Monday, December 26, 2011

Program berkhatan beramai-ramai anjuran Badan Kebajikan Islam Silverstone (Bakis)

Pada 11hb. Disember yang lalu pihak Bakis telah berjaya menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak pekerja Silverstone Berhad. Ini bukanlah kali pertama pihak Bakis menganjurkan program seumpama ini malah ianya pernah dilakukan sebelum ini. Ini merealisasikan matlamat dan tujuan Bakis ditubuhkan iaitu membuat kebajikan khas untuk pekerja yang beragama islam.

Ramai juga yang menyertai program ini selain daripada anak-anak pekerja Silverstone Berhad, ada juga anak-anak saudara terdekat pekerja dan bekas pekerja Silverstone sendiri. Pendek kata program ini terbuka kepada sesiapa saja yang berminat. Walaupun begitu pihak Bakis mempunyai sasaran tertentu bagi mengelak kesesakan berlaku.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi. Foto dibawah menceritakan sebahagian peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Penerangan berdasarkan kepada rentetan dan kesinambungan foto kerana saya sendiri tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut kerana terlibat dengan komitmen lain.

Semua foto adalah ehsan daripada saudara Abu Amir - seorang 'photographer' sambilan yang kreatif dan berkaliber yang bergurukan saudara Luqman Aziz diawal pengelibatannya dalam arena fotografi.

Saudara Alfian - pengacara malis pada hari tersebut.

Pengerusi Bakis abang Najmi sedang berucap.

Penasihat Bakis Tuan Haji Nizam sedang menyerahkan cenderahati kepada peserta.

Peserta berikutnya sedang menerima sampul istimewa daripada Tuan Penasihat.

Kelihatan hadirin dan peserta sedang khusyuk mendengar ucapan daripada Tuan Pengerusi.

Barisan peserta berkhatan dibariasan hadapan sahaja, yang di barisan belakang itu bukab peserta...

Saudara Ismail Saari dan saudara Tarmizi antara perkerja senior yang menghantar peserta berkhatan pada kali ini.

Tidak ketinggalan juga saudara Sazali a.k.a Awie dan yang lain-lain nya.

Diantara kaum ibu yang turut hadir pada tanggal 11 haribulan.

'Ayahnya' seorang ahli dan AJK Bakis yang aktif menyertai program Bakis.

Tetamu cilik yang tidak mengerti apa-apa tentang berkhatan, mungkin hadir untuk menyertai ibu bapanya...

Kelihatan hadirin sedang menghayati dan meng'amin'kan doa selamat, memohon keredhaan dan dan keberkatan dari ilahi..

Jamuan makan sudah bermula bagi menjauhkan dan mengalihkan persepsi para peserta dari memikirkan tentang 'khatan'...

Si kecil ini masih dengan gelagatnya yang tersendiri yang memeriahkan suasana majlis...

Antara perkara yang mengembirakan kanak-kanak adalah makan, lebih-lebih lagi makan 'free'

Sehingga mereka lupa apa yang bakal berlaku selepas ini..

Sambil berborak mengalahkan orang dewasa, cuma tajuknya sahaja yang berbeza.

Saudara Murad sedang melayan anak atau anak saudara....

Saat-saat yang ditunggu telah tiba iaitu acara mandi kolam, bukan senang nak mandi kolam free kat Kamunting

Bagi budak-budak mandi adalah suatu aktiviti yang sangat menyeronokkan...

Lebih-lebih lagi dilayan khas oleh orang dewasa....

Saudara Azhar seorang anggota SERS sedang mengawal pancutan air dari paip bomba.

Kemeriahan dan keseronokkan tidak dapat dibendong lagi.....

Disamping itu masih ada tetamu yang sedang menikmati juadah yang disediakan

Dari firasat aku ini bukan peserta tapi hanya penumpang ketika 'upacara' mandi beramai-ramai..

Anggota SERS begitu teliti menggunakan kaedah mengendali paip bomba yang telah dipelajari.

Maklum sajalah tekanan air yang tinggi boleh memungkinkan sebarang kemungkinan yang tidak dingini jika tidak dikendalikan secara ilmiah dan kemahiran yang betul.

Kolam yang biasanya sepi kini menjadi meriah.....

Dengan pengelibatan dewasa dan kanak-kanak......

Antara 'moment' yang menterjemahkan minat dan kecenderungan Abu Amir.

Bersiap sedai menunggu giliran yang mendebarkan....

Berdasarkan pengalaman aku sendiri dalam sebuah kehidupan seorang yang bernama lelaki, saat dan ketika menemui dua 'TOK' adalah suatu pengalaman yang mendebarkan dan tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Sekarang ini budak-budak ini sedang menghadapai saat bertemu 'Tok Mudim' dan the next 'Tok' bagi mereka adalah 'Tok Kadi'.

Ada yang selamba dan ada yang gelisah, jangan ada yang lari sudah.....

Potongan sudah bermula.....

Awie...anaknya sudah selamat melalui saat yang mendebarkan itu....

Keperitan dan kesakitan sedang dilalui dalam proses untuk menjadi seorang teruna.

Potongan seterusnya...

Abang Najmi sedang menenangkan seorang peserta yang telah selamat di'potong'kan...

Limau nipis menjadi teman setia, walaupun tidak dapat dipastikan impaknya...

Next......

Next.....

T-shirt Angry Bird mungkin menjadi bahan umpanan dan pujukan untuk mendapat persetujuan sebelum mengisi borang penyertaan....

Air mata bakal teruna...

Tarmizi begitu teruja.....

Tok Mudim's tools.

Tiba-tiba saja limau nipis mendapat perhatian dan tumpuan di musim cuti sekolah.

Batang pisang alat yang cukup popular bagi khatan cara tradisional.

Sukahati saudara Tarmizi membawa mangsa Tok Mudim, siapakah itu? mungkin anaknya, aku tak pasti..

The real air mata nak jadi teruna.

Steady.....relax je.....

Teringat ungkapan seorang pak cik kepada mangsa bersunat suatu ketika dulu,"kenapa sakit? tak apa kalau sakit lain kali tak payah potong lagi..."katanya bergurau.

Yang dewasa dan berpengalaman menjadi teman dan pendorong dalam melalui detik yang me'ngeri'kan ini.

Kejamnya hidup ini...mengapa harus aku melalui ini semua? mungkin itu yang sedang berdetik...

Suatu hari nanti kau akan mengerti, keperitan hari ini, kenikmatan di masa depan...

Setiap pengorbanan pasti akan ada ganjaran.....

Antara sedikit kesusahan dan kepayahan yang harus dilalui dalam hidup ini. Semoga ia akan mematangkan si'anak' dan si'bapa' lebih-lebih lagi seorang bapa muda.

No comments:

Post a Comment