaan tembakau.”

Terdapat pelbagai statistik menunjukkan bilangan perokok dan berapa ramai yang mendapat kesan buruk daripadanya. Apa yang pasti, statistik semakin meningkat. Mungkin pendedahan ini terlalu mudah, namun saya benar-benar percaya bahawa kita yang membuat pilihan sama ada untuk merokok atau tidak. Kita jugalah yang membuat pilihan untuk berhenti. Selepas anda mendapat kekuatan untuk berhenti merokok, gunakan kekuatan dalaman dan azam untuk kekal demikian dan yakinlah bahawa anda membuat pilihan yang betul.

Saya mempunyai impian melihat Malaysia bebas daripada rokok. Bukan untuk kebaikan saya tetapi demi anak-anak dan demi generasi akan datang. Alangkah baiknya jika masyarakat kita mempunyai lebih orang yang berpendirian sedemikian, khususnya dalam kerajaan hari ini, untuk membantu mencapai impian itu.

Saturday, May 30, 2009

Mentari Merah


Ada yang tertinggal setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal setelah kering air di kali
Alam telah meyakinkan kau mesti pergi, kau mesti..
Alam telah meyakinkan kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan ilahi...
Ada yang tertinggal setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya cintaku dengan cahayamu
Kekal selamanya tetap dalam ingatan ku
Lemas dalam rindu, tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi tapi masih ada
Yang kau tinggalkan dalam kalbu ku
Yang tinggal, yang tinggal, yang tinggal.... aku...

Lemas dalam rindu, tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi tapi masih ada
Yang kau tinggalkan dalam kalbu ku
Yang tinggal, yang tinggal, yang tinggal.... aku...

Oleh : Search
Album : Mentari Merah Diufuk Timur.

Tuesday, May 26, 2009

10 Hadis Sahih Sebagai Panduan Kita.

Dari Usman bin Affan r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Siapa yang berwudhuk denagn sempurna, maka keluarlahsegala dosa tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga." (Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda :
" Apabila kamu bangun dari tidur, hendaklah kamu istinsar (membersihkan lubang hidung) sebanyak tiga kali kerana syaitan tidur didalamnya." (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Janganlah menyamai orang-orang musyrik, potonglah kumismu dan peliharalah janggutmu." (Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah katanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Janganlah kamu membenci bapa kamu. Siapa yang benci bapanya maka ia kafir." (Sahih Muslim)

Dari Abdullah bin Masud r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda :
" Mencaci maki orang muslim hukumnya fasik dan membunuhnya hukumnya kafir." (Sahih Muslim)

Dari Jabir r.a. ia mendengar rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan solat." (Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Tanda-tanda munafik itu ada tiga : 1.) Apabila ia berkata ia dusta, 2.)Apabila ia berjanji ia mungkir, 3.) Apabila dipercayai ia khianat." (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
" Nabi s.a.w. melarang seseorang menyuruh kawannya berdiri dari tempat duduknya, kemudian ia sendiri yang emndudki tempat itu." (sahih Muslim)

Dari Anas r.a. katanya Rasullullah s.a.w. bersabda :
"Apabila seseorang kamu mengantuk ketika ia solat, hendaklah ia tidur dahulu sampai ia tahu apa yang dibacanya." (Sahih Muslim)

Dari Abdullah bin Malik bin Buhainiah r.a. katanya :
"Apabila Rasulullah s.a.w. sujud, direnggangkannya kedua lengannya (dari rusuknya) sehingga kelihatan putih ketiaknya." (Sahih Bukhari)

Wednesday, May 20, 2009

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru.

Suatu kisah benar yang memberi pengajaran kepada kita tentang martabat seorang Ibu. Seorang ibu sebenarnya adalah seorang pendidik lebih-lebih lagi seorang wanita yang berkerjaya sebagai guru disamping itu beliau juga mempunyai keluarga. Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru. Ibu kaulah ratu hidupku melalui kasih sayang mu, Guru kaulah penyuluh hidupku melalui curahan ilmu mu.
Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru.

Sent: Wednesday, April 19, 2006 7:25 PM
Subject: Kisah

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan
lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya.

Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang
datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adala emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan
wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Tuesday, May 19, 2009

I kembali disisi U memulihkan semangat IDCCU.

I kembali untuk berada disisi U setelah beberapa hari menghilangkan diri kerana masalah "hardware" dan "network". Kini keadaan telah pulih sepenuhmya dan gabungan IDCCU dapat diteruskan seperti biasa, semoga semangat IDCCU tidak terus luntur. Untuk itu post selepas ini adalah mengenai Hari Ibu dan Hari Guru yang digabungkan kerana post yang lewat setelah tarikh sebenar sambutan telah berlalu. Untuk mengelakkan ketinggalan yang lebih jauh, ruang dan peluang yang singkat ini digunakan sepenuhnya. Terima Kasih.

Tuesday, May 5, 2009

Catatan Berfoto Peristiwa "Family Day" Tuan Haji Dahalan 2009

Monday May 4 2009, about 9pm.
Baru sampai di kediaman sendiri setelah beberapa hari meninggalkannya kerana memenuhi jemputan sambutan hari keluarga Tuan Haji Dahalan di Port Dickson NS Darul Khusus.


Sambutan tersebut yang bermula pada penghulu segala hari,hari Jumaat bertempat di Bougainvilla Resort. Lebih kurang pukul 1pm aku sekeluaraga tiba di kawasan PD, setelah beberapa jam mengharungi jalan kampung dari Bangi, Sepang dan PD, singgah di sebuah kedai makan untuk makan tengahari. Sebelum itu telah menunggu disana Abah, Mak, Akak Linda sekeluarga dan Rizal, apabila kami tiba maka 'complete'lah keluarga Yeob.

Setelah makan, 2.00pm check in kat Bougainvilla Resort. Pak Yang sudah berada disana sejak pagi lagi, diikuti Cik Mah dan Pak Cik Pin sekeluarga. Cik Su juga sudah tiba sebelum kami. Tiada aktiviti pada sebelah petang, semua orang dengan aktiviti bebas, ada yang mengambil kesempatan berehat setelah mengharungi perjalanan jauh, dibawah mentari terik dan cuaca panas. Ada juga yang berjumpa dengan saudara mara yang baru sampai dan bertanya khabar.

Aku sendiri hanya berehat dibilik sambil memerhati staff resort membaiki kipas yang tidak berfungsi di bilik keluarga 'Yeob', biasalah ada barang-barang berharga yang perlu dipantau. Anak-anak aku begitu teruja dengan kolam mandi, berkali-kali meminta untuk mandi, tetapi aku tidak benarkan kerana cuaca yang sangat panas. Setelah cuaca agak redup aku membenarkan anak-anak bermandi di kolam, disamping itu aku juga bersiap untuk ke pantai. Ikhwan telah berlalu sebentar tadi.



Dipantai aku mencari lokasi terbaik untuk mandi, disuatu lokasi agak orang ramai, kelihatan ombak tidak jemu-jemu menghempas pantai disana, sedangkan lokasi yang sedang aku mandi ketika itu, ombaknya agak lesu dan berbatu didasarnya. Aku mengajak Ikhwan beredar dari situ dan menuju ke tempat tumpuan tersebut. Disana kami bermandi-manda, tak lama kemudian Shukri joint sama. Lebih kurang 1 jam kami berada disana, Shukri dan Ikhwan mengadu mengalami gatal-gatal pada tangan dan badan, tetapi aku tidak merasa apa-apa,"mungkinkah obor-obor"? tanya ku kepada mereka. Aku bertindak selamat dan tidak mahu mengambil risiko, lalu mengajak mereka balik ke penginapan. Lagipun sudah agak lama mandi, jadi untuk mengelak dari sesuatu yang tidak diingini berlaku, itulah tindakan yang terbaik.

Setelah puas dipantai, kini kami mandi lagi di kolam Resort, kelihatan ramai saudara mara yang sedang mandi, anak-anak aku dan saudara sebaya mereka yang terlebih dulu mandi masih belum jemu walaupun kolam mandi bukan asing bagi mereka. Hampir satu jam juga aku 'belasah' kolam ni. Itupun setelah 'announcement' dibuat oleh Chu Din, "Perhatian semua, pada tepat pukul 7pm semua orang dikehendaki berkumpul ditempat berehat berhampiran tempat BBQ untuk majlis taklimat ringkas", jerit Chu Din melalui hailer kepunyaanya.

Suatu taklimat ringkas mengenai aktiviti sepanjang kami berada di Resort tersebut diperincikan oleh Chu Din, beliau juga menekankan bahawa taklimat dibuat pada waktu tersebut adalah untuk memberi peluang kepada semua ahli keluarga menikmati suasana "sunset" disitu, yang mana tidak ada ditempat lain. Disamping itu aspek keselamatan juga dititik-beratkan memandangkan ramai budak yang menyertai program ini.





Setelah tamat taklimat semua beredar untuk solat Maghrib di surau. Selepas itu majlis Talil dijalankan untuk Arwah Atuk (Allahyarham Tuan Haji Dahalan) yang diketuai oleh Pak Yang (Cikgu Aziz). Setelah talil, semua hadirin tertumpu di kawasan BBQ untuk makan malam. Suasana ketika itu begitu menarik kerana angin yang henti-henti meniup, hinggakan Ajak dan beberapa orang yang mengendalikan pembakaran ayam tidak perlu meniup atau mengibas api kerana api begitu marak ditiup angin yang begitu kuat. Menu dinner malam tu adalah Nasi Goreng, ayam dan sosej BBQ, ditambah dengan oren ais.

Sejurus selepas makan, acara slideshow bermula di dewan yang begitu sesak dengan hadirin, kelihatan anak kecil menangis kerana susana yang begitu gamat dan panas walaupun ber"aircorn". Acara slideshow ini mengisahkan tentang keluarga Atuk Dahalan, suatu pendedahan untuk generasi baru. Pada suatu ketika ada slideshow yang mendapat perhatian ramai melalui sorakan, maklumlah gambar atuk dan anak-anaknya yang masih muda ketika itu, "black and white" lagi.... Terima Kasih Akak Linda yang menyediakan slideshow tersebut yang pastinya akan mengimbau kembali masa silam bersama Arwah. Bagi ku tiada kenangan aku bersama Atuk kerana semasa hayatnya aku belum hadir dalam keluarga atuk, walaupun begitu aku berbangga menjadi sebahagian dari keluarga atuk..... Al-Fatihah untuk atuk, semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman, insyaallah....

Kegembiraan menikmati slideshow direntap buat seketika, Pak Su Man menerima panggilan dari keluarganya di Karai KK mengenai kematian bapanya. Dengan serta-merta slideshow diberhentikan dan pengumuman dibuat oleh Chu Din untuk semua hadirin. Setelah itu "slideshow totally stopped" sebagai menghormati kesedihan yang dialami oleh keluarga Pak Su Man dan mereka sekeluarga bergegas pulang pada malam itu juga. Kesedihan yang amat ketara dialami oleh Amin kerana terpaksa "pulang awal" disaat kegembiraan menonton slideshow. Bersabarlah Amin, ada rezeki next gathering enjoy puas-puas.

Saturday, May 2 2009
Setelah jaga dari tidur ku tinjau keadaan diluar, didapati hujan renyai-renyai, kelihatan laut samar-samar diliputi awan, ditutupi renyaian hujan. Suasana dingin begitu mencengkam, aircorn dan kipas tidak berguna lagi. Setelah menunaikan kewajipan yang sedikit terlewat aku ke tempat berehat sambil menikmati susana pantai, kelihatan ombak yang kurang bernafsu membelai pantai, kelihatan juga putih sejauh mata memandang laut Selat Melaka, susana begini mengingatkan aku ketika berada di Pulau Pangkor suatu ketika bujangku dulu. Oh.....

Menu sarapan pagi terdiri dari pakej nasi lemak, Bihun goreng dan diiringi minuman kopi, teh dan air suam/panas.



9:00 pagi acara sukaneka yang dikendalikan oleh Eyta bermula. Eyta kelihatan begitu bersemangat mengendalikannya, bakatnya begitu terserlah, keseriusannya membuatkan acara ini berjalan dengan lancar sekali. Sukaneka ini mengemukakan tak lebih dari 10 acara, kalau tak silap. Aku tergolong dalan golongan orang-orang yang mewakili team kuning, disebabkan minat aku yang begitu mendalam terhadap sound system pada hari itu, kebetulan tiada individu khusus untuk mengedalikannya, jadi aku banyak bertumpu kepada sound system sahaja tanpa mengambil bahagian dalam acara sukaneka. Eyta dibantu oleh Rizal, Mamat, Shukri dan Eddie. Team Tomato, Kubis adalah team yang paling menyerlah, mereka memonopoli kejuaraan hampir setiap acara, manakala kumpulan yang selalu menghuni tempat tercorot adalah Sawi. Hampir tengahari acara sukaneka berlangsung.






2.30 petang, Acara treasure-hunt dimulakan, masa yang diberikan adalah dua jam setengah, ini bermakna semua peserta diwajibkan menghantar kertas jawapan pada pukul 5 petang. Team aku diketuai oleh Cik Mah, manakala ahli lain antaranya Akak Linda, Zaharah, Norji dan lain-lain. Acara ini agak mencabar juga, aku pelik bilakah persiapan dibuat oleh jawatankuasa bertugas kerana gulungan kertas soalan dilekatkan dimerata tempat dikawasan resort tanpa pengetahuan kami semua. Syabas diucapkan kepada team ergo-work, kewibawaan anda memang tidak boleh dipertikaikan. Begitulah agaknya anda melakukan kerja seharian di ergo-work yang diketuai oleh Dr. Jalal.
Tepat pada pukul 3.14pm team aku (Team Merah) menyerahkan kertas jawapan kepada Sakinah yang bertindak sebagai "Team Mentor". Terdahulu didapati team Kuning telah menyerahkan kertas jawapan mereka. Selepas acara treasure hunt, acara bebas.

Ketika berehat dibilik sambil memantau anak kecilku tidur, Mizi mempelawa dan mengajar aku membaling bola ragbi kawasan depan bilik penginapan, setelah beberapa ketika mencuba ajaran yang diajarkan Mizi, aku jadi seronok, rupa-rupanya bukan senang untuk membaling bola ragbi, tak kena cara balingan tidak akan mantap dan sukar diterima oleh rakan dengan sempurna. Keseronokan membaling bola ragbi terganggu apabila CHu Lily menyapa dan memberitahu permainan petong atau petaque ada disediakan di lapangan parking. Sememangnya aku pernah bermain permainan ini suatu ketika dulu di Seremban. Sedikit sebanyak aku tahu permainan ini. Permainan ini dibimbing oleh isteri Ayah Chik. Secara tak sengaja berlansung perlawanan tak rasmi antara aku, Nurul dan seorang brader suami kepada ergo-work's staff (I'm sori..... nama tak ingat).
Dalam game tu aku champion, walaupun pada awalnya Nurul kelihatan menyerlah, dia begitu "timing" kerana mendahului hingga point yang ke 11, pada masa yang sama aku hanya ada 6 point. Setelah beberapa balingan aku dapat memintasnya dan menjuarai kejuaraan yang tidak rasmi ini dan tiada hadiah lumayan ditawarkan. Nurul begitu "kaciwa"........ he he he.... sampai matipun dia takkan lupa kekalahan tu.

8.00 malam, Makan malam, menu berat berupa nasi putih, kari daging, ikan goreng bersalut sos, ayam goreng, telur masin dan sedikit sayur. Selepas makan sekali lagi dewan utama menjadi tumpuan kerana majlis penyampaian hadiah acara sukaneka dan pengumuman juara acara treasure-hunt. Yang kalah, yang menang semuanya dapat hadiah kerana kalah menang tak penting, yang penting silaturrahim dapat dieratkan. Untuk acara treasure hunt sukar untuk membuat keputusan juara kerana team kuning dan team merah mendapat point yang sama,jadi soalan tambahan diperlukan untuk membuat penentuan, setelah bebrapa kali melalui soalan tambahan team merah diumumkan juara. Semua ahli team merah termasuk aku sendiri mendapat hadiah berupa beg galas berjenama yang ada nilainya tersendiri.


Acara kemuncak pada malam itu adalah karaoke. The Karaoke Champ adalah Ain dengan lagu Sinaran, manakala the last champ dimenangi oleh Yeob dengan lagu 60an yang menggondol tak tahu apa hadiahnya. Acara penyampaian hadiah dan karaoke deselangi dengan cabutan nombor bertuah dan tukar hadiah. Family day yang lalu aku bagi kopi Radix, kali ini aku dapat hadiah sebungkus Milo dan sekotak teh uncang. TQVM family PC Pin.
Acara malam itu diakhiri dengan penyampaian lagu hit Mawi oleh Mamat dituju khas untuk Opah yang begitu meminati Mawi.

Sunday,May 3 2009,
Macam semalam bangun je pagi, hujan renyai-renyai, sekali lagi aku lepak kat tempat rehat dibawah payung cendawan sambil nonton TV melalui handphone. Selepas tu datang Pak Yang berborak kosong,pastu p sarapan pagi. Selepas makan acara bergambar beramai-ramai didalam dan diluar dewan sebagai kenangan.








Acara mandi, ada yang mandi kolam dan tak kurang juga yang turun ke laut, bercanda di pasiran pantai, ada juga yang naik bot pisang ronda kawasan sekitar. Selepas itu bersiap-siap untuk check-out. Sebelum beredar ke destinasi masing-masing, macam biasalah salam, peluk cium, mohon maaf, mohon restu dan orang yang paling sibuk waktu ini tentulah Cu Din, beliau begitu gembira dan terharu diatas sambutan program family day ini kerana beliau merupakan tonggak utama dan hos sambutan kali ini, aku sempat mengusik beliau,"next time buatlah lagi", kata ku, "doakan murah rezeki, insyaallah kita boleh buat lagi...." katanya.





Pendapatku, kesimpulannya Family day kali ini suksess dan berjaya mencapai matlamat dan tujuannya. Pemilihan lokasi amat sesuai kerana family menginap bersama keluarga masing-masing dan penginapan diatas tanah (bukan bangunan bertingkat) yang mana mudah dalam semua urusan samada mengangkut barang, berinteraksi, memantau keselamatan budak-budak dsb.

Cadangan :
- Next programme, sekiranya kos perlu ditanggung oleh family itu sendiri, dicadangkan diadakan kutipan bulanan.
- Design dan tempah t-shirt sempena program sebagai keseragaman dan kenangan.

Sekian Terima Kasih
http://idccu2008.blogspot.com