Monday, March 28, 2011

Jawatan satu amanah



Jawatan satu amanah, bukan anugerah. Jika kita ingin melihat sejauhmana benarnya kata-kata pemimpin yang amanah, lihat harta, sikap dan ibadah khususnya selepas menyandang jawatan. Kalau hartanya semakin susut (atau hanya bertambah sedikit berdasarkan keperluan), kalau akhlaknya semakin halus dan menarik, kalau ibadah khususnya (solat malam, baca Al Quran, doa, munajatnya) semakin lebat… Ya itu petanda dia memperalatkan jawatannya untuk melaksanakan amanah. Tetapi jika sebaliknya, itu petanda ia telah “diperalatkan” oleh jawatan yang dianggapnya satu anugerah.

Bila satu jawatan atau tugasan diberikan kepada seseorang yang bukan ahlinya, tunggulah saat kebinasaannya. Begitu, antara lain maksud hadis Rasulullah SAW. Hati kita tertanya-tanya, siapakah yang bukan ‘ahlinya’ itu dan apakah pula kebinasaan yang bakal berlaku? Persoalan ini menjadi suatu yang sangat kritikal untuk ditangani justeru sedang berlaku kini pelbagai kebinasaan, sama ada yang berbentuk rohani mahupun fizikal.

Keruntuhan akhlak bukan sesuatu yang dapat dinafikan lagi. Begitu juga dengan ‘keruntuhan’ tanah, jambatan, lebuh raya dan kebocoran syiling atau atap bangunan yang hebat-hebat. Secara mudah, kita boleh katakan inilah kebinasaan yang telah terjadi dan sekali gus ini juga sebagai petanda semakin ramai yang ‘bukan ahli’ sedang memegang jawatan atau tugasan penting dalam masyarakat.

Ketika mencadangkan agar nabi Musa AS diterima bekerja dalam keluarga mereka, seorang anak gadis nabi Syuaib AS telah meletakkan dua ciri utama sebagai pertimbangan atas usulnya itu – kekuatan (Al Qawwi) dan amanah (amanah). Hal ini diabadikan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberikan kerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” Al Qasas 26.

Kekuatan dalam konteks terkini ialah berilmu dan mempunyai kepakaran dalam bidang kerja yang berkenaan. Manakala amanah pula ialah soal keikhlasan, kejujuran dan ketelusan dalam melaksanakan pekerjaan atau tugasan. Individu yang mempunyai kedua-dua ciri inilah yang dikatakan ‘ahli’ dalam pekerjaan tersebut.

Apabila lebuh raya retak, syiling bangunan bocor atau tanah runtuh, itu menunjukkan sama ada pengusaha, jurutera, arkitek atau juru ukur bahan bagi projek tersebut tidak mempunyai sifat al qawwi yakni kurang ilmu atau kepakaran dalam melaksanakan kerja mereka. Atau boleh jadi, mereka memang pakar dan berilmu, tetapi mereka bukan al amin kerana kurang amanah bila melakukan rasuah atau penyelewengan secara senyap-senyap. Mereka ini hakikatnya bukan ‘ahli’ untuk projek tersebut.

Sejak dari dahulu lagi usaha melahirkan orang yang jujur lebih sukar berbanding melahirkan orang yang bijak. Kebijaksanaan boleh diukur dengan ijazah dan kelulusan, tetapi sikap amanah adalah soal dalaman yang begitu maknawi sifatnya. Namun hanya jauhari mengenal manikam. Justeru, para pemimpin, guru, majikan, ketua dan ibu-bapa mestilah menjadi ‘jauhari’ yang mengenal sifat al amin dan al qawwi orang bawahannya.

Thursday, March 24, 2011

Untuk Wanita dan Lelaki

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan
sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing.

Jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Wednesday, March 23, 2011

Lata Panggung, Kg. Teras Ijok Selama Perak

Lata Panggung, tempat bermandi-manda yang pernah aku kunjungi sebelum ini, hampir sekian lama tidak kesana, baru-baru ini aku sempat singgah di sini untuk merasai nikmat kesejukkan air setelah sepanjang hari melalui cuaca panas terik. Nyata kunjungan aku berbaloi.
Keistimewaan tempat ini ialah airnya sejuk, arusnya deras, tempat parking yang mudah dan lokasinya berhampiran jalan utama.

Kekurangannya pula adalah tempat mandi atau pun lubuk mandi yang agak terhad dan laluan ketempat mandi agak 'kureng' sikit.

Selain dari bermandi manda aku juga difahamkan tempat ini juga selalu dijadikan tempat perkhemahan, kerana di sini ada permukaan padang yang sangat sesuai untuk aktiviti seumpama itu.
Walau apa pun kekurangan dan keistimewaannya, ia tidak bermakna kalau anda sendiri tidak mencubanya.










Tuesday, March 22, 2011

Terapi Air


Air kosong bisa menyembuhkan kanser, darah tinggi, diabetes, sembelit, tuberculosis, dan pelbagai penyakit lain. Anda sudah tentu sukar mempercayainya. Saya juga agak skeptikal.

Menurut sumber internet, amalan minum air kosong atau digelar terapi air kini sangat popular di Jepun. Terapi ini telah terbukti sukses dan berkesan oleh sekumpulan pakar perubatan Jepun untuk menyembuhkan penyakit kronik dan penyakit ringan. Menurut kajian, waktu terbaik untuk minum air adalah sejurus bangun daripada tidur. Dengan kata lain, anda minum air pada waktu perut masih lagi kosong.

Kaedah Terapi.
1.Sejurus bangun daripada tidur, sebelum menggosok gigi, MINUMlah 4 x 160ml gelas AIR.
2. Selepas itu, gosok gigi dan bersihkan mulut tetapi JANGAN MAKAN makan ataupun minum apa-apapun untuk tempoh 45 minit.
3. Setelah 45 minit, anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Setelah 15 minit sarapan, makan tengah hari, dan makan malam, jangan makan ataupun minum apa-apapun untuk tempoh dua 2 jam.
5. Bagi orang tua ataupun orang sakit yang tidak mampu minum 4 gelas air sekali gus, minumlah setakat yang mampu dan kemudian ditingkatkan sehingga 4 gelas.

Jumlah hari untuk menyembuh atau mengurangkan penyakit-penyakit tertentu:
1. Tekanan darah tinggi (30 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit/konstipasi (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. Tuberculosis (90 hari)
7. Pesakit arthritis disarankan untuk mengikuti terapi ini hanya 3 hari pada minggu pertama dan setiap hari pada minggu berikut dan seterusnya.

Terapi air ini tidak mempunyai kesan sampingan. Anda tidak rugi mencubanya. Jika ditakdirkan terapi ini terbukti berkesan, maka hasilnya dapat anda rasai dan nikmati. Jika kurang berhasil, anda tahu bahawa air ialah elemen penting untuk tubuh badan. Jadi cubalah, dengan izin Allah, penyakit anda sembuh!

Seperkara lagi, masyarakat Cina dan Jepun mengamalkan minum teh panas selepas menikmati makanan, dan BUKANNYA air berais. Mengapa?

Bagi orang suka minum air berais, pesanan ini mungkin berguna untuk anda. Memanglah enak untuk minum minuman sejuk ketika menikmati makanan. Namun, anda harus mengetahui bahawa air berais akan memadatkan minyak yang terdapat pada makanan. Hal ini akan melambatkan proses pencernaan. Malah keadaan itu menyebabkan sisa makanan berubah menjadi lemak dan seterusnya menjadi pemicu kanser. Oleh itu, anda digalakkan untuk minum sup panas ataupun minum air panas selepas menikmati sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.

Selamat mencuba, semoga berjaya dan sihat selalu.

Thursday, March 17, 2011

Kelebihan Bawang Merah


BAWANG merah merupakan antara bahan wajib yang dimasukkan dalam setiap hidangan makanan kerana fungsinya sebagai ramuan masakan. Selain digunakan untuk memasak, bawang merah yang dihiris nipis dan digoreng, ditaburkan di atas pelbagai sajian yang berkuah atau bergoreng.

Tahukah anda bahawa bawang merah juga bertindak sebagai ubat dalam merawat pelbagai penyakit kronik?

Bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa var aggregatum, merupakan sejenis tumbuhan dalam kumpulan Aggregatum.

Walaupun saiznya lebih kecil berbanding bawang besar, tetapi ia mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan dalam merawat penyakit yang serius.

Kebanyakan pakar perubatan mendapati, bawang merah mampu mengurangkan risiko penyakit antaranya kanser. Selain itu, bawang merah juga bertindak sebagai penawar untuk melegakan sakit perut, menggalakkan rembesan kahak dan menambah aliran air kencing.

Sementara itu, artikel yang ditulis oleh Dr. Barry Sears dalam bukunya yang bertajuk The Top 100 Zone Foods menyatakan, kajian menunjukkan individu yang makan bawang setiap hari, dapat mengurangkan kadar kolesterol.

Tanaman bermusim ini memiliki umbi yang berlapis, berakar serabut dan daunnya berbentuk seperti silinder berongga.

Umbi bawang merah mula terbentuk dari pangkal daun kemudian bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan fungsinya. Akhirnya ia akan membentuk akar yang berlapis.

Dalam proses penanaman dan kematangan bawang merah, tumbuhan ini memerlukan dua unsur penting, iaitu unsur nitrogen dan kalium.
Ini kerana unsur nitrogen akan membantu perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun dan pembentukan cabang.

Sementara itu, unsur kalium pula berfungsi untuk pembentukan gula, asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim dan meneutralkan asid organik.

Dengan adanya kedua-dua unsur ini dalam penanaman bawang merah, proses pembentukkan akar pokok berjalan dengan lancar. Sekiranya bawang merah mengalami kekurangan kalium ia akan mengakibatkan tanaman bawang merah terganggu dan rosak.

Bawang merah yang mengeluarkan percikan yang memedihkan mata ketika dihiris, mengandungi vitamin C, potasium, serat dan asid folik. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.

Beberapa penyelidikan mengenai khasiat bawang merah mendapati, bawang merah mengandungi dua bahagian yang terdiri daripada sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoid seperti quercetin.

Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur antikanser, antibakteria, antiviral, antialahan dan antibengkak.

Pengkaji dari India mendapati, lebih banyak kita makan bawang merah semakin rendah gula dalam darah. Mereka juga berpendapat, tiada perbezaan bawang merah mentah dan bawang merah yang direbus.

Kajian terbaru menunjukkan, bawang merah mengandungi enam kali ganda kandungan fenolik berbanding bawang biasa. Kandungan tersebut membantu mengeluarkan toksin dalam badan.

Bukan itu sahaja, bawang merah yang berasa manis ini, mempunyai saponins iaitu sejenis kimia yang dapat menghindarkan dan membunuh sel kanser.

Ia akan mencairkan darah beku dan menunjukkan tahap tinggi antiplatelet yang baik untuk pesakit yang menghidap penyakit aterosklerotik, penyakit jantung, dan strok. Ia juga membantu fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

Bagi mereka yang menghidap kencing manis, bawang merah juga dapat mengurangkan tahap gula melalui mengehadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukos.
“Bawang merah bukan sahaja diminati kerana melazatkan hidangan tetapi ia merupakan sejenis sayur yang begitu tinggi nilainya dalam kesihatan,” jelas Profesor Persatuan Penanaman, Universiti Wisconsin, Madison, Irwin Golman.

Dengan menikmati bawang merah setiap hari ia boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sebanyak 20 peratus. Kandungan prostaglandin A-1nya, iaitu sejenis agen yang kuat mengurangkan tekanan.

Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

Friday, March 11, 2011

Tanda 100 hari sebelum mati

Tanda awal dari Allah SWT kepada hambanya samada sedar atau tidak dan tanda ini lazimnya berlaku selepas solat asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Conthnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberikan kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahahja tanpa sebarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda-tanda 40 hari sebelum mati
Tanda ini akan belaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan dari yang letaknya diatas arash Allah SWT.

Mka malaikat maut akan mengambil daun yang tersohor dan mula membuat persediannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperhatinkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi , mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit akn perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransu-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik di bahagian halkum.

Ketika ini kita hendaklah terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Monday, March 7, 2011

Tazkirah Bersama Mohd. Zawawi Yusof : Anak-anak belajar dari ibu bapa

ADA kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram.

Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal. Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya. Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.

Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan.
Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru.

Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa. Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya. Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak.

Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak. Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman.
Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?

Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar. Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.

Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal. Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna. Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak.

Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak. Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah.

Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan. Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya.

Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras. Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.

Baginda mengatakan: "Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu)."
Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.

Friday, March 4, 2011

Moto GP - Semakin hampir

helloooo.....kengkawan.......selamat pagi.....
sungguh indah pagi ini...dapat kita bertemu kembali dipersada maya ini.......
semoga sekawan dol de kita sihat walafiat.....dimurahkan rezeki......sejahtera selalu.....

ahh....terlalu lama sudah ku rasai....terlalu sepi dunia dari jeritan motogp.....
namun...mujurlah...kesepian itu bakal berakhir minggu depan...20hb... manusia manusia luarbiasa itu bakal kembali menjerit dengan jentera lumba masing masing......

valentino rossi..my hero...kah kah kah kah......serba baru......semakin ganas.....
mampukah the doctor merampas kembali gelaran juara musim ini...bersama pasukan baru Ducati Corse....segalanya mungkin...yang pasti ...saingan akan lebih menarik...juga fantastico...
eeeiiii...tak sabor......tak sabor......

pengganti the doctor di kem yamaha....the elbowz..ben spies......teamate jorge lorenzo...... "semakin di depan" kah mereka.........?

ini dia juara bertahan...mr lorenzo.....sedia mempertahankan kejuaraan nya.....
pasti akan diganggu oleh kelibat the doctor......musuh tradisi.....

casey stoner...beralih kepada repsol honda "satu hati"....mungkin segala congakkan tersasar........ pasti cuba mencipta sesuatu...........


jangan lupa.....20hb.......litar Losail....Qatar.......
oleh : hamzah t.t.eng photo : ehsan moto GP