Kini aku kembali setelah lama menyepikan diri kerana terputus talian streamyx. Bukan tidak berminat lagi untuk berblog tetapi kerana keadaan yang memaksa. Setelah berpindah menetap di kediaman sendiri (yang dibiayai oleh bank)aku tidak begitu aktif melayari internet walaupaun aku masih ada alternatif iaitu aku boleh berkunjung ke CC, namun itu melibatkan pengorbanan masa dan RM, maklumlah aku bukan orang yang "beruang", pendapatan yang ada sekadar cukup untuk menyara hidup sehingga hari gaji yang akan datang. Untuk bermewah-mewah jauh sekali tetapi kehidupan aku tidaklah sesusah orang yang selalu dipaparkan dalan slot "Bersamamu".
"Bersyukur dengan apa yang ada"! suatu ungkapan yang popular dikalangan teman sekerja. Itulah pegangan yang yang menjadi pedoman, lagipun aku selalu mengamalkan kesederhanaan dalam apa jua.......
Semoga return ini akan berterusan... insya allah....
Kepada Maizan di Shah Alam, seorang follower yang setia sebelum ini, semoga tak jemu untuk singgah diblog yang tidak seberapa ini.....
Sekian, aku mau pulang.......
No comments:
Post a Comment